Rabu, 23 Februari 2011

JAWATANKUASA KHAS KABINET MENGENAI KEUTUHAN PENGURUSAN KERAJAAN (JKKMKPK)

JAWATANKUASA KHAS KABINET MENGENAI KEUTUHAN PENGURUSAN KERAJAAN (JKKMKPK)

Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Pengurusan Kerajaan (JKKMPK) telah ditubuhkan pada 30 November 1988.  Pada 2 April 1997, JKKMPK dipertingkatkan fungsi dan peranannya dan ditukar nama kepada Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK).  MAMPU dan BPR telah diberikan tanggungjawab sebagai Urus Setia Bersama JKKMKPK.

2.      Objektif JKKMKPK adalah untuk mewujudkan pentadbiran Kerajaan dan perkhidmatan awam yang cekap, berdisiplin serta mempunyai integriti yang paling tinggi dengan mempertingkatkan amalan nilai-nilai murni di samping berusaha mengatasi masalah-masalah dan kelemahan dalam sistem penyampaian perkhidmatan  terutamanya dalam pengurusan kewangan Kerajaan, pentadbiran awam, pengendalian kes-kes tatatertib, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang ditegah oleh peraturan, perundangan serta agama.

Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2009 Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia : Penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus

3.      Arahan yang berkuatkuasa pada 20 November 2009 ini dikeluarkan bertujuan untuk memperkukuhkan lagi struktur sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan Malaysia di bawah JKKMKPK. Berdasarkan Arahan ini, objektif JKKMKPK adalah seperti berikut:

(a) Untuk mewujudkan pentadbiran Kerajaan dan Perkhidmatan Awam yang cekap, berdisiplin serta mempunyai integriti yang paling tinggi dengan mempertingkatkan amalan nilai-nilai murni; dan

(b) Berusaha mengatasi masalah-masalah dan kelemahan-kelemahan terutamanya dalam pengurusan kewangan Kerajaan, pentadbiran awam, pengendalian kes-kes tatatertib, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang ditegah oleh peraturan, perundangan serta agama.

4.      Terma rujukan JKKMKPK juga telah diperkukuhkan ke arah memantapkan keutuhan pengurusan dan pentadbiran, meningkatkan tadbir urus terbaik dan mengurangkan kerenah birokrasi.  Terma rujukan ini meliputi 7 bidang, iaitu:

(a)      Dasar dan Perundangan

Mengenalpasti, mengkaji serta memperaku pindaan kepada mana-mana dasar dan perundangan kementerian, jabatan dan agensi serta peraturan-peraturan yang dapat mengatasi kelemahan pengurusan, mempertingkatkan kawalan terhadap perlakuan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan kelemahan pentadbiran. Seterusnya mewujud dan mendokumenkan pelan strategik bagi meningkatkan amalan tadbir urus terbaik. Amalan ini berupaya mengatasi kerenah birokrasi ke arah pencapaian sistem penyampaian Perkhidmatan Awam yang berintegriti, akauntabiliti, amanah, jujur, pengawasan dan pengamanahan (stewardship), telus dan responsif terhadap pelanggan;

(b)     Sistem dan Prosedur Kerja

Mengenalpasti dan mengkaji kelemahan dalam sistem dan prosedur kerja kementerian, jabatan dan agensi yang lapuk ataupun terlalu rumit sehingga menimbulkan pelbagai kerenah birokrasi. Penggunaan sistem dan prosedur yang lemah akan melemahkan pentadbiran, mengurangkan kecekapan dan akauntabiliti serta membuka ruang kepada kerenah birokrasi, kelewatan, ketidakadilan. Penggunaan budi bicara yang terlalu luas boleh membuka peluang kepada perlakuan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Kementerian, jabatan dan agensi hendaklah mengambil tindakan untuk mengenalpasti, mengkaji serta memperakukan kepada pihak berkuasa yang berkenaan tentang perubahan-perubahan yang perlu dilaksanakan bagi memperbaiki kelemahan dalam sistem dan prosedur kerja;

(c)     Nilai-nilai Murni dan Kod Etika

Melaksanakan aktiviti penggalakan, penerapan serta penghayatan nilai-nilai murni dan etika bagi memantapkan integriti warga kerja di kementerian, jabatan dan agensi. Berusaha menjadikan nilai-nilai murni dan kod etika disepadukan dalam pelaksanaan dasar, perundangan, peraturan serta sistem dan prosedur kerja sehingga dapat mengawal warga kerja daripada melakukan segala bentuk perlakuan negatif termasuk rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Menggubal dan sentiasa memperkemaskan Kod Etika kerja jabatan sebagai panduan kepada warga kerja kementerian/jabatan/agensi;

(d)      Pengurusan Pelanggan

Mewujudkan satu sistem pengurusan pelanggan agar ia dilihat sebagai cekap, peka, mesra dan responsif terhadap kehendak pelanggan. Kegagalan menangani kehendak pelanggan sama ada stakeholders, pelanggan luar dan pelanggan dalaman boleh mengakibatkan kementerian, jabatan dan agensi dilihat sebagai gagal memenuhi peranan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Pengurusan pelanggan yang strategik dan berkualiti memperlihatkan penambahan nilai dan pembaharuan berterusan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan;

(e)       Kawalan Dalaman

Mewujudkan struktur organisasi dan penurunan kuasa yang jelas, aliran kerja yang telus dan akauntabiliti, penggunaan sumber yang optimum dan sistem pengurusan maklumat yang cekap dan berkesan untuk membantu kementerian, jabatan dan agensi mencapai misi dan matlamat atau objektif utama yang ditetapkan. Kawalan dalaman membolehkan sumber-sumber organisasi diarah, dipantau, diukur untuk mengurangkan kerenah birokrasi serta mencegah perlakuan yang mendekati rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan;

(f)       Tindakan Pengesanan, Punitif dan Pemulihan

Mengesan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang, peraturan, sistem dan prosedur kerja atau kod etika kerja. Mengambil tindakan pembetulan dan pencegahan dengan segera berdasarkan kepada undang-undang atau peraturan tatatertib terhadap mereka yang terlibat. Memberi kerjasama atau melaporkan kepada agensi penguatkuasa berkenaan mengenai sebarang bentuk kesalahan atau jenayah yang dilakukan oleh warga kerja; dan

(g)     Pengiktirafan dan Penghargaan

Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pegawai yang menunjukkan perkhidmatan cemerlang dan mempamerkan nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti sukarela, memberi nasihat dan bimbingan agama serta mereka yang melaporkan kes-kes rasuah, penyelewengan dan salah laku dalam kementerian, jabatan dan agensi.

5.      Keanggotaan JKKMKPK adalah seperti berikut:

 

 

Pengerusi

:

YAB Perdana Menteri

 

Ahli-ahli Tetap

:

Menteri Pelajaran

   

:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Pengurusan Prestasi)

   

:

Menteri Dalam Negeri

   

:

Menteri Pengajian Tinggi

   

:

Menteri Kerja Raya

   

:

Menteri Sumber Manusia

   

:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam)

   

:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (CEO PEMANDU)

   

:

Ketua Setiausaha Negara

   

   :

Peguam Negara

   

   :

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

   

   :

Ketua Setiausaha Perbendaharaan

   

   :

Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU)

   

   :

Ketua Audit Negara

   

   :

Akauntan Negara

   

   :

Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)

   

   :

Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA)

   

   :

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

   

   :

Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN)

   

   :

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri

   

   :

Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

   

   :

Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM)

   

   :

Pengerusi Pasukan Khas Perunding Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan I, PKP JKTU I
(Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara, INTAN)

   

   :

Pengerusi Pasukan Khas Perunding Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan II, PKP JKTU II
(Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM)

   

   :

Pengerusi Pasukan Khas Perunding Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan III, PKP JKTU III
(Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam I)

   

   :

Pengerusi Pasukan Khas Perunding Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan IV, PKP JKTU IV
(Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri)

 

Setiausaha Bersama

   :

Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

   

   :

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

 

Urus Setia

   :

Bahagian Transformasi Sektor Awam (BTSA)
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

6.      Arahan ini juga telah menetapkan kekerapan JKKMKPK iaitu sekurang-kurangnya sekali dalam masa empat bulan dan mesyuarat perlu diadakan dalam bulan Mac, Julai dan November.  Struktur JKKMPK adalah seperti berikut:

image_gallery

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Urus Setia JKKMKPK
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 3, Blok B2
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...