Isnin, 9 Mei 2011

Analisis: Rangka dasar tangani kenaikan harga barang

Analisis: Rangka dasar tangani kenaikan harga barang
Oleh Mohd Afzanizam Abd Rashid
bhbiz@bharian.com.my
2011/05/09
ISU kenaikan harga sering di perkatakan di mana-mana sama ada di media ataupun sekadar perbualan tidak formal sesama rakan sepejabat. Ternyata isu ini mendapat perhatian dari segenap lapisan masyarakat.

Walau begitu pandangan umum sering mengaitkan faktor kos sebagai punca kepada masalah kenaikan harga itu, walhal, isu peningkatan permintaan juga sepatutnya diberikan perhatian apabila membahaskan mengenai inflasi.

Umum juga sering mengatakan kenaikan harga akan sentiasa berterusan dan menganggap pengurangan atau kejatuhan paras harga adalah sesuatu yang sukar untuk berlaku.

Selain itu, angka Indeks Harga Pengguna (IHP) juga mendapat kritikan kerana ada segelintir masyarakat yang berpendapat bahawa ia tidak melambangkan keadaan sebenar situasi inflasi di negara ini.

Perangkaan terkini menunjukkan IHP pada bulan Mac telah meningkat sebanyak 3.0 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. Dari pecahan IHP itu, didapati harga makanan dan minuman tidak beralkohol yang mewakili 30.3 peratus daripada keseluruhan jumlahnya, meningkat sebanyak 4.7 peratus untuk tempoh dua bulan berturut-turut.

Pecahan yang lebih terperinci juga menunjukkan indeks harga bagi daging, barangan tenusu serta gula telah meningkat sebanyak 7.6 peratus, 6.0 peratus dan 22.5 peratus.

Ia adalah selaras dengan perangkaan yang di keluarkan oleh Organisasi Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu yang menunjukkan indeks harga makanan telah meningkat sebanyak 36.5 peratus pada bulan Mac tahun ini.
Dari sudut sektor pertanian, kenaikan harga adalah sesuatu yang tidak memeranjatkan berikutan beberapa komoditi barangan seperti beras, daging dan susu mempunyai tahap sara diri yang rendah iaitu kurang daripada 100 peratus.

Contohnya, tahap sara diri bagi beras, daging lembu dan susu yang dicatatkan pada tahun 2010 adalah berada pada paras 71.4 peratus, 28.6 peratus dan 4.9 peratus.

Ia bermakna, negara kita perlu mengimport barangan itu bagi memenuhi keperluan makanan di negara ini.

Bukti itu diperkukuh lagi dengan imbangan dagangan bagi sektor makanan yang menunjukkan peningkatan imbangan defisit sebanyak RM12.1 billion pada tahun 2010 berbanding defisit RM10.9 billion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.
Oleh yang demikian, negara kita terdedah kepada turun naik harga makanan global yang akhirnya akan di terjemahkan kepada harga domestik berikutan pengimportan makanan dari negara luar.

Berdasarkan kepada perkara di atas, boleh kita kesimpulan bahawa sektor pertanian mempunyai potensi yang tinggi sebagai salah satu ejen penstabilan harga. Namun, keadaan semasa menunjukkan ketidakseimbangan di dalam sektor pertanian yang mana pengeluaran minyak kelapa sawit serta getah adalah komoditi utama di sektor ini.

Jumlah pengeluaran bagi kedua dua komoditi itu adalah sekitar 57 peratus daripada jumlah pengeluaran di sektor pertanian pada 2010.

Mungkin pada masa akan datang, keadaan ini dapat diperbaiki melalui peningkatan produktiviti serta pengeluaran di sektor makanan.

Selain itu, ia juga mampu menjana peluang pekerjaan terutama bagi masyarakat di luar bandar dan sekali gus dapat mengurangkan jurang pendapatan sekiranya sektor ini dapat dikomersialkan dengan lebih meluas.

Seharusnya, isu inflasi ini perlu dilihat dari perspektif yang lebih luas iaitu kenaikan harga tidak semestinya tertumpu kepada kos barangan saja, malah ketidakseimbangan dalam penawaran dan permintaan sektor tertentu seperti makanan juga memainkan peranan yang penting menaikkan tingkat harga umum.

Oleh itu, dengan memahami punca sebenar masalah inflasi tersebut maka dapat kita bertindak serta merangka dasar yang sesuai bagi menangani isu itu.

Penulis ialah Ahli Ekonomi di Malaysian Rating Corporation Bhd

0 ulasan

Bank maya penuhi keperluan masa depan

Berita Harian Online|Bank maya penuhi keperluan masa depan

2011/05/09
Institusi kewangan perlu pendekatan lebih kompetitif demi pelanggan generasi IT

TEKNOLOGI memainkan peranan utama membantu bank terus berada di hadapan dalam meningkatkan perkhidmatan untuk pelanggan dengan menyediakan pelbagai saluran dalam proses transaksi di samping meningkatkan tahap sekuriti menerusi pilihan keselamatan bersepadu.

Dalam laporan terkini Deloitte’s Centre for Banking Solution menunjukkan bahawa Generasi Y (dilahirkan dari 1980 hingga 1992) menjadi pelanggan terbesar kepada industri perbankan pada masa kini dan masa depan. Ini kerana Gen Y adalah generasi terkaya ketika ini.

Ini ditambah pula kemerosotan jumlah pelanggan tradisional hingga menjejaskan sektor kewangan, disebabkan faktor usia persaraan dan golongan ini nampaknya lebih gemar memilih bentuk pelaburan berisiko rendah.

Faktor inilah yang menyebabkan mengapa industri perbankan perlu memilih untuk bergerak seiring dengan perkembangan teknologi.

Bank maya menawarkan produk dan khidmat menerusi internet, pusat talian, ATM dan saluran mudah alih secara eksklusif.

Pelanggan lebih menggemari kadar faedah deposit lebih tinggi tetapi kadar faedah pinjaman lebih rendah, interaksi video, disesuaikan dengan model maya yang murah berbanding model lokasi fizikal yang mahal.

Tambahan pula, bank maya sedar bahawa teknologi kini bertumpu ke arah citarasa pelanggan dengan adanya internet, telefon mudah alih dan keupayaan video di rumah, justeru berkurangnya keperluan rangkaian cawangan yang besar. Generasi sebelumnya (dilahirkan dari 1946 hingga 1964) kebanyakannya lebih yakin terhadap cawangan bank tradisional. Berlainan pula dengan pelanggan generasi kini yang lebih cenderung ke atas bank yang dapat memenuhi gaya hidup mereka.

Pelanggan Gen Y membesar seiring dengan perkembangan teknologi, daripada era telefon mudah alih dan gajet kepada masyarakat berasaskan internet dan rangkaian sosial.

Trend ini menjadikan Gen Y melihat teknologi sebagai komponen penting melengkapkan gaya hidup termasuk sistem perbankan.

Laporan serupa mendedahkan pelanggan Gen Y dengan karakter tersendiri ini membuatkan mereka jauh berbeza dengan pelanggan sedia ada, mereka mahukan bank menyediakan saluran dan strategi berbeza untuk menarik mereka menggunakan perkhidmatan itu.

Sementara itu, dalam Kajian Perbankan Runcit Cisco yang dikeluarkan baru-baru ini menegaskan bank pada hari ini mestilah menyediakan kegunaan teknologi yang bersesuaian dan menukar pendekatan bisnes yang sedia ada kepada yang lebih kompetitif dan sesuai untuk masa depan.

Kes Bisnes Pembabitan Gen Y

Pemerhatian yang dibuat Cisco ke atas kecenderungan pelanggan Gen Y ini mendapati trend golongan ini lebih memilih kepada penggunaan video automasi, alat pengurusan kewangan peribadi (PFM) dan nasihat kewangan berasaskan masyarakat maya dan rangkaian sosial.

Kajian sama melaporkan pelanggan Gen Y memilih kepada lebih banyak nasihat kewangan berbanding gen sebelumnya. Pembabitan Gen Y meningkat kepada lebih dari 33 peratus bagi bank yang mampu memberi saluran nasihat mengenai masalah berkaitan kewangan.

Memenuhi keperluan pelanggan Gen Y ini, bank perlu mengguna pakai teknologi baru. Contohnya teknologi video akan mengubah interaksi pelanggan, hampir 40 peratus pelanggan Gen Y di sektor kewangan berminat berinteraksi dengan penasihat menerusi video berbanding hanya 17 peratus bagi generasi sebelumnya.

Oleh itu Cisco berkeyakinan penuh bahawa kemampuan menyediakan pengalaman bersepadu, tanpa sempadan yang menyokong komunikasi dan interaksi video yang berkualiti tinggi menjadikan khidmat perbankan lebih menarik kepada pelanggan Gen Y.

Dengan keupayaan ini, pelanggan boleh mendapatkan khidmat penasihat kewangan tidak kira di mana mereka berada dan meningkatkan proses penggabungan yang memerlukan keputusan dan transaksi.

Dalam tempoh lima tahun, perbankan mudah alih akan menjadi suatu keperluan seperti mendaftar masuk halaman Facebook bagi pelanggan perbankan masa depan.

Telefon mudah alih semakin canggih, lebih berkemampuan mengendalikan penggunaan dan khidmat perbankan. Bagi bank yang menyediakan penyelesaian seperti ini ia bakal menjadi kegemaran di kalangan pelanggan Gen Y memandangkan 95 peratus mereka kini menggunakan peralatan mudah alih.

Seterusnya bank perlu memperkenalkan platform dalam talian yang menyokong masyarakat maya seperti pelanggan Gen Y ini. Malah, jumlah pelanggan Gen Y yang meghantar soalan mengenai nasihat kewangan di blog atau forum dalam talian adalah empat kali ganda generasi sebelumnya.

Bank juga perlu mengembangkan dan meningkatkan kualiti PFM online sehingga 40 peratus kerana pelanggan Gen Y menggunakan peralatan ini untuk menguruskan perbelanjaan, mengurangkan hutang dan memaksimumkan tabungan jangka panjang mereka.

Pelaburan dalam penyelesaian perbankan inovatif

Inilah masa yang sesuai bagi bank di Malaysia bergerak seiring dengan kecanggihan penyelesaian inovatif demi memacu transformasi persekitaran perbankan. Penyelesaian ini boleh disepadukan menerusi rangkaian teknologi supaya dapat memperbaiki pengalaman perniagaan, mengemaskan operasi, produk dan khidmat penyampaian serta memadankan pakar dengan keperluan pelanggan dalam masa sebenar.

Satu daripada penyelesaian terbaru yang ada di Malaysia oleh Cisco ialah Finance POD yang membenarkan bank membina cawangan tanpa pengendalian manusia secara fizikal yang menyokong cawangan sedia ada. Ia boleh diguna 24x7 di mana saja sama ada di rumah, tempat kerja dan padang permainan. Finance POD diselaraskan dengan keupayaan video bersama teknologi bersepadu yang menyediakan pelbagai perkhidmatan pada harga yang murah.

Pelanggan kini tidak lagi bimbang mengenai waktu operasi atau ketika hendak bertanya pakar untuk perundingan. Khidmat ini boleh diakses kepada pelanggan mengikut keselesaan mereka.

Soalan untuk masa depan ialah, Apakah kos paling berkesan untuk mensepadu dan menyampaikan fungsi runcit perbankan?

Apakah model bisnes dan teknologi yang dapat membantu bank mencapai keuntungan maksima?

Bank akan memberi tumpuan mengenai model bisnes dan saluran penyampaian yang menyediakan nilai dan faedah hebat kepada pelanggan, pada masa sama mengurangkan kos keseluruhan kepada institusi. Bank masa depan akan menjadi lebih hebat, mengeratkan hubungan dengan pelanggan dan setia kepada pelanggannya.

Persidangan Cisco Malaysia 2011 turut memberi tumpuan kepada perkhidmatan runcit perbankan di mana Finance POD akan dipertontonkan.

Pertanyaan mengenai penyelesaian Industri Perkhidmatan Kewangan Cisco, sila hubungi 603 2081 1884 atau email ke wooitan@cisco.com.

Artikel ini disediakan oleh Anne Abraham, Pengarah Urusan Cisco Malaysia

0 ulasan

Syarat pakaian solat bersih, tutup aurat

Berita Harian Online|Syarat pakaian solat bersih, tutup aurat
Oleh Muhammad Asyraf

2011/03/15
Penggunaan telekung, berkain pelikat, baju Melayu kebiasaan bagi masyarakat Nusantara

ISLAM mudah dan tidak menyulitkan umatnya. Malah ia meraikan semua bangsa dan warna kulit. Budaya sesuatu bangsa itu terbentuk hasil daripada pandang nilai yang sama. Kehidupan kini jauh berbeza. Perubahan zaman dengan kehidupan lebih pantas dan luas membuatkan beberapa isu budaya perlu diubah. Masyarakat terutama wanita dilihat lebih banyak berurusan dengan situasi kerja dan urusan harian membuatkan beberapa kesukaran terjadi akibat terikat dengan budaya lampau.
Pemakaian telekung adalah struktur keagamaan yang dibentuk dalam komuniti masyarakat Islam di Nusantara. Ia amat baik jika dilihat dari aspek kesempurnaan ibadat. Ulama Melayu amat teliti dalam memastikan kesempurnaan ibadat umat ketika itu. Pemilihan telekung yang longgar, lebar dan mudah disarung menjadikannya sesuai untuk semua peringkat umur dan bentuk badan. Ini bersesuaian dengan perintah Allah SWT dalam al-Quran yang menghendaki kita memakai pakaian yang baik ketika mendirikan solat seperti dalam surah al-A’raaf ayat 31 bermaksud : “Hai anak Adam, pakailah perhiasan kamu (pakaian) yang indah di setiap kali kamu (memasuki) masjid, makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.”
Menurut Syeikh Khatib al-Syarbini dalam kitabnya Mughni Muhtaj menguatkan pendapat daripada Ibn Abbas RA mengatakan, maksud memakai pakaian indah setiap kali memasuki masjid adalah merujuk kepada pakaian ketika solat. Ibnu Hazm pula memahami maksud ‘perhiasan’ di sini adalah menutup aurat.

Imam Ibn Kathir, memetik riwayat Imam Muslim mengatakan ayat ini adalah bantahan atas tindakan orang musyrik yang sengaja mengerjakan tawaf di Baitullah dalam keadaan telanjang. Ia juga memberi pengertian lain iaitu disunatkan menghias diri ketika menunaikan solat lebih-lebih lagi pada Jumaat dan Hari Raya. Juga disunatkan memakai wangi-wangian kerana ia termasuk daripada perhiasan.

Malah kita boleh mengenakan pakaian berjenama asalkan tidak mendatangkan rasa takabbur. Sseperti diberitahu Qatadah yang meriwayatkan daripada Muhammad Ibnu Sirin bahawa sahabat Nabi SAW Tamim ad-Dari pernah membeli rida’ (selendang atau serban) dengan harga seribu, lalu ia mengerjakan solat dengan mengenakannya.

Ulama Melayu amat bijak membentuk budaya berpakaian yang baik kepada umat Islam di Nusantara. Mereka memilih putih sebagai warna rasmi telekung. Ini bersesuaian dengan sunnah yang disukai Baginda Nabi SAW dalam memilih warna pakaian terbaik. Seperti diriwayatkan daripada Imam Ahmad dari Ibnu Abbas dalam hadis marfu’, Rasulullah SAW bersabda: “Pakailah pakaian berwarna putih. Kerana sesungguhnya ia sebaik-baik pakaian. Dan kafanilah orang yang mati di kalangan kamu dengannya.”
Pembentukan budaya pemakaian telekung membuatkan umat Islam di Nusantara agak janggal memilih pakaian berlawanan dengan adat budaya yang dibentuk sejak sekian lama. Budaya yang baik sedikit sebanyak mula mendatangkan kesan negatif kepada wanita Islam masa kini yang bergerak aktif dalam kehidupan seharian. Ini kerana pemahaman budaya itu disalahertikan wanita kini tanpa melihat aspek Islam sebenar.

Disebabkan itu muncul pelbagai alasan tidak munasabah apabila tiba waktu solat. Ada wanita mengabaikan solat apabila berada di luar rumah contohnya di pusat beli belah, tempat kerja dan sebagainya dengan alasan tidak membawa telekung. Ada juga memberi alasan telekung disediakan di masjid atau surau kotor dan berbau.

Sedangkan pemakaian telekung bukan syarat sah solat seseorang wanita. Bagaimana wanita yang berada di luar dari Nusantara? Mereka tidak pernah mengenal telekung. Disebabkan itu, ramai wanita Nusantara pelik dengan pakaian wanita Muslimah di Barat, China, India mahupun Timur Tengah.

Sebenarnya syarat dalam pakaian solat adalah cukup dengan menutup aurat dan bersih daripada sebarang najis. Bukanlah telekung berwarna putih itu menjadi syarat sahnya solat kita.

Andainya seorang wanita memakai baju kurung atau pakaian yang menepati syarat aurat, walaupun ia berwarna-warni, solatnya tetap sah. Menurut Jumhur Ulama, diwajibkan wanita dalam solat adalah memakai baju dan tudung kepala. Maka Ibnu Munzir berpendapat: “Jika kain dipakai cukup luas lalu ia menutupi kepalanya dengan kelebihan kain itu, maka ia dibolehkan.”

Aurat wanita ketika solat sama seperti aurat wanita di luar solat. Seperti batasan aurat wanita yang diguna pakai masyarakat di Malaysia dengan merujuk kepada pandangan Mazhab Syafie iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Berasaskan pandangan ini, tidak semestinya telekung saja boleh dijadikan pakaian solat. Baju kurung, jubah dan blaus juga boleh dijadikan pakaian solat walaupun ia bukan berwarna putih.

Bagi lelaki, kebersihan, kerapian dan wangian menjadikan solat mereka lebih baik pada zahirnya di sisi Allah SWT. Ini kerana situasi menghadapi Pencipta Maha Agung itu memerlukan ketrampilan berbanding berhadapan manusia.

Berpakaian elok tidak semestinya mewajibkan berkain pelekat, berjubah atau baju Melayu. Ada juga yang meninggalkan solat kerana beranggapan pakaiannya kotor dengan peluh, minyak kereta kerana bekerja sebagai mekanik atau kotor dengan lumpur kerana baru pulang dari kebun.

Sedangkan, syarat sah solat ialah pakaian hendaklah bebas najis. Kotor tidak bermaksud ia najis. Seorang dalam keadaan berpeluh selepas bersukan boleh bersolat tanpa menukar pakaian.

Dalam kitab Fathul Bari, karangan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani mengambil riwayat daripada Ibnu Hibban mengatakan Muawiyah Abu Sufyan bahawasanya ia bertanya kepada saudara perempuannya (Ummu Habibah): “Apakah Rasulullah pernah solat memakai pakaian yang digunakan ketika berhubungan dengan isterinya?” Ummu Habibah menjawab, “Ya, apabila Baginda tidak melihat sebarang kotoran di pakaian itu.”

Hadis ini menerangkan, selagi pakaian itu tidak jelas najis yang boleh merosakkan solat, maka sah solat. Malah remaja lelaki yang memakai seluar jeans dan berbaju pelbagai warna boleh bersolat tanpa janggal. Islam tidak menyusahkan umatnya melakukan solat. Allah lebih mengetahui keadaan hamba-Nya. Islam tidak hanya meraikan kelompok manusia yang sentiasa berada dalam kelapangan. Maka solatlah walau di mana anda berada.

0 ulasan

Eksklusif: 360 darjah ganti PTK

Berita Harian Online|Eksklusif: 360 darjah ganti PTK
Oleh Syuhada Choo Abdullah
bhnews@bharian.com.my
2011/05/09
Prestasi kakitangan awam turut dinilai rakan sejawat

PUTRAJAYA: Mulai 1 Julai depan prestasi kakitangan awam akan dinilai menggunakan konsep 360 darjah oleh pegawai atasan, rakan sejawatan dan kakitangan bawahan bagi menentukan tahap kecekapan mereka untuk pertimbangan sebuah panel khas bagi kenaikan pangkat, pengisian jawatan kosong yang lebih tinggi serta penempatan baru.

Konsep baru yang nama khususnya sedang dikenal pasti, akan digunakan untuk menilai tahap kecekapan kira-kira 1.2 juta kakitangan awam bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dimansuhkan pada 1 Januari lalu, selepas digunakan selama lapan tahun sejak 1 November 2002.

0 ulasan

Ahad, 8 Mei 2011

Bahana bincang perkara remeh

Bahana bincang perkara remeh

Pepatah bahasa Inggeris ada berkata minda besar bincang idea (proaktif), minda sederhana bincang peristiwa (telah berlaku), minda kecil bincang hal orang (mengumpat). Inilah yang berlaku apabila isu akad nikah di masjid sebagai lokasi dikatakan menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis.

Pada saya, isu ini adalah isu terpencil dan amat kecil. Tidak timbul isu nikah di masjid ini meniru budaya Kristian, kerana cara bernikah itu berbeza. Agama Islam mempunyai identiti dan cara tersendiri dalam ijab kabul. Persoalan tempat atau lokasi tidaklah terlalu penting berbanding dengan nikah itu sendiri.

Daripada mereka bernikah di tempat lain seperti rumah pengantin atau mungkin juga di hotel-hotel sehingga berlaku pembaziran dan tidak menampakkan ciri-ciri keIslaman, lebih baik mereka bernikah di masjid.

Sekali lagi, pada saya tidak kiralah nikah di rumah pengantin, di dewan, di masjid atau di mana sahaja, yang penting bukan tempatnya, tetapi nikahnya. Paling baik dipermudahkan.

Sekurang-kurang menikah di masjid menjadikan kita lebih beradab sopan dan menjaga tata susila. Paling tidak, mendekatkan mereka yang tidak pernah atau jarang-jarang ke masjid menghampiri atau mendekati masjid.

Jika kita menjaga adab-adab dan tatasusila berada di masjid, saya tidak nampak di mana salahnya. Dalam hal ini, sudah tentu kes-kes terpencil, seperti pernikahan beberapa orang artis yang menyebabkan kemuliaan masjid tercemar, gara-gara pernikahan mereka ditaja bagi tujuan mengaut untung, glamour dan publisiti, perlu diberikan perhatian.

Lagipun masjid adalah kawasan lapang yang amat sesuai kepada para hadirin yang hadir sama ada dari segi tempat pakir mahupun kemudahan yang lain dan keselesaan.

Baru-baru ini, anak lelaki sulung saya melangsungkan pernikahannya dalam usia muda (hampir 20 tahun), sebelum pulang semula ke Mesir untuk menyambung pelajaran bidang perubatan yang tergendala akibat revolusi. Maaf kepada rakan-rakan yang tidak terjemput, maklumlah baru selesaikan yang wajib dahulu, kenduri belum lagi.

Pernikahan tersebut berlangsung di masjid Universiti Islam Antarabangsa. Kesannya begitu besar. Sekurang-kurang saya dapat memperkenalkan kepada adik-beradik dan saudara mara saya yang belum Islam tentang apa itu masjid dan peranan masjid. Selama ini dalam pemikiran mereka, di dalam masjid ada berhala.

Dengan pengenalan nikah ini, setidak-tidaknya dapat menyampaikan dakwah secara tidak langsung. Menjinakkan bukan Islam dengan masjid. Saya yakin mualaf lain yang bernikah di masjid berkongsi pengalaman yang sama,

Bayangkan seperti yang dicadangkan, jika upacara nikah diadakan di rumah pangsa satu atau dua bilik atau rumah teres atau rumah banglo. Betapa sukar dan susahnya juru nikah untuk menikahkan pasangan tersebut dalam keadaan rumah yang sempit dan tetamu yang ramai.

Saya tidak kata majlis akad nikah tidak boleh diadakan di rumah kediaman. Tetapi majlis keramaian sedemikian kurang sesuai diadakan di rumah. Justeru, saya tidak nampak, jika nikah di masjid dikatakan meniru cara dan budaya Kristian.

Sama ada mengikut sunnah atau tidak, saya tidak fikir nikah di masjid akan menimbulkan dosa atau menjadikan seseorang masuk neraka. Malah menjadi lebih pahala jika ramai yang mendirikan solat sunat tahiyyat masjid, mengingatkan kita kepada masjid dan terpaut hati dengan masjid.

Dalam kes saya, betapa besarnya pahala yang mungkin diperolehi, jika dengan membawa saudara mara bukan Islam mendekati masjid melalui majlis pernikahan, suatu hari nanti mungkin akan terbuka hati mereka untuk menerima Islam.

Lagi pula, nikah di masjid dapat dilakukan secara serentak beberapa pasangan. Bayangkan jika nikah dibuat dari rumah ke rumah, berapa ramai juru nikah yang perlu dilantik untuk memenuhi keperluan tersebut. Apapun, persoalan nikah di mana, bukanlah persoalan pokok dan sepatutnya tidak timbul perbincangan isu di sini.

Jika dilihat kepada fungsi masjid di zaman Nabi, masjid bukan sahaja pusat mengerjakan ibadat solat semata-mata tetapi pusat segala-galanya. Pendek kata, masjid juga berfungsi sebagai pusat pentadbiran dan pengurusan.

Zaman Nabi tidak ada computer di dalam masjid. Justeru, adakah dengan meletakkan computer dan melayari internet di dalam masjid hukumnya bidaah dan masuk neraka? Maka tidak hairanlah banyak negara Islam masih lagi mundur kerana pemikiran mereka masih tidak berubah dan suka kepada perkara remeh temeh.

Ini yang dikatakan minda kecil bincang perkara-perkara kecil yang tidak membangunkan minda. Pada saya jika masjid tidak mahu dijadikan pusat nikah, tidak mengapa, buatlah di mana sahaja yang mungkin boleh membawa kita ke syurga. Tetapi jangan keluarkan kenyataan yang tidak meningkat minda dan tidak mewujudkan percambahan ilmu.

Malangnya sungguh umat Islam hari ini kerana terlalu banyak membincangkan perkara yang kecil daripada permasalahan ummah yang lebih besar dan tidak pernah-pernah selesaikan.

Apakah selepas ini kita akan mengatakan membaca khutbah juga meniru ajaran Kristian, sebab agama Kristian wujud lebih lama daripada Islam dan amalan berkhutbah atau sermon telah dipraktiskan sekian lama. Saya cukup bimbang dengan budaya sikit-sikit dikaitkan meniru budaya agama lain, bidaah sana, bidaah sini. Sedangkan perkara pokok tidak pernah selesai.

Golongan agama sepatutnya menghentikan menimbulkan kontroversi atau membincangkan isu yang remeh temeh. Lebih baik masa digunakan untuk membicarakan isu-isu masa depan ummah dan masa depan agama Islam.

Saya cukup takut dan bimbang dengan trend hari ini di kalangan orang agama yang bergelar ustaz dan ustazah yang suka membangkitkan atau membawa isu-isu remeh temeh atau cerita-cerita bodoh untuk mendapat perhatian atau menjadi penonton ketawa.

Lebih menggelikan lagi menonton rancangan suami isteri yang dihoskan oleh pasangan ustaz dan ustazah yang begitu meloyakan dengan panggilan-panggilan ling (darling), yang (sayang), bang (abang) dan sebagainya. Ya, kita tidak nafikan panggilan manja itu baik, tetapi janganlah terlalu over atau berbau gatal. Kita tidak mahu nanti digelar sebagai ustaz atau ustazah yang over atau menggatal.

Saya kadang kala amat muak mendengar lawak-lawak bodoh dan cerita-cerita sedih tidak masuk akal semata-mata untuk memikat dan menjadikan penonton menangis dan berbagai lagi aksi over yang meloyakan. Tindakan sebegini, akan menjadi otak kita tidak berkembang, jumud dan tumpul.

Golongan ini tidak banyak berfikir atau membaca, tetapi hanya mencuri idea-idea orang lain agar dapat dipandang hebat.

Golongan agama sepatutnya tampil ke hadapan menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh umat Islam dalam politik, kegawatan masalah sosial dan juga bagaimana cara untuk keluar daripada kemelut kemiskinan.

Daripada membincangkan isu-isu tidak mempercambahkan minda, paling tidakpun kita bincang pasal penentangan Dap terhadap keputusan kerajaan negeri Kelantan untuk mengharamkan loteri. Akibat desakan tersebut, dikatakan kerajaan Kelantan mula memikirkan kembali akan keputusannya itu. Kita akan lihat perkembangan lanjut.

Dap percaya pengharaman penjualan tiket loteri dan larangan sambutan hari kekasih (valentine day) memberi kesan kepada pengundi Cina dalam pilihanraya kecil Kerdau dan Merlimau. Saya amat hairan, kenapa Pas masih lagi sanggup bekerjasama dan boleh percaya dengan parti seperti ini.

Orang Cina yang baik-baik dan berpegang kepada agama, tidak pernah suka kepada judi dan gejala yang merosakkan. Apa yang diharamkan dalam Islam, turut diharamkan dalam agama mereka seperti isu judi, arak, zina dan sebagainya

Jika Pas mengambil pendekatan dakwah dan berazam mengIslamkan Dap, beritahu Dap bahawa isu judi dan hari kekasih bukan lagi soal hak asasi manusia, kerana hak ini bercanggah dengan hak Tuhan. Adakah hidup berTuhan hanya untuk orang Islam sahaja? Jawapannya, tidak. Tidak ada satu agama di dunia ini yang menghalalkan loteri atau judi?.

Ingin saya bertanya kepada Pas, berapa ramaikah orang Dap yang telah memeluk hasil usaha dakwah Pas. Sukar juga untuk dibuktikan.

Jika difikir secara logik, berapa kerat sangat orang bukan Islam di Kelantan? Kenapa Dap dan sekutunya begitu menentang? Jawapannya mudah sahaja, mereka takutkan Islam. Mereka takutkan undang-undang Islam. Mereka tidak mahu semuanya ini menjadi precedent. Setelah sekian lama berkawan dengan Pas, masih gagal lagikah Pas memberikan kefahaman Islam kepada Dap.

Selepas ini, saya yakin hujah ini akan dipatahkan dengan mengatakan, Umno sekian lama berkawan dengan MCA dan Gerakan, kenapa sehingga hari ini mereka masih tidak faham atau memeluk Islam?

Pada saya, sama ada ada lama atau tidak kita berkawan dengan seseorang, itu adalah tidak penting. Yang lebih penting, adakah kita menjalankan peranan kita masing-masing.

Daripada terus berkawan dengan mereka yang tidak mahukan nilai-nilai agama Islam (termasuk agama bukan Islam) dilaksanankan, sudah sampai masanya, Pas membantu kerajaan memberi idea dan memperkukuhkan agenda transformasi ekonomi, politik dan sosial yang sedang rancak berjalan.

Pemimpin-pemimpin negara mesti disedarkan dan dapat menunjukkan contoh yang baik. Dasar-dasar yang dilaksanakan mesti dapat dilihat memberikan manfaat kepada rakyat.

Kerajaan mesti berlapang dada menerima pandangan-pandangan daripada pembangkang jika benar-benar ikhlas dan tidak ada agenda sebaliknya. Jangan semuanya ditolak. Jika ada kebenaran dan justifikasinya, tidak salah kita menerimanya walaupun datang daripada orang yang kita tidak suka. The most important thing in any relationship is not what you get, but what you give.

Kita mungkin berkawan dengan orang yang kita tidak suka, tetapi jika kita layan orang yang kita tidak suka seperti orang yang kita suka, ianya akan berakhir dengan kejayaan. Kita mungkin berkawan dengan orang yang kita suka, tetapi jika kita layan mereka seperti orang yang kita tidak suka, ianya akan berakhir dengan kegagalan.

Perkara pokok yang perlu kita fikirkan hari ini adalah cara kita bertindak terhadap idea-idea yang bernas yang diketengahkan. Berbanding dengan melayan isu-isu picisan yang membuang masa seperti mempertikaikan nikah sama ada di dalam masjid atau tidak.

Namun begitu, jika kita sudah sedia maklum akan strategi musuh untuk terus menghancurkan, maka ketika itu kita perlulah bertindak sewajarnya. Begitu juga dengan golongan agama hari ini sepatutnya tampil membantu menyelesaikan masalah umat Islam daripada membincangkan perkara remeh-temeh.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

0 ulasan

Siapa pula yang betul? <orang Malaysia tidak pandai berbahasa Malaysia, di mana identiti Negara Malaysia??>

Siapa pula yang betul?
Sinar Harian 11 April 2011

Menyambung bicara saya sebelum ini bertajuk akhbar mana yang betul? Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz berkata percakapannya semasa sesi temuramah dengan sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini telah disalah tafsir oleh wartawan berkenaan sehingga menyinggung perasaan parti komponen dalam Barisan Nasional.

Akhbar Cina melaporkan, Nazri menyifatkan MCA ibarat isteri yang asyik mengadu kepada orang luar akan perlakuan suaminya yang menganiayanya seperti penderaan seks, tidak memberi nafkah tetapi menolak untuk bercerai. Nazri juga dilaporkan berkata supaya MCA tidak bertindak seperti hero orang Cina melalui tindakannya mengkritik Umno. Pemimpin MCA tidak kurang hebatnya dengan skandal seksnya yang akan menyebab wanita tidak mengundi MCA.

Menurut versi MCA yang percaya kepada akhbar tersebut, Nazri dikatakan mencabar MCA untuk keluar daripada BN jika tidak bersetuju dengan dasar Umno daripada mencabar, dan mendesak Umno saban kali.

Nazri mengatakan pemberita tersebut tidak faham konteks yang dimaksudkan. Nazri berkata laporan berkenaan berpunca daripada salah tafsiran dan kemungkinan wartawan akhbar terbabit tidak begitu memahami Bahasa Melayu.

Saya tidak bertujuan menyebelahi Nazri, tetapi saya yakin kekeliruan ini disebabkan oleh soal bahasa dan bunga-bunga bahasa. Sama juga isu novel Interlok, agak sukar juga untuk difahami sepenuhnya jika tidak berlatar belakangkan bidang sastera. Dengan sebab itu, bidang kepakaran amat penting. Termasuk juga wartawan dan kefasihan berbahasa.

Subjek sastera kadang kala lebih susah daripada subjek sains kerana jawapannya subjektif. Dengan sebab itu, agak sukar sikit untuk pelajar sastera skor A atau A+ dalam SPM berbanding pelajar sains. Logiknya mudah, sastera bermain dengan lenggok bahasa dan seni, sedangkan sains dan matematik melibatkan hasil uji kaji dan angka.

Maka, tidak mustahil jika tidak ramai pelajar Cina dalam SPM baru-baru ini yang mendapat A+ atau A dalam subjek sastera dan bahasa Cina, kerana subjeknya susah seperti juga sastera Melayu.

Namun, cuba kita lihat reaksi pemimpin mereka. Pemimpin-pemimpin Cina tampil mendesak Kementerian Pelajaran memberikan jawapan kenapa pelajar-pelajar mereka tidak ramai dapat A? Tidakkah skima dan cara pemeriksaan boleh dilonggarkan agar ramai yang dapat A? Tujuannya tidak lain, supaya subjek ini tidak menghalang daripada ramai lagi yang mendapat straight A? Pendek kata, mereka tidak mahu subjek hidup mati mereka ini menghalang mereka untuk terus cemerlang. Saya harap kita semua dapat membuka mata akan strategi licik ini. Tidak perlu saya berbicara panjang.

Pemeriksa diminta memberikan kelonggaran. Adakah A+ yang kita lihat bukan kualitinya? Ini yang dikatakan buat salah, tak buat salah.

Kenapa tidak dipersoalkan berapa ramai pelajar Cina yang gagal dalam bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM baru-baru ini. Mereka tidak kisah pun anak bangsa mereka gagal dalam bahasa kebangsaan. Yang penting adalah bahasa ibunda. Kita masih membutakan mata dan memekakkan telinga.

Buktinya nyata, sekolah di tempat saya menjadi Yang DiPertua PIBG, keputusan SPM tahun 2010 merosot 10 peratus kerana ramai pelajar Cina gagal bahasa Melayu. Kenapa ia tidak dipersoalkan? Kenapa tidak dapat A dalam bahasa Cina yang dijadikan isu dan hujah untuk menekan Kementerian Pelajaran. Mana lebih utama bahasa ibunda atau bahasa kebangsaan? Malang sungguh negara ini, setelah merdeka 53 tahun, kita masih gagal memberikan kefahaman bahawa bahasa negara itu lebih penting daripada bahasa bangsa.

Terbaharu, Dong Jiao Zong menentang keputusan kerajaan untuk menahan setahun lagi kepada pelajar-pelajar tahun enam yang gagal dalam Bahasa Melayu di sekolah vernakular. Pada mereka, mereka mesti dibenarkan untuk terus ke sekolah menengah. Menahan mereka selama setahun lagi selepas tamat darjah enam ini akan menjadi sekolah vernakular menghadapi masalah guru dan bilik kelas.

Pendek kata, sebarang usaha penambahbaikan bahasa kebangsaan akan ditentang. Manakala, jika adalah kekurangan dalam bahasa ibunda akan diperjuangkan habis-habisan. Maknanya, sampai kiamatpun, isu bahasa ini tidak akan selesai, kerana agenda bangsa lebih diutamakan daripada agenda negara.

Maka tidak hairanlah kes Nazri Aziz ini berlaku. Jika wartawan tersebut benar-benar menguasai bahasa Melayu sudah tentu tidak timbul isu. Tetapi saya naik meluat apabila MCA dan Gerakan terus-menerus membangkitkan ketidakpuasan hatinya terhadap kenyataan Nazri Aziz.

Kini, saban hari laman web pembangkang memainkan isu ini dan beberapa pemimpin parti komponen BN meminta Nazri memohon maaf secara terbuka. Sedangkan beliau bercakap atas kapasiti sebagai pemimpin bahagian bukan wakil kerajaan. Alasan mudah, kata-kata tersebut bercanggah dengan semangat 1Malaysia. Malang sungguh gagasan ini menjadi alat untuk memenuhi nafsu dan kepentingan bangsa.

Kepada Nazri Aziz, tidak perlu rasa cuak dengan desakan MCA dan Gerakan kerana dalam politik Cina, parti-parti politik tidak kuat. Gerakan dan DAP hanya menyuarakan pendapat Dong Jiao Zong. Yang paling kuat dalam permainan politik adalah NGO mereka seperti Dong Jiao Zong. Badan ini yang sepatutnya ditangani dengan serius.

Begitu juga dengan isu Persekutuan Kristian Malaysia seperti kaduk naik junjung, tidak mahu menerima al Kitab (Injil) dalam bahasa Melayu yang telah dicop oleh kerajaan. Pada saya mudah sahaja, tidak perlu layan golongan sebegini, buang masa sahaja. Bayangkan nasib umat Islam di negara bukan Islam seperti India dan China. Adakah mereka bebas melakukan apa sahaja?

Saya secara prinsipnya tidak pernah gentar atau mahu menghalang sama ada Al-Kitab tersebut mahu diterjemahkan dalam apa jua bahasa, hatta penggunaan nama Allah sekalipun. Malah tidak perlukan dicop dengan apa-apa perkataan. Berikanlah kepada mereka ‘sebiji’ seperti yang dicetak atau apa jua kemahuan mereka. Tetapi uniknya di Malaysia, agama Islam dilindungi dalam perlembagaan persekutuan.

Inilah perbezaan ketara antara Malaysia dengan negara-negara lain di mana bukan Islam menjadi minoriti. Bukan kerana Malaysia tidak mempraktikkan kebebasan, tetapi Islam mempunyai kedudukan istimewa berbanding dengan agama lain. Selain daripada kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dalam perkara 3(1), pihak kerajaan sama ada Kerajaan Persekutuan atua Kerajaan Negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk menubuh atau menyelenggara atau membantu penubuhan institusi Islam dan melaksanakan ajaran agama Islam serta mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu (Mohamed Suffian Hashim, 1987).

Kenyataan ini diperkukuhkan lagi dengan beberapa prinsip Islam yang termaktub dalam perlembagaan yang tercatat dalam beberapa fasal lain yang harus dibaca bersama dengan perkara 3(1) iaitu:

Perkara 11(4): Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang yang menganuti agama Islam.

Begitu dalam perkara 12(2) menyebut: adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan atau menyelenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlu bagi maksud itu.

Tidak ketinggalan dalam Perkara 121(1A) turut menyebut: mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam kuasa mahkamah syariah.

Semua fakta ini jelas menunjukkan bahawa kedudukan agama Islam dalam perlembagaan amat istimewa tanpa menafikan hak-hak agama lain. Malah kalau kita lihat secara realiti, hak-hak agama lain kadang kala sudah jauh meninggalkan hak-hak Islam itu sendiri. Lihat sahaja kedudukan bilangan rumah ibadat bukan Islam, berkali-kali ganda daripada bilangan masjid dan surau. Umat Islam tidak pernah bising atau menuntut supaya paling tidakpun bilangannya biarlah sama atau mengikut pecahan penduduk antara Islam dan bukan Islam.

Seperti yang pernah saya sebut dahulu, berapa banyak masjid dan surau menjadi korban untuk memberikan laluan kepada pembangunan. Umat Islam tidak banyak cakap dan mereka redha. Berbanding dengan jika sebuah dua rumah ibadat mereka mahu dirobohkan untuk laluan pembangunan. Maka hebohlah satu dunia seolah-olah hak agama mereka dinafikan. Malah ada yang sanggup mendesak kerajaan membuka semula rumah ibadat yang telah ditutup buat sementara kerana berada di kawasan berisiko tinggi dan tidak selamat digunakan. Sedangkan banyak lagi rumah ibadat yang masih kosong dan tidak digunakan sepenuhnya.

Pada saya toleransi umat Islam terhadap agama lain amat tinggi. Ini tidak termasuk peruntukan-peruntukan yang diberikan oleh kerajaan untuk tujuan menyemarakkan agama mereka seperti pemberian tanah dan bantuan-bantuan yang lain. Cuma kita minta jangan terlalu mendesak dan mengambil kesempatan, kerana ia akan melukakan hati umat Islam.

Saya amat bersyukur dapat tinggal di bumi bertuah ini. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang merangka perlembagaan kerana melindungi kepentingan agama Islam di negara ini bagi melindungi orang-orang Melayu (Islam). Jika tidak, saya tidak tahu apa akan terjadi dengan sebahagian umat Islam hari ini yang mudah ‘cair’ dan rosak akhlak serta akidahnya. Jika tidak ada perlindungan, berapa ramai lagi yang akan murtad atau beralih kepada agama lain kerana serangan dan strategi mereka amat hebat dan licik?

Akhirnya, saya juga meminta pihak polis dan orang Islam supaya membuat pemantauan di gereja. Lihat realiti yang berlaku. Siasat apa yang ada di sana. Tidakkah kita sedar bahawa Selangor Times, bulletin pembangkang diedarkan di gereja-gereja, terutama di FGA Jalan Kuchai Lama?

Tidak ada siapapun yang bercakap isu ini kerana buletin tersebut menyebelahi mereka. Gereja telah menjadi tempat menyemaikan idea pembangkang. Tidak cukup lagikah kebebasan yang diberikan selama ini? Siapakah dan apakah yang betul sebenarnya?

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Penulisan ini adalah pendapat peribadi beliau

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

0 ulasan

Siapa lebih hina? <rasuah oh rasuah...>

Siapa lebih hina?
Sinar Harian 18 April 2011

Tulisan ini tidak bertujuan untuk bersetuju dengan rasuah. Rasuah itu haram dan tetap haram sampai bila-bila. Sesiapa yang terlibat tetap masuk neraka. Namun, jika tidak ada pilihan antara makan rasuah dengan makan babi, lebih baik makan babi, kerana mudarat rasuah lebih teruk daripada mudarat memakan babi.

Makan babi hanya melibatkan dosa individu dengan Allah kerana memakan makanan yang diharamkan. Sedangkan makan rasuah, bukan sahaja melibatkan dosa seorang tetapi ramai orang, termasuk mereka yang tidak berdosa turut terpalit, kerana disuapkan rezeki haram.

Dengan sebab itu, janganlah hairan apabila anak-anak hasil didik rasuah ini tidak begitu menjadi walaupun telah dihantar ke sekolah agama. Cuba ingat kembali, halal atau tidak rezeki yang disuapkan ke mulut anak-anak. Rezeki haram tidak semesti menyuapkan babi, itu sudah tentu haram. Tetapi lebih haram lagi adalah hasil rezeki rasuah dan riba. Begitulah besarnya haram dan mudarat rasuah.

Rasuah boleh meruntuhkan agama, bangsa dan negara. Bayangkanlah jika kita lepaskan penjenayah, pengedar dadah, penyeludup, penjual rahsia sulit kerajaan dan sebagainya, melalui habuan yang diberikan, apakah akan terjadi kepada masa depan kita? Misalnya, jika Singapura tahu semua maklumat rahsia dan keselamatan kita, bagaimanakah kita boleh berhadapan dengan mereka jika musuh semua tahu kekuatan dan kelemahan kita. Sudah tentu mereka lebih bersedia.

Justeru, usaha-usaha SPRM hendaklah diberikan pujian. Jangan bertindak seperti ultra kiasu. Tidak ada satu kebaikan yang dihargai atas segala usaha SPRM oleh golongan yang tidak sedar diuntung ini. Kematian Allahyarham Sarbani dan mendiang Teoh Beng Hock terus dijadikan isu politik menghentam SPRM. Sedangkan perbicaraan dan pembuktian masih belum selesai. Kesihan sungguh SPRM. Buat salah, tak buat salah. Tujuannya supaya kita menjadi serba salah seperti diluah mati mak, ditelan mati bapak. Inilah budaya ultra kiasu yang sudah terpahat.

Pada ultra kiasu, mereka sahaja yang betul, orang lain tidak. Peliknya, kita asyik sibuk menyalahkan SPRM dan menangkap penerima rasuah. Persoalannya bagaimana dengan pemberi rasuah? Siapakah atau bangsa manakah majoriti yang memberi rasuah ini? Patutkah mereka dibiarkan bermaharaja lela?

Sebenarnya pemberi rasuah lebih bahaya daripada penerima, kerana tidak akan ada penerima jika tidak ada pemberi. Golongan inilah yang sepatutnya kita kerjakan dan cari hingga ke lubang cacing, kerana mereka pencetus rasuah. Malangnya, mereka masih bebas. Yang menerima bala adalah penerima rasuah. Rata-rata penerima dikaitkan dengan orang Melayu (Islam).

Saya tidak nafikan sebagai orang Islam (Melayu) majoritinya adalah penjawat awam. Bermakna, yang memberi adalah bukan Melayu dan yang menerima adalah orang Melayu. Setakat ini, yang menerima menjadi mangsa, yang memberi masih bermaharajalela. Yang menerima kaya sehari atau mungkin sebulan atau setahun dan tidak mustahil menderita seumur hidup jika tertangkap. Manakala, yang memberi, kaya seumur hidup. Hidup senang lenang dan membawa lari kekayaan serta berseronok tinggal di negara lain.

Adakah ini adil? Keluarga pegawai yang menerima rasuah malu seumur hidup. Rasuah yang diterima jarang sekali boleh memperkayakannya, apatah lagi soal keberkatan. Sedangkan pemberi rasuah terus dengan kerjanya memberi rasuah. Mereka akan terus merasuah.

Saya ucapkan tahniah terhadap tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya mengesan beberapa juta wang dalam akaun pegawai-pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditahan dalam Operasi 3B, termasuk lebih RM2 juta dalam akaun salah seorang bekas pengarah jabatan itu.

Setakat yang dilaporkan, seramai 62 pegawai JKDM pelbagai pangkat ditahan manakala berjuta-juta wang, akaun dan barangan berharga termasuk rumah dan kereta disita. SPRM menganggarkan lebih RM10 bilion wang rasuah itu telah dipindahkan secara haram ke luar negara, manakala negara kerugian akibat kehilangan pendapatan sebanyak RM108 bilion akibat tindakan tangan-tangan kotor tersebut. Walaupun angka-angka ini dipertikaikan dari segi jumlahnya oleh JKDM, tetapi rasuah tetap berlaku dan jumlahnya tidak kecil.

Saya ingin tegaskan di sini, semua hasil rasuah adalah haram dan lebih haram dari babi. Jika tidak ada pilihan, saya lebih rela menyentuh dan memakan babi. Janganlah pulak selepas ini ada memilih babi setelah menolak rasuah. Ia sekadar perbandingan betapa bahaya, jijik dan hinanya rasuah. Sebab, dalam pemikiran masyarakat kita, babi itu lebih hina, seolah-olah ia bukan makhluk Allah.

Sehina-hina babi, paling tidakpun babi tetap makhluk jadian Allah. Babi mesti dihormati dari sifat, rupa dan segi kejadiannya. Jika ditanya pada babi, babi tidak akan ingin menjadi babi, jika ia tahu ia akan dihina semasa di dunia. Sama seperti anjing. Semua binatang ini tidak boleh dihina, walaupun kita haram memelihara, menyentuh dan memakannya. Jika binatang ini memerlukan pertolongan, kita wajib menolongnya daripada tersiksa atau disiksa.

Lupakah kita kepada peristiwa seorang pelacur yang dijanjikan Allah syurga hanya kerana memberi minum seekor anjing yang dahaga? Saya tidak kata selepas ini, jika ada pelacur yang memberi makan atau minum anjing atau babi, mereka akan dijanjikan Allah syurga. Peristiwa ini hanya sekadar pengajaran supaya kita tidak menghina makhluk Allah.

Adalah salah jika kita memandang hina makhluk tersebut, dan langsung tidak merasa bersalah kerana memberi, mengambil dan menerima rasuah. Babi tidak pernah memberi dan menerima rasuah. Sekurang-kurang ia lebih mulia daripada manusia yang terlibat rasuah. Saya amat mengharapkan selepas ini SPRM akan mencari hingga ke lubang cacing pemberi rasuah. Hukumlah mereka dan malukanlah mereka, sama seperti penerima rasuah seperti yang sedang berlaku.

Namun, selain daripada menghukum, pihak berkuasa juga hendaklah mengambil langkah-langkah pencegahan atau pro-aktif. Sektor-sektor sebegini, termasuk polis, imigresen, Jabatan Pengangkutan dan jabatan lain yang melibatkan pemberian kontrak dan tender, hendaklah dipandang serius dan dipantau dari masa ke semasa.

Ianya perlu bermula dengan pengambilan mereka untuk berkhidmat di jabatan kritikal tersebut. Pastikan mereka yang ingin berkhidmat, benar-benar takut kepada Allah daripada takut kepada manusia. Ini bukan bermakna dengan mengambil ustaz atau ustazah bekerja di sana. Mereka boleh dipilih dari kalangan pelbagai latar belakang, tetapi aspek spiritual hendaklah diambil kira. Saya tidak kata semua golongan agama baik dan tidak menerima rasuah. Tetapi sekurang-kurang sifat takutkan Tuhan (God fearing) dapat menjadi pelindung kepada amalan terkutuk ini.

Kempenkan kepada mereka dalam pejabat, luar pejabat dan media bahawa makan rasuah lebih jijik daripada makan babi. Kalau boleh ambil gambar babi tersebut dan gantungkan di leher mereka yang telah dibuktikan kerana mengambil rasuah.

Saya masih teringat, bagaimana di negara maju, amalan-amalan buruk dikempenkan dan disamakan dengan sifat binatang. Bila berlaku perlanggaran undang-undang tersebut, anak-anak akan mengingatkan bapa jangan seperti babi atau secara automatik muka mereka yang mengamalkan rasuah bertukar menjadi babi...., ini hanya satu misalan sahaja.

Saya kira makhluk yang bernama babi agak berkesan untuk dijadikan bahan kempen, kerana makhluk ini sudah sinonim dengan konotasi negatif dengan rupanya yang hodoh, walaupun tidak sepatutnya dilakukan.

Kedua, gaji dan elaun mereka yang bekerja di sektor ini juga hendaklah dinaikkan. Ia bukan bertujuan untuk memanjakan mereka atau seolah-olah mereka ini elitis, tetapi kadang kala kita tidak ada pilihan. Mereka yang merangka gaji terutamanya Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) tidak seharus merasa tercabar jika gaji polis atau kastam melebihi gaji mereka.

Lagi pula, pembuat dasar seharusnya tidak diletakkan di tangan PTD sahaja. Semua sektor kerajaan hendaklah terlibat, apatah lagi sektor yang kritikal ini. Pandangan mereka hendaklah diambil kira. Saya teramat sedih apabila mendengar ramai doktor pakar di sektor kerajaan meletak jawatan kerana tertarik dengan insentif atau tawaran sektor swasta.

Logiknya mudah, kenapa semua pakar perubatan beralih arah kepada sektor swasta? kerana gaji mereka tidak pernah dapat melebihi ketua setiausaha, apatah lagi ketua setiausaha negara. Secara peribadi, saya tidak akan merasa dengki dan iri hati jika gaji mereka di sektor kritikal ini melebihi gaji pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang lain, terutama PTD yang terdiri daripada kalangan mereka yang membuat dasar.

Biarlah kita meletakkan sesuatu pada tempatnya. Itulah baru dinamakan keadilan. Keadilan bukan sama rata dan sama rasa. Jika sektor kritikal diberikan dua, sektor lain satu, pada saya itu adalah adil, kerana meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Namun demikian, bukanlah bermakna sektor lain dianaktirikan. Jika kerajaan sudah mampu, berikanlah peluang yang sama kepada sektor lain juga. Perkara pokok yang mesti diketahui adalah belanja secara berhemat.

Ambil contoh negara Singapura walaupun agak sukar untuk saya mengambil contoh ini. Gaji Perdana Menteri, Menteri kabinet dan ahli parlimen teramat tinggi. Mereka tidak perlu meminta atau menerima rasuah kerana jawatan tersebut sudah ada jaminan seumur hidup. Di negara kita, gaji wakil rakyat masih berada pada tahap menyedihkan. Maka tidak mustahil jika wakil rakyat terlibat dalam rasuah dan mencari funder atau orang kaya atau syarikat yang boleh menjadi tulang belakangnya.

Saya mempunyai ramai rakan seangkatan yang menjadi wakil rakyat. Boleh dikatakan pada peringkat awalnya hampir habis hartanya dibelanjakan untuk membantu rakyat kononnya. Ketika itu mereka belum tahu lagi selok belok untuk mencari sumber kewangan atau funder, kecuali peruntukan tetap yang memang telah disediakan dan sudah tentu ia tidak mencukupi.

Maklum sahajalah nama wakil rakyat atau Yang Berhormat (YB) sudah sinonim dengan bantuan. YB adalah tempat mendapat bantuan. Sedangkan YB itu adalah pemudah cara sebagai saluran membantu rakyat. Ini tidak, YB menjadi pusat rakyat dengan meminta pelbagai bantuan. Sehingga ada yang datang membawa bil air dan api untuk dilangsaikan. Ini tidak termasuk lagi dengan bantuan terhadap anak-anak dan berbagai lagi. Apatah pada masa kini yang mana ramai kalangan ibubapa yang anak-anaknya akan memasuki universiti. Sudah tentu pejabat YB menjadi tumpuan, kerana Yang Berhormat bukan lagi tempat Yang Berkhidmat, tetapi Yang Berduit.

Sikap seperti ini hendaklah dihindarkan. Rakyat mesti disedarkan bahawa wakil rakyat berkhidmat untuk rakyat, bukan tempat meminta segala macam. Inilah yang menyebabkan YB-YB kita terpaksa mencari sumber lain bagi menampung hidup dan mengekalkan jawatan. Akibatnya rasuah berleluasa. Funder-funder ini tidak akan membantu YB-YB tersebut secara percuma. Mereka memerlukan sokongan YB untuk mendapat projek dan tender.

Akhirnya, saya memuji jika ada langkah untuk mengenalkan subjek integriti dan rasuah ini di sekolah-sekolah dan tidak ketinggalan di universiti. Anak-anak mesti diberitahu akan bahayanya rasuah. Tidak cukup sekadar hukuman rasuah hendaklah ditingkatkan semaksima mungkin. Jika tidak hukuman mati, sekurang-kurang sehingga penjara seumur hidup, bergantung kepada besar atau kecil rasuah yang berlaku.

Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, penulisan ini adalah pendapat peribadi beliau


http://ridhuantee.blogspot.com/2011/04/siapa-lebih-hina.html 0 ulasan

Di mana salahnya bahasa Melayu?

Di mana salahnya bahasa Melayu?
Sinar Harian 2 Mei 2011

Tidak ramai yang mahu menerima hakikat bahawa sekolah vernakular menjadi punca kepada kelemahan penguasaan bahasa kebangsaan dan masalah interaksi antara kaum dalam mencapai matlamat perpaduan nasional. Sehinggalah kajian terbaharu tahun lalu, membabitkan 159 sekolah di seluruh negara, oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK), mendapati ramai pelajar dari sekolah-sekolah terbabit tidak faham sama ada Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia apabila mereka melangkah ke sekolah menengah kebangsaan dan menjadi dewasa.

Kajian sebelum ini, turut membuktikan perkara yang sama. Pada tahun 1993, lebih 61 peratus pelajar sekolah vernakular tidak mencapai tahap minima penguasaan bahasa Melayu. Perkara ini terus disenyapkan. Tidak seperti isu 1Melayu 1Bumi. Bila terkena pada batang hidung sendiri mereka diam, tetapi bila kena pada orang lain, heboh 1Malaysia. Kajian sebegini sememangnya amat tidak disenangi oleh parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perkauman yang ultra kiasu. Komen-komen dalam Malaysianinsider terus menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Kenapa UMNO dan BN dimangsakan dalam isu ini?

Selama inipun, kerajaan seolah-olah langsung tidak boleh menyentuh sekolah vernakular, walaupun sebahagian besar bantuan diberikan? Setiap kali penambahbaikan dibuat untuk memperkasa bahasa Melayu, akan ditentang habis-habisan. Ternyata, mereka memandang rendah kepada bahasa kebangsaan. Jika pandaipun bahasa Melayu boleh pergi ke mana? Lebih baik menguasai bahasa ibunda atau bahasa Inggeris! Ada juga faedahnya. Mereka tidak fikir langsung soal membina negara. Dalam kepala otak mereka adalah untuk mengekalkan warisan bangsa dan membina kekayaan. Persoalannya, boleh kita bekerja dengan aman, jika negara tidak stabil atau saling bercakaran?

Sudah berbuih-buih mulut saya bercakap dan lenguh tangan menulis. Tetapi setiap kali saya bangkitkan maka melompatlah kumpulan ultra kiasu? Adakah ini bukan bermakna mempertahankan 1Cina 1Bumi? Jangan terlalu menuding jari, takut memakan diri.

Kenapa perkara ini boleh berlaku? Semua sedia maklum bahawa bahasa ibunda adalah bahasa rasmi sekolah vernakular dan diajar dan pertuturkan hampir 24 jam, jika tidak tidur. Manakala bahasa kebangsaan hanya diajar lebih kurang 3 kali seminggu dalam jangka masa 40 minit setiap waktu. Begitu juga dengan bahasa Inggeris. Dengan makna, bahasa kebangsaan ini hanya ‘digunakan’ 2 jam daripada 5 hari persekolahan daripada 120 jam yang ada. Jika dicampur hari cuti Sabtu Ahad, bermakna bahasa kebangsaan hanya digunakan tidak sampai satu peratus seminggu dari 168 jam. Adakah ini wajar bahasa Melayu ‘dilayan’ sedemikian rupa dalam sebuah negara yang mendaulatkannya (Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan)?

Dengan scenario sebegini, bayangkanlah apakah bahasa kebangsaan boleh dikuasai? Nampaknya agenda membina negara masih terlalu jauh untuk dicapai walaupun telah lebih 53 tahun kita merdeka. Persekitaran dan sosialisasi politik hidup rakyat negara ini amat berbau perkauman sehingga membantutkan pengamalan dan penghayatan agenda besar negara. Akibatnya, agenda bangsa semakin besar dan besar kepala, manakala agenda negara menuju kepada kepupusan.

Sebenarnya kita tidak ada pilihan dalam membina negara? Jika tidak dipaksakan dan diwajibkan agenda negara ini dihayati, sampai kiamatpun kita akan menghadapi masalah yang sama. Jika saban hari berinteraksi dengan orang sama, bahasa yang sama, sekolah yang sama dan budaya yang sama, media yang sama, di manakah titik pertemuan dan persamaan untuk dicari dalam masyarakat berbilang kaum? Bagaimanakah anak-anak ini boleh mengutamakan agenda negara? Maka tidak hairanlah jika mereka gagal. Kita sengaja menggagalkan mereka. Kita sudah bentuk mereka menjadi ultra kiasu sejak kecil.

Selaku Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, di salah sebuah sekolah menengah yang majoriti pelajarnya datang dari sekolah vernakular di Ampang, masalah ini begitu ketara. Pelajar kelas peralihan, langsung tidak tahu bahasa Melayu mudah. Situasi sebegini tidak banyak bezanya apabila mereka bergerak ke tingkatan 1-5. Janganlah kita sangka bahawa mereka yang tidak berada di kelas peralihan bermakna bahasa Melayu mereka sudah baik!

Apabila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan baru-baru ini di sekolah saya sebutkan tadi, majoriti pelajar Cina gagal bahasa Melayu. Peratusan kelulusan SPM 2010 turun menjunam sebanyak 10 peratus. Semuanya gara-gara pelajar-pelajar bukan Melayu gagal dalam bahasa Melayu. Apabila keputusan SPM tidak meningkat, sekolah, pengetua, guru-guru dan PIBG disalahkan? Apakah tindakan ini wajar?

Bila ditanya guru sekolah vernakular, mereka menyalahkan guru sekolah menengah kerana tidak pandai mengajar bahasa Melayu. Persoalan saya, apakah yang yang kita lakukan untuk memandaikan mereka dengan bahasa Melayu ketika anak-anak itu masih rebung? Kita teramat sedih mendengar, kerajaan memperuntukan berbilion ringgit untuk penambaikan pengajaran bahasa Inggeris. Terkini, lebih 10,000 guru akan dilatih untuk memandaikan anak bangsa berbahasa Inggeris. Persoalan saya, bagaimana dengan bahasa kebangsaan? Berapa pula peruntukan yang disediakan? Berapa ramai pakar disediakan?

Benar, bahasa Inggeris penting untuk kemajuan, bahasa Melayu pula bagaimana? Manakah lebih penting antara agenda kemajuan dan agenda perpaduan (negara)? Tidak ketinggalan agenda patriotisme? Apakah negara akan maju jika rakyatnya tidak ada semangat sayangkan bumi tercinta ini? Kemajuan seperti ini tidak akan kekal lama.

Saya sudah letih memperkatakan perkara yang sama setiap kali. Bila tulisan ini disiarkan, saya akan dihina, dikecam dan dikeji. Sedangkan kita tidak pernah serius. Kita hanya mahu menjaga hati orang atau menjaga undi. Apabila NGO-NGO atau parti politik menyerang, kitapun menjadi kelam kabut. Akhirnya kita mengalah, mengalah dan mengalah, seterusnya kalah. Masalah terus menjadi masalah sehinggalah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi.

Jika tidak percaya, berkunjunglah ke Kolej New Era, Universiti Terbuka Wawasan dan Universiti Tunku Abdul Rahman. Operasinya langsung tidak ada bezanya dengan sekolah vernakular, malah lebih teruk lagi. Universiti Merdeka telah wujud sebenarnya, dengan nama berbeza walaupun kerajaan telah bertindak mengharamkannya.

Tidak cukup dengan itu, mereka masih tergamak terus menekan kerajaan supaya memberi layanan sama rata dan sama sama kepada semua sekolah vernakular, mengikhtiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dan banyak lagi. Pendek kata, selagi ada sekolah vernakular, tanpa dilakukan penambaikan secara tegas, selagi itulah terlalu sukar untuk kita mencapai perpaduan dan matlamat membina negara. Tunggu dan lihat akibatnya.

Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, penulisan ini adalah pendapat peribadi beliau

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

0 ulasan

Rebat UUM gagal

Berita Harian Online|Rebat UUM gagal
Oleh Nahar Tajri
nahar@bharian.com.my
2011/05/06

image

PTG Kedah tolak rayuan universiti kurangkan cukai tanah RM1.7 juta

BALING: Selepas enam kali membuat rayuan, Kerajaan Kedah semalam tetap dengan keputusan menolak permohonan Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk menyambung semula rebat cukai tanah universiti itu dan mengarahkan mereka membayar pada kadar lama RM1.7 juta setahun.
 
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata rayuan UUM (bawah) itu tidak dipersetujui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri dan mereka kena menjelaskan cukai itu secepat mungkin atau boleh dikenakan penalti atau tanah kampus itu di rampas.
“Rayuan buat dah, tapi PTG tak setuju jadi kena bayar secepat mungkin (RM1.7 juta) atau boleh kena penalti sehingga RM90,000 lebih atau tanah kampus boleh dirampas,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil di sini, lewat petang kelmarin.

Katanya, kadar cukai 20 sen bagi setiap kaki persegi tanah UUM jauh lebih rendah berbanding cukai yang dikenakan terhadap universiti lain, misalnya Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang yang dikenakan sebanyak RM2.50 bagi setiap kaki persegi.

“Universiti Teknologi Mara pun bayar 50 sen bagi satu kaki persegi... jadi UUM mampu bayar banyak tu dan jika mereka tak mahu bayar, kerajaan negeri akan rugi kira-kira RM1.6 juta setahun,” katanya.

UUM membayar cukai tanah tapak kampus itu RM150,000 setahun sejak 1990 hingga 2008 selepas diberikan rebat oleh kerajaan negeri Barisan Nasional ketika itu dan selepas itu membuat rayuan kepada kerajaan negeri pimpinan PAS, tetapi ditolak.
Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak yang kesal dengan keputusan itu berkata, pihaknya terpaksa akur dengan keputusan itu kerana ia adalah kuasa kerajaan negeri untuk menentukan jumlah perlu dibayar atas tanah yang diduduki institusi itu.

“Saya kesal kerana pengorbanan UUM dalam bidang akademik yang turut membantu menaik taraf sosioekonomi Kedah demi kepentingan rakyat tidak diambil kira oleh kerajaan negeri dalam membuat keputusannya.

“Oleh itu, kami akan membayar secara ansuran bagi melangsaikan nilai cukai itu mengikut masa ditetapkan,” katanya.

Katanya, dalam masa terdekat ini, UUM tidak bercadang membuat rayuan kerana sudah banyak kali rayuan dan perbincangan dikemukakan, tetapi ditolak.

“Sepatutnya jasa dan sumbangan kami diambil kira. Jika ada rebat bolehlah kita gunakan untuk tujuan lain bagi kepentingan pelajar dan negeri ini,” katanya di sini, semalam.

INFO
Kronologi cukai tanah UUM

UUM ditubuhkan pada 16 Februari 1984.

Cukai tanah patut dibayar RM1.7 juta.

Dari 1990-2008 UUM membayar RM150,000 selepas rebat diberi kerajaan pimpinan BN.

29 April 2009 UUM menghantar surat memohon semula rebat.

10 Jun 2008 surat kedua dihantar.

25 Julai 2010 rayuan dibuat terus kepada Menteri Besar.

19 September dan 22 Disember 2010 rayuan dihantar kepada Pentadbir Tanah Kubang Pasu.

20 April 2011 surat keenam dihantar kepada MB.

0 ulasan

Malaysia Public Holidays 2011 - One Stop Malaysia

Malaysia Public Holiday 2011

image

0 ulasan

Jumaat, 6 Mei 2011

nak potong rambut style ape ek?

0 ulasan

Selasa, 3 Mei 2011

-Hadis Riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar-

“Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merosak atau mematahkan (yang dihinggapinya).”
-Hadis Riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar-
0 ulasan

-Sayyidina Uthman Al-Affan-

Tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
1)Hatinya selalu berniat suci.
2)Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.
3)Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa).
4)Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah.
5)Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

-Sayyidina Uthman Al-Affan-
0 ulasan

-Imam Al-Mawardiy-

“Ilmu adalah pengganti daripada segala kelazatan dan mencukupi daripada segala kesenangan. Barangsiapa yang menyendiri dengan ilmu maka kesendiriannya itu tidak menjadikan dia sepi. Dan barangsiapa yang menghibur diri dengan kitab-kitab maka dia akan mendapat kesenangan. Maka tidak ada teman berbual sebaik ilmu dan tidak ada sifat yang akan menolong pemiliknya seperti sifat al-hilm (sabar dan tidak terburu-buru).”
-Imam Al-Mawardiy-
0 ulasan

-Saidina Ali bin Abi Thalib-

Sebaik-baik kehidupan adalah yang tidak menguasaimu dan tidak pula mengalihkan perhatiaanmu (daripada mengingat Allah SWT)
-Saidina Ali bin Abi Thalib-
0 ulasan

Isnin, 2 Mei 2011

Sayur Jambu Golok/Gajus (30 April 2011)

DSC_0216

DSC_0220
0 ulasan

Ahad, 1 Mei 2011

Chocolate Volcano @Dungun City (1 May 2011)

DSC_0226

DSC_0227a


0 ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...