Isnin, 29 Mac 2010

Berhati-hati dengan Produk Arezzo

Kejadian ni telah berlaku kepada saya pada bulan Disember 2010. Dalam pada berhati-hati dengan jurujual, akhirnya saya pun terkena juga! Aduhai...

Waktu itu kira-kira pada pukul 10 malam, saya keluar dari Carrefour Midvalley bersama-sama dengan 2 orang adik saya yang sedang holiday sempena cuti sekolah. Tiba-tiba saya ditarik oleh seorang jurujual dan terdapat kawan-kawan jurujual tersebut yang turut serta membawa saja ke meja penerangan mereka. Saya akan diberi 'gift' yang berbalut comel (sampai sekarang saya masih belum buka lagi dan entah ape kat dalam bungkusan tu pun saya tak tahu) sekiranya saya mengisi borang survey mereka. Lepas isi borang survey, mereka kata kena dengar penerangan mengenai produk Arezzo dulu baru dapat gift tu. Saya bukan hingin sangat kat gift tu tapi sesambil duk tunggu midnite pukul 12.15 a.m. terlayan jugak dengan karenah mereka yang menjengkelkan itu.

Sepanjang penerangan itu, mereka menunjukkan cara memasak keropok tanpa minyak, cuma letak dalam microwave dan keropok itu terus kembang. Induction cooker mereka pula guna elektrik, sentuh pun tak rasa panas. Bermacamlah lagi ayat-ayat canggih mereka. Produk ni glamor kat Korea lah (yelah... masa tu saya ter'gila' kat cerita Korea). Lepas borak-borak selama setengah jam, mereka mintak saya bukak kupon (yelah mana tahu kut-kut dapat hadiah yang extravaganza). Nah!!! Saya dapat Induction cooker yang paling mahal yang berharga RM3K++. Entah tak ingat sangat harga betul dia berapa. Dalam kupon tu saya dapat juga voucher RM100.



Kemudian, geng-geng mereka beramai-ramai datang menyerbu saya. Semua terkejut saya dapat hadiah tu! Kata mereka cuma ada bebarapa voucher jer yang dapat hadiah semacam tu. Huh, cuba bayangkan perasaan saya yang terpinga-pinga saat tu... Mereka kemudiannya menelefon manager mereka untuk tanya sahih ke tak hadiah tersebut. Manager mereka pun excited giler dan beria-ria kata saya akan rugi kalau tak ambik. Yelah, dapat percuma Induction Cooker tu! Then dapat lagi microwave. Then jurujual tu nak tambah lagi dengan periuk belanga yang harganya ribu-ribu! Katanya dia sanggup korbankan part komisen mereka untuk tambah hadiah periuk belanga tu untuk saya! Huh, best offer, beb! Just pay RM2,999.00, lepas tu dapat 3 jenis barang. Jumlah harga semua dekat-dekat RM10K jugak lah.

Saya pun confius dan minta bagi masa untuk saya berfikir dulu. Esok saya datang balik. Mereka kata offer cuma untuk malam ni jer! Esok dah tak der. Dah lah masa tu mereka nak tutup kaunter sebab dah pukul 11 malam. Kata mereka lagi, you beli jer, kalau you tak nak guna pun tak per. You boleh jual balik dengan harga original. Cuba bayangkan berape saya boleh dapat untung nih! Tak pun, saya boleh bagi hadiah kat sapa-sapa... Mereka kata, untung ni!! Bukan selalu dapat peluang yang camni. Cuma bagi kad kredit jer, tak payah fikir apa-apa lagi. Berat jugaklah nak hulur, tapi sepantas kilat disambar oleh mereka. Then masa tu mereka tak boleh swipe, tapi berkali-kali mereka cuba! Kata mereka tak ader wireless. Lepas selesai urusniaga, saya tak angkut barang-barang tu semua dan berjanji untuk ambilnya esok.

Lepas bayar tu, saya rasa menyesal teramat sangat. Ape yang aku nak buat dengan bende-bende tu semua. Bukan nak guna pun! Saya call bank untuk block urusniaga. Lepas call berpuluh-puluh kali, baru dapat bercakap. Kata bank mereka tak ada hak untuk block urusniaga tu. Saya kene deal sendiri dengan jurujual tu untu void transaction. Lepas tu saya call jurujual tu, masuk voice mail. Gelabah tul dibuatnyer!!!

Tengok midnite pun 15 minit jer, tak der mood, terus balik rumah. Sesampai kat rumah, terus google tentang produk ni! Huh, ader ramai yang terkena macam saya. Ape lagi, sakit benar hati dibuatnyer!!! Rasa tertipu sangat... Ingatkan bertuahnye aku ni berbanding dengan yang lain-lain, tapi hampeh!! Malam tu jugak saya bertekad nak void deal tu.

Pepagi esoknya saya call jurujual tu kata nak void. Dia tanya, ape masalah kakak ni. Kalau ada masalah cakaplah, saya boleh tolong. Hampeh tul, aku tak ader masalah lah... Cuma nak cancel urusniaga jer... Then jurujual tu cakap kalau nak cancel boleh, tapi saya kene tanggung 20% bank charges. Saya kata O.K.!

Lepas sampai kat Midvalley, saya terus pergi jumpa jurujual tu, dia terus alih topik. Rasa masa tu aku nak lempang jer... Nak alih topik lak, nak tunjuk betape concernnya dia kat saya. Ape masalah kakak ni, semalam kata lain, hari ni kata lain pulak... Kakak ceritalah kat saya, mana tahu saya boleh tolong. Saya cakap, saya tak ader masalah, saya cuma nak cancel saja. Kan tadi masa saya call dia, dia cakap boleh cancel. Guess what??? Jurujual tu cakap tak boleh cancel pulak!!! Dia kata itu polisi syarikat, memang tak boleh cancel! Dah lah barang tu saya refuse untuk angkut bawak balik. Mereka kata mereka akan simpan untuk saya selama manapun! Giler!!! Arrrgggghhh!!!! Lepas tu datang kawan-kawan dia yang marah-marahkan saya dan cakap saya ni tak betullah, marahkan kawan dialah... Laaaa... Ape tak hanginnyer, tadi kata boleh cancel, last-last tak boleh pulak. Ape kess??? Lepas tu saya cakap, awak ni tak konsisten bagi statement lah, tadi cakap boleh cancel, sekarang tak boleh pulak, kalau macam ni saya akan buat report lah. Mereka cakap, pergilah buat, kami tak takut! Huh, panas membahang masa tu, cuma aku tahan jer...

Terus saya pergi ke balai polis Sentul untuk buat report. Masa tu tengah hujan lebat, saya redah jer sebab tak tahan dengan perangai "manusia" tu yang terlalu menjengkelkan tu. Mana boleh tahan!!! Lepas selesai buat laporan polis, saya buat aduan online kat e-Tribunal. http://ttpm.kpdnkk.gov.my/portal/index.php Dapatkan feedback dari tribunal sama ada saya boleh proceed tak dengan kes saya ni. Tak sampai 3 hari, saya dapat feedback dari tribunal yang saya boleh proceed dengan kes.

Saya pergi ke Tribunal Tuntutan Pengguna The Mall. Settle semua dokumen, kene bayar RM5 sebagai yuran pemprosesan. Pengawai kat Tribunal tu quite OK dan bagus sangat sebab bagi penerangan dengan jelas ape prosedur yang saya kene ikut. Tribunal kasi saya 2 dokumen, satu untuk pos ke "malaun" tu guna pos berdaftar dan 1 lagi sebagai rujukan peribadi saya. Tribunal bagi tarikh untuk bersidang di mahkamah tribunal.

Selepas seminggu dari tarikh saya pos dokumen tu ke ibu pejabat Arezzo, si jurujual hampeh tu call saya. Dia cakap dengan lembut, katanya... Mereka boleh cancel transaksi tu tapi saya kene tanggung bank charges 16%. Saya kata betul ke charges tu, cuba cek betul-betul dan bagi saya percentage yang sebenar-benarnya. Then dia call saya lagi cakap saya kene tanggung 6% bank charges. Saya kene jumpa dia untuk cancel urusniaga tu. Saya cakap, saya fikir dulu, nanti saya call balik untuk bagi confirmation.



Sakit hati saya yang diperkotak-katikkan hari tu masih belum hilang. Bengang bila mereka guna psikologi yang berbentuk diluar kerelaan untuk memaksa saya membuat belian. Then saya call mereka, kata tak mahu bayar bank charges tu, mereka yang paksa saya kenape saya pula nak tanggung. Last-last jurujual tu buat suara sedih, kata tak apalah, dia tolak gaji dia untuk tanggung bank charges saya tu! Ahhh, peduli lah. Aku tak boleh berlembut dengan orang yang camni. Lepas tu saya set date untuk berjumpa mereka. Then saya bawak kawan lelaki saya yang ala-ala serius/garang gitu. Hahaha... Bila saya jumpa jurujual tu, dia tak banyak soal. Mungkin kecut tengok kawan saya kut. Hahaha... Lawak pun ada jugak.

Seminggu lepas tu, jurujual tu call saya lagi. Kata cek dah ready dan tunggu saya kene pergi collect jer. Dapat jer cek, saya terus bank-in. Bila cek dah clear, saya call Tribunal Tuntutan Pengguna cakap saya dah settle luar mahkamah.

Ape yang hampehnya kat sini ialah:
* Mereka menipu yang tak boleh void payment. Bila dah buat tindakan report polis dan tribunal, boleh pulak!
* Mereka merapu bagi bank charges yang ntah ape2!
* Mereka buat lakonan untuk mengukuhkan "how lucky you are"!

Berhati-hatilah dengan produk Arezzo ni! Ada juga kawan kepada kawan saya yang terkena juga. Tetapi dia nak simpan dan guna. Kata kawan saya lagi, masa nasik pun tak masak! Ini lagi parah nih!!!

Kepada mana-mana yang terkena, buatlah tindakan yang wajar. Pertahankan hak anda sebagai pengguna. Anda berhak memilih apa yang anda mahukan!!! All the best!!! ;-)



4 ulasan:

Unknown berkata...

Salam...saya baru kena tadi...dah bayar pun dua ratus...sebaik saya cek internet kalau tak kena tipu ribu raban lagik adoi sadis tul nasib ...ayat2 dia orang sebijik macam awak citer tue...terutama bab keropok tue...rasa nak penerajang..perlu ker sya claim blik yng 200 tue atau let go jer...adoi dah nak raya kena tipu pulak nie...apa lah nasib.

sakura berkata...

ha tadi almost kena. nasib lakonan dorang agak tak meyakinkan. ada ke tanya no siri, saya bagitau cecepat tuh dia kata btul. camana dia tangkap no siri saya sebut tu pon tak tau. takde sengka masa menaip utk cari no siri btul tak pon. voucher rm999 konon. barang harga beribu. pas tu bleh reserve barang lagi tu. dari offer 3 bulan ke 6 bulan ke 1 taun ke 5 taun! pas tu siap cakap bila2 pon boleh. aik haha. then duit deposit dari 200 kurang ke 100 pas tu sampai 50! nampak sangat pelik. company mana bleh main tukar policy sesuka hati ni. then tanya mana term & condition, dia terus tukar topic. eleh.. chinese sama chinese cakap dalam phone, bahasa melayu. logic ker? paling2 pon mesti cakap english. mana ada chinese ngan chinese cakap melayu kecuali nak memahamkan org melayu tu je. supaya org tu paham apa dia cakap. so tu salah satu tactic tipu kita supaya konon nya dia tak tipu by bagi kita dengar perbualan dorang. byk hint dorang kasik kalo korang perhati. tapi biasala kita kalo da excited tengok menang voucher besar nih mana nak perhati sangat kena tipu ke tidak. huhu. pas tu kata je takmo then terus masuk internet search pasal vaucher dia ni. terus jumpa web2 complain macam nih. nasib baik la tahan dari kena hasut beli pakai voucher hebat dia tu kononnya.

Tanpa Nama berkata...

dgn ayat marah....(u jgn risau arezzo msih wujud... my friend bru dpt discount coupon rm999. sama2 la kita memalu kn mereka kalau mereka cuba2 mempromote product dieorg tu lg).. please cepat2 sebarkn kat web/blog kalau2 mereka cuba2 menukar nama.

Macik berkata...

Acik dah terkena 15 tahun dulu. Ni baru nak pakai 😂😂😂 Modus operandi sama. Tapi selepas 15 tahun perap, barang masih ok. Bila cek harga sebenar dia RM499 je. Anak kata periuk Arezzo tu mahal. Ingatkan bertuah dapat hadiah periuk banyak. 😂😂😂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...