"Mereka (pihak yang mempersoalkan hukuman itu) sepatutnya menghormati keputusan mahkamah," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
"Kita baru memperkenalkan secara beransur-ansur hukuman cara Islam dan orang yang kena sebat pun reda tetapi ada pula orang Islam mempertikaikan mahkamah Islam. Saya kecewa dengan perkembangan ini, jika orang Islam sendiri tidak menghormati mahkamah Islam, bila lagi orang bukan Islam nak hormat," tegasnya.
Mohamad Nor mengulas mengenai kritikan beberapa pihak, termasuk di luar negara dan NGO tempatan berhubung hukuman berkenaan.
Ketiga-tiga wanita berusia antara 18 hingga 20-an itu menjalani hukuman sebat mengikut undang-undang syariah atas kesalahan melakukan persetubuhan luar nikah di Penjara Wanita Kajang pada 9 Februari lalu dengan di-saksikan 13 orang, termasuk Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan serta pegawai dari Bahagian Syariah Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri.
Sehubungan itu, beliau berkata usaha menyeragamkan hukuman sebat mengikut syariah bagi kesalahan yang sama di semua negeri wajar dibuat kerana undang-undang Islam sepatutnya serupa tanpa mengira batas sempadan negeri.
"Jadi jika ada usaha nak seragamkan, kita alu-alukan tetapi perkara ini terpulang kepada perkenan Sultan selaku ketua agama negeri," katanya mengulas laporan akhbar ini mengenai usaha penyeragaman hukuman sebat itu supaya ia selaras dan tidak mengelirukan.
Di PAPAR, Ketua Puteri Umno, Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyokong hukuman sebat syariah dilaksanakan jabatan agama terhadap tiga wanita di Penjara Wanita Kajang baru-baru ini sejajar tuntutan Islam tetapi meminta pelbagai pihak tidak mensensasikan pelaksanaannya. bagi mengelaknya menjadi bahan kecaman.
Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata hukuman berkenaan tidak sepatutnya disensasikan hingga menyebabkan ada pihak di luar negara dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan mengkritik pelaksanaannya.
"Bagi Puteri, ia sejajar dengan tuntutan agama. Hukuman itu mengikut syarat, jadi biarlah ia berjalan dengan baik," katanya ketika ditemui pada majlis bercukur jambul bayi pertamanya, Fahd Putera Rayyan Shirlin yang berusia 44 hari, di kediamannya di Kampung Ringgi, Pangalat Kecil, dekat sini semalam.
(Sumber dari Berita Harian, 21/02/2010)
Label:
Malaysiaku
0 ulasan:
Catat Ulasan