Isnin, 26 Mac 2012

Quote of the day: Difficulties and Success

"Man needs his difficulties because they are necessary to enjoy success." - Abdul Kalam


Published with Blogger-droid v2.0.4
0 ulasan

Rabu, 21 Mac 2012

Alasan pinggir ibu bapa lebih didorong bisikan syaitan

Berita Harian Online|Alasan pinggir ibu bapa lebih didorong bisikan syaitan
Oleh Amran Zakaria

2012/03/21

ADA tiga kes ibu bapa menjadi tajuk berita dalam akhbar iaitu 'Buang bapa, kebas wang', 'Tinggalkan ibu lumpuh di hotel' dan 'Buang ayah sebab ayah pengacau'. Ketiga-tiga tajuk berkenaan benar-benar menyentap perasaan. Lebih terhiris hati apabila membaca pengakuan anak yang menyebut "Saya mengaku dia bapa kandung saya tetapi kami tidak serasi hidup bersama kerana kehadirannya membawa masalah kepada rumah tangga saya".

Cerita Alqamah dengan ibunya banyak memberi pengajaran kalau kita benar-benar menghayatinya. Peranan yang dimainkan Rasulullah SAW mendorong ibu Alqamah segera memaafkannya, berbeza dengan pendiriannya sebelum itu. Sifat pemaaf ibu memudahkan Alqamah menghembuskan nafas akhirnya.

Sebaik saja Alqamah dikebumikan, Rasulullah SAW berdiri di kuburnya lalu bersabda yang bermaksud: "Wahai kaum Muhajirin dan Ansar! Sesiapa yang lebih mengutamakan isterinya daripada ibunya, nescaya akan ditimpa kepadanya laknat Allah dan juga tidak akan diterima daripadanya taubat dan tebusannya." (Hadis Riwayat Abu al-Laith)

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka)." (Hadis Riwayat Muslim)

Justeru, isteri perlu memahami hak ibu ke atas anaknya yang diberi keutamaan dalam Islam. Lantaran, anak-anak akan bertindak dengan apa yang terbiasa dilakukan pada ibu bapa  kerana kesaksamaan Allah itu maha adil.

Perbuatan anak di dunia sebenarnya menjadi ukuran dalam melayani kedua-dua ibu bapanya. Perbuatan anak dikatakan menjadi bayangan kepada penerimaan dirinya sebagai ayah pada hari tua nanti. Setiap perbuatan kita terhadap orang tua akan diterima pembalasannya pada usia yang sama. Sebenarnya, alasan untuk meminggirkan kedua-dua ibu bapa kita lebih terdorong oleh bisikan nafsu. Membiarkan nafsu menguasai diri akan merosakkan nilai sahsiah manusia. Banyak kerosakan yang berlaku hari ini berpunca daripada kehendak nafsu, sama ada nafsu ingin membalas dendam atau amarah yang tidak terkawal terhadap kedua-dua ibu bapa kita. Ingatlah firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya nafsu amarah sangat mengheret kepada kejahatan.” (Ayat 53: Surah Yusuf).

Sebagai seorang anak yang baik, kita hendaklah memperbanyakkan perkataan yang lembut dengan rangkuman kasih sayang kepada ibu bapa. Rendahkan suara di hadapan keduanya dan usah bersikap menyombong diri seperti yang diperintahkan Allah dalam firman-Nya: “Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang...” (Surah Al-Isra, ayat 24)

Orang yang beriman akan memberi keutamaan kepada kedua-dua ibu bapanya  sebagai tanggungjawab yang besar yang perlu dilaksanakan. Kegagalan untuk berbakti kepada ibu bapa ketika hidupnya mengakibatkan kita menempuh laluan sukar di akhirat nanti.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka)." (Hadis Riwayat Muslim)

Menurut Al Qurthubi, derhaka kepada kedua orang tua apabila menyalahi perintah kedua-duanya, seperti bakti keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini jika keduanya atau salah seorang daripada mereka menyuruh anaknya, maka anaknya wajib mentaatinya, jika perintah itu bukan maksiat.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun, bersyukur kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu dan kepada Aku tempat kembali mu.” (Surah Luqman, ayat 14)

Anak yang derhaka kepada ibu bapa tidak akan mendapat keberkatan hidupnya di dunia. Sesiapa yang derhaka kepada ibu bapa akan disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat. Selama mana kita tidak diredai ibu bapa selagi itulah kita hidup dalam kemurkaan Allah.

Rasulullah SAW bersabda: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua-dua ibu bapa” (Hadis riwayat Tirmizi).

0 ulasan

Selasa, 20 Mac 2012

Rs stress lh. Org lain asyik nk lari dr kj jer. Cmnr mnsia blh jd x btggjwb cmni. Mrk x takut ke hukuman Allah jk x amanah dlm pkerjaan mrk. Tension btl!


Published with Blogger-droid v2.0.4
0 ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...