Isnin, 21 Februari 2011

MYLAUNCHPAD NEWS | Apps yang perlu ada pada telefon mudah alih anda


Apps yang perlu ada pada telefon mudah alih anda

A: Hey, pernah guna FaceTime untuk iPhone 4?

B: FaceTime?

A: Kau beli iPhone untuk kau dengan girlfriend kau tapi tak pernah buat video call?

Pernahkah anda berdepan dengan situasi ini? Mungkin tidak seaneh ini tetapi saya pasti ramai pengguna telefon mudah alih (smartphone) tidak memanfaatkan smartphone mereka sepenuhnya. Jangan takut. Berikut adalah lima apps smartphone yang akan membantu anda menikmati pengalaman mudah alih anda.

App pertama ialah Opera Mini.
Web browser ringkas dan efektif ini ideal untuk smartphone kerana ia hanya menggunakan 10% bandwidth web browser lain, memampatkan laman web sehingga 90%. Rendering engine dan pemampatan pada belah server Opera membolehkannya untuk memuat turun laman web dengan lebih pantas berbanding web browser mobile lain dan juga menjimatkan penggunaan pelan data bulanan anda. Opera memudahkan operasi dengan mengagak URL yang ditaip pada laman alamat dan menyimpan laman web yang dipilih menggunakan Opera Save Page untuk anda lihat pada bila-bila masa di mana saja anda berada walaupun tanpa kehadiran Internet. Opera juga mempunyai tabs seperti yang terdapat pada web browser di komputer. Malang sekali, Opera Mini tidak mempunyai kebolehan Flash. Anda boleh menggunakan Opera Mobile jika mahu fungsi Flash.

App yang seterusnya merupakan, pada pendapat saya, app pesanan ringkas terbaik yang berada di pasaran sekarang.
WhatsApp Messenger ialah app yang membolehkan anda bertukar pesanan antara rakan-rakan anda tanpa bayaran SMS biasa. WhatsApp terdapat untuk semua platform termasuk iPhone, BlackBerry, Android and Nokia (beta) dan anda boleh menghantar pesanan kepada semua platform. WhatsApp menggunakan talian Internet (3G/EDGE/Wi-Fi) untuk menghantar pesanan. Anda tidak perlu mendaftarkan diri seperti perkhidmatan pesanan lain. Hanya masukkan nombor telefon anda dan anda dapat terus menikmati fungsi-fungsi WhatsApp. Selain pesanan ringkas, anda juga boleh menghantar gambar, video dan audio. Hanya satu kekurangan yang terdapat pada app ini iaitu ia hanya percuma untuk tahun pertama sahaja. Pengguna BlackBerry, Android dan Nokia terpaksa membayat 1.99 US dollar untuk langganan setahun sementara pengguna iPhone hanya perlu membuat satu bayaran 0.99 Us dollar.

Satu lagi app yang berguna ialah Waze. Waze ialah app sosial yang menyediakan tunjuk arah percuma berpandukan keadaan sebenar jalan raya. Dapatkan laporan trafik terkini (kesesakan lalu lintas, kemalangan dan sebagainya) serta merta dalam peta anda. Anda juga boleh lihat kedudukan rakan-rakan anda pada peta. Ia dikuasakan oleh pengguna. Jadi, makin jauh anda memandu, makin banyak data dikumpul. Salah satu ciri-ciri yang saya suka ialah Waze tidak membenarkan menghantar laporan ketika kereta sedang bergerak.Jadi anda tidak akan mendengar laporan berita tentang pemandu merempuh gerai Otai burger ketika sedang menggunakan Waze. Komuniti pemandu Waze di Malaysia masih di peringkat pembangunan. Jadi, ia akan mengambil masa untuk Waze memenuhi potensi sepenuhnya. Waze terdapat untuk iPhone, Android, BlackBerry, Nokia dan Windows Mobile.

Pernahkah anda mendengar hujah tentang bagaimana industri berita percetakan akan digantikan dengan berita digital? App seterusnya merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada situasi ini.
Pulse ialah app berita visual percuma yang elegan untuk iPhone, iPad dan Android. Ia menggunakan gambar daripada artikel berita untuk mewakili penampilan pada app tersebut. Anda boleh sync Google Reader anda dengan Pulse dan mempamerkan sehingga 20 sumber berita yang anda minati. Inspirasi app ini datang dari kekecewaan dengan pengalaman membaca berita pada alat mudah alih.

Untuk app terakhir, saya ingin menyentuh tentang kelemahan app sedia ada yang terdapat pada smartphone sekarang. Ia tidak cukup dengan hanya mengambil gambar dengan tag kedudukan dan memuat naik ke Facebook atau Flickr. Kamera pada smartphone semakin berkualiti dan amat bagus jika kita dapat mengubah gamabar yang diambil.
Dengan Camera360 untuk Android, anda boleh mengenakan hampir 30 kesan khas pada gambar anda untuk versi Ultimate. Camera360 mempunyai 6 mode (Effect Mode, Scenery Mode, Funny Mode, Tilt-shift Mode, Color-shift Mode and Normal Mode) pada versi percuma. Anda juga boleh berkongsi gambar dengan rakan-rakan anda secara online. Versi Ultimate berharga 3.99 US dollar.

Dengan lima app ini, anda pasti berpuas hati dengan fungsi-fungsi dan kemudahan yang disediakan. Secara tidak langsung memberikan pengalaman mudah alih yang bermakna kepada pengguna smartphone.

MYLAUNCHPAD NEWS | Apps yang perlu ada pada telefon mudah alih anda

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...