Selasa, 30 Mac 2010

bharian: Kepimpinan politik, intelektual perlu tunjuk komitmen dengan MEB

(Sumber dari Berita Harian, 2010/03/30)
KUALA LUMPUR: Kepimpinan politik dan intelektual mesti menunjukkan komitmen yang diperlukan dengan Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

Menurut Laporan Bahagian 1 MEB untuk Malaysia, penjelasan umum mesti menarik minat dan perhatian mengenai kenapa perubahan segera amat diperlukan.
"Pada masa sama, MEB perlu rasional dan menambat emosi orang awam dan mesti dengan jelas menyatakan peranan mereka dalam proses transformasi."

"Tapi semasa penjelasan umum diteruskan, pasukan yang sama yang ditugaskan untuk memantau pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) perlu meletakkan proses teknikal yang ketat bagi mengumpulkan maklumat untuk melaporkan perkembangan ETP kepada semua yang berkaitan," kata laporan itu.

Oleh kerana ia satu proses politik yang lebih difahami oleh kepimpinan politik, Majlis Penasihat Ekonomi Negara (Neac) akan terlibat sepenuhnya dalam merangka rangka kerja pelaksanaan dan bekerjasama dengan pihak berkuasa pelaksanaan masing-masing.

Laporan itu berkata bahawa Neac telah membayangkan langkah-langkah kritikal bagi menarik sokongan umum dan pihak yang berkaitan berhubung pelaksanaan ETP.

Kerajaan juga membayangkan satu proses maklum balas yang berterusan dan penyesuaian yang akan bertukar dalam ekonomi Malaysia.

"Kami menjangkakan maklum balas daripada penduduk dan pada masa yang sama, adalah penting untuk kekal teguh berhubung matlamat untuk mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara pendahulu," kata laporan itu.

Proses urusan dengan semua pihak yang berkaitan adalah penting untuk dua sebab, iaitu bagi menggalakkan penerimaan melalui penjelasan umum dan bagi melihat perbaikan dan peningkatan dalam pelaksanaan dasar.

"Pada masa yang sama, kepimpinan politik dan intelektual mesti berada di barisan depan dalam proses transformasi ini," kata laporan itu. - Bernama.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...