Khamis, 24 Februari 2011

Hillary Clinton dijadual ke negara ini minggu depan

Berita Harian Online | Hillary Clinton dijadual ke negara ini minggu depan

2010/10/28
KUALA LUMPUR: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton dijadual mengadakan lawatan rasmi ke negara ini minggu depan yang dilihat mampu mengukuhkan lagi hubungan dua hala AS-Malaysia dalam pelbagai bidang.

Selain itu, Setiausaha Pertahanan AS, Robert M Gates, juga akan berkunjung ke negara ini dalam tempoh terdekat dan dijadualkan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu pertahanan.
Bercakap kepada pemberita selepas kunjungan hormat Duta AS ke Malaysia, Paul W Jones, Ahmad Zahid berkata, kunjungan Gates itu adalah kali pertama membabitkan seorang Setiausaha Pertahanan AS ke negara ini.
Beliau berkata, pihaknya sedang menyediakan jadual lawatan Gates termasuk mengadakan perbincangan berhubung beberapa isu khususnya berkaitan pertahanan.

Sementara itu, Jones berkata, kedatangan Clinton dan Gates ke Malaysia tentunya dapat mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan.

Katanya, sebagai negara penting di rantau ini, AS berharap hubungan rapat kedua-dua negara terus dijalinkan selain meninjau potensi bidang tertentu yang dapat ditingkatkan pada masa depan.

http://www.bharian.com.my/articles/HillaryClintondijadualkenegarainiminggudepan/Article/

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...