Khamis, 27 Mei 2010

Sharifah Aini ~ 4 Dara

0 ulasan

Adam Ahmad ~ Kau Pergi Jua

0 ulasan

Pelita ~ A.P.I.

0 ulasan

Agnes Monica ~ Teruskanlah

0 ulasan

Glen ~ Kasih Putih

0 ulasan

Rabu, 26 Mei 2010

Cintailah Aku Sepenuh Hati ~ Ari Lasso

0 ulasan

Rabu, 19 Mei 2010

25 setiap kelas

Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my

(Sumber dari Berita Harian, 2010/05/18)

PENOLONG Kanan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Johor Bahru, Mustapha Kamal Idris, mengarahkan lebih 30 guru yang memakai pakaian seragam sekolah berbaris sempena Sambutan Hari Guru yang bertemakan 'Back To School', semalam.

Had murid antara 40 cadangan atasi beban guru

KUALA LUMPUR: Mengehadkan murid kepada hanya 25 orang bagi setiap kelas di sekolah rendah dan menengah adalah antara 40 cadangan mengatasi beban tugas guru yang dikenal pasti oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran bagi mengkaji masalah berkenaan.

Ia berdasarkan kajian ilmiah yang pernah dilaksanakan dengan mengambil kira model sekolah di negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Australia yang menunjukkan 25 pelajar bagi setiap kelas adalah jumlah yang ideal untuk membolehkan guru memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Menurut sumber, ia adalah antara 40 cadangan yang dikenal pasti oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Ketika ini, kebanyakan sekolah, terutama sekolah di bandar, mengalami masalah kepadatan kelas sehingga ada yang melebihi 40 murid, menyebabkan guru menanggung beban seperti kesukaran mengajar kerana tahap penguasaan belajar murid yang berbeza, selain kerja merekod, pemantauan disiplin, pengurusan bilik darjah serta menyemak latihan.

“Berdasarkan cadangan itu, kerajaan perlu memikirkan langkah mengatasi masalah kepadatan bilik darjah supaya mencapai jumlah ideal 25 pelajar, termasuk menambah bilangan kelas di sekolah. Jika dilaksanakan, kementerian juga perlu menambah guru.

“Bagaimanapun secara prinsip, persetujuan sudah dicapai dalam jawatankuasa itu supaya setiap cadangan disokong dengan fakta saintifik yang bernas bersama anggaran kos supaya dapat diberi pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan,” katanya semalam.

Pada majlis pelancaran Sambutan Hari Guru 2010 Peringkat Kebangsaan Ke-39, kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan empat syor jawatankuasa khas itu yang boleh dilaksanakan segera untuk meringankan beban tugas guru.

Beliau berkata, syor itu ialah mengurangkan bilangan jawatankuasa pada peringkat sekolah kepada jumlah lebih wajar, mengkaji semula bilangan peperiksaan dan ujian yang menjadi antara punca pertambahan beban tugas guru, menyusun semula tugas perkeranian di sekolah dan kursus yang perlu dihadiri oleh guru diselaraskan pada peringkat kementerian supaya tidak berlaku pertindihan.

Sumber itu berkata, 40 cadangan yang disenaraikan selepas beberapa siri mesyuarat adalah hasil penelitian mendalam dan semakan semula terhadap beberapa kajian utama yang pernah dijalankan mengenai beban tugas guru sebelum ini, termasuk Laporan Tan Sri Abdul Rahman Arshad pada 1997.

Selain itu, beliau berkata, sebahagian daripada saranan dicadangkan oleh pertubuhan perguruan yang turut menganggotai jawatankuasa berkenaan, di samping pemantauan dan hasil soal selidik dengan guru peringkat akar umbi.

Katanya, satu lagi cadangan ialah kementerian mematuhi pekelilingnya dengan memastikan ada guru ganti bagi mengisi kekosongan untuk guru cuti bersalin atau berkursus bagi tempoh lama dan bukan dibebankan kepada guru lain.

Cadangan lain ialah pengagihan tugas yang sama rata kepada semua guru di sekolah dan bukan hanya kepada kumpulan tertentu semata-mata berdasarkan ‘siapa boleh buat kerja.’

Jawatankuasa berkenaan juga mencadangkan supaya kementerian menambah dua lagi kerani di sekolah yang murid melebihi 500 orang dan pentadbiran sekolah diberi kebebasan menentukan pembabitan dalam program anjuran pihak luar tanpa dikenakan sebarang tindakan.

“Ketika ini, sekolah terpaksa akur jika ada arahan menyertai program anjuran pihak luar, walaupun kadang kala ia diadakan secara mengejut. Ini membebankan guru kerana pada masa sama mereka terpaksa menjalankan program lain yang sudah diatur terlebih dulu dalam takwim sekolah,” katanya. 0 ulasan

25 setiap kelas

Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my

(Sumber dari Berita Harian, 2010/05/18)

PENOLONG Kanan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Johor Bahru, Mustapha Kamal Idris, mengarahkan lebih 30 guru yang memakai pakaian seragam sekolah berbaris sempena Sambutan Hari Guru yang bertemakan 'Back To School', semalam.

Had murid antara 40 cadangan atasi beban guru

KUALA LUMPUR: Mengehadkan murid kepada hanya 25 orang bagi setiap kelas di sekolah rendah dan menengah adalah antara 40 cadangan mengatasi beban tugas guru yang dikenal pasti oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran bagi mengkaji masalah berkenaan.

Ia berdasarkan kajian ilmiah yang pernah dilaksanakan dengan mengambil kira model sekolah di negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Australia yang menunjukkan 25 pelajar bagi setiap kelas adalah jumlah yang ideal untuk membolehkan guru memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Menurut sumber, ia adalah antara 40 cadangan yang dikenal pasti oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Ketika ini, kebanyakan sekolah, terutama sekolah di bandar, mengalami masalah kepadatan kelas sehingga ada yang melebihi 40 murid, menyebabkan guru menanggung beban seperti kesukaran mengajar kerana tahap penguasaan belajar murid yang berbeza, selain kerja merekod, pemantauan disiplin, pengurusan bilik darjah serta menyemak latihan.

“Berdasarkan cadangan itu, kerajaan perlu memikirkan langkah mengatasi masalah kepadatan bilik darjah supaya mencapai jumlah ideal 25 pelajar, termasuk menambah bilangan kelas di sekolah. Jika dilaksanakan, kementerian juga perlu menambah guru.

“Bagaimanapun secara prinsip, persetujuan sudah dicapai dalam jawatankuasa itu supaya setiap cadangan disokong dengan fakta saintifik yang bernas bersama anggaran kos supaya dapat diberi pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan,” katanya semalam.

Pada majlis pelancaran Sambutan Hari Guru 2010 Peringkat Kebangsaan Ke-39, kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan empat syor jawatankuasa khas itu yang boleh dilaksanakan segera untuk meringankan beban tugas guru.

Beliau berkata, syor itu ialah mengurangkan bilangan jawatankuasa pada peringkat sekolah kepada jumlah lebih wajar, mengkaji semula bilangan peperiksaan dan ujian yang menjadi antara punca pertambahan beban tugas guru, menyusun semula tugas perkeranian di sekolah dan kursus yang perlu dihadiri oleh guru diselaraskan pada peringkat kementerian supaya tidak berlaku pertindihan.

Sumber itu berkata, 40 cadangan yang disenaraikan selepas beberapa siri mesyuarat adalah hasil penelitian mendalam dan semakan semula terhadap beberapa kajian utama yang pernah dijalankan mengenai beban tugas guru sebelum ini, termasuk Laporan Tan Sri Abdul Rahman Arshad pada 1997.

Selain itu, beliau berkata, sebahagian daripada saranan dicadangkan oleh pertubuhan perguruan yang turut menganggotai jawatankuasa berkenaan, di samping pemantauan dan hasil soal selidik dengan guru peringkat akar umbi.

Katanya, satu lagi cadangan ialah kementerian mematuhi pekelilingnya dengan memastikan ada guru ganti bagi mengisi kekosongan untuk guru cuti bersalin atau berkursus bagi tempoh lama dan bukan dibebankan kepada guru lain.

Cadangan lain ialah pengagihan tugas yang sama rata kepada semua guru di sekolah dan bukan hanya kepada kumpulan tertentu semata-mata berdasarkan ‘siapa boleh buat kerja.’

Jawatankuasa berkenaan juga mencadangkan supaya kementerian menambah dua lagi kerani di sekolah yang murid melebihi 500 orang dan pentadbiran sekolah diberi kebebasan menentukan pembabitan dalam program anjuran pihak luar tanpa dikenakan sebarang tindakan.

“Ketika ini, sekolah terpaksa akur jika ada arahan menyertai program anjuran pihak luar, walaupun kadang kala ia diadakan secara mengejut. Ini membebankan guru kerana pada masa sama mereka terpaksa menjalankan program lain yang sudah diatur terlebih dulu dalam takwim sekolah,” katanya. 0 ulasan

Keputusan aktiviti ekonomi ambil kira kesan alam sekitar

(Sumber dari Berita Harian, 2010/05/18)

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata setiap keputusan dan aktiviti ekonomi yang akan dibuat pada masa depan harus mengambil kira kesannya ke atas alam sekitar.

Berikutan itu, katanya, Dasar Teknologi Hijau Malaysia telah dibentuk dengan matlamat menggunakan teknologi secara lebih baik dan cekap, bagi menyokong pemeliharaan alam sekitar.

“Kita menyedari keperluan di samping memacu pertumbuhan ekonomi, kita juga perlu ‘menghijaukan’ ekonomi,” katanya ketika berucap pada mesyuarat sulung Forum Institusi Kewangan dan Monetari (OMFIF) di Kuala Lumpur, Semalam.

Perdana Menteri menambah, kerajaan melihat teknologi hijau memiliki kesan berkembar dalam memacu pertumbuhan ekonomi, selain menangani isu alam sekitar.
Katanya, teknologi hijau boleh dilaksanakan secara menyeluruh di segenap sektor.

“Model Baru Ekonomi (MBE) mengenal pasti pemeliharaan sumber asli sebagai prinsip penting, selain pembiayaan bagi ‘pelaburan hijau’ dapat diperoleh,” katanya.

Teknologi hijau juga, kata Najib, selain mampu merangsang ekonomi, ia juga menawarkan peluang dalam inovasi dan mencipta kemewahan.

Sementara itu, pada peringkat Asean, Perdana Menteri berkata, usaha sedang dilaksanakan untuk mengurangkan perbezaan dalam mencapai matlamat kemajuan dan pembangunan bersama.

“Sepuluh negara anggota Asean mencari jalan untuk membentuk Komuniti Ekonomi Asean iaitu bagi rantau ini sebagai rantau ekonomi yang berdaya saing, stabil dan makmur.

“Dalam usaha mewujudkan ekonomi yang lebih terangkum, kita menjangka pelaksanaan sepenuhnya Kawasan Perdagangan Bebas Asean (Afta) pada tahun ini akan meningkatkan kelebihan daya saing Asean sebagai rantau pengeluaran tunggal,” katanya. 0 ulasan

Peningkatan nilai ringgit manfaatkan negara: PM

Oleh Norfatimah Ahmad dan Kamarulzaidi Kamis
bhbiz@bharian.com.my

(Sumber dari Berita Harian, 2010/05/18)

PERDANA Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersalaman dengan Mr. Lafferty dari One Lyric Square London, sambil diperhati Gabnor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar (tiga dari kanan), Pengerusi Bersama Forum Institusi Monetari dan Kewangan Rasmi (OMFIF), David Marsh (kanan) dan Pengerusi OMFIF, Meghnad Desai (kiri), pada OMFIF di Lanai Kijang, Bank Negara, semalam. - Foto Salim Shaari
Prestasi mata wang selaras pengukuhan asas ekonomi

KENAIKAN nilai ringgit yang dianggap sebagai mata wang Asia berprestasi terbaik tahun ini, adalah selaras dengan pengukuhan asas ekonomi dan memberi manfaat kepada negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Pergerakan ringgit adalah positif. Peningkatan itu adalah semula jadi yang mencerminkan asas ekonomi negara yang kukuh. Ia adalah baik untuk negara dan secara umumnya baik untuk kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab selepas merasmikan Forum Institusi Monetari dan Kewangan Rasmi (OMFIF) di Kuala Lumpur semalam. Hadir sama Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Ringgit muncul sebagai mata wang Asia paling kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh lebih empat bulan tahun ini dengan mencatatkan peningkatan lebih tujuh peratus.

Jumaat lalu, ringgit mencatat paras tertinggi dalam tempoh dua tahun lalu iaitu pada kadar RM3.176 berbanding AS$1 pada 26 April lalu. Ia ditutup pada 3.184 berbanding AS$1, Jumaat lalu.

Penganalisis pasaran secara umumnya berpendapat, kenaikan mata wang tempatan itu berikutan jangkaan prospek pertumbuhan kukuh ekonomi negara yang semakin kukuh.
Ahli Ekonomi Maybank Investment Bank Bhd, Suhaimi Illias, berkata pengukuhan peningkatan nilai ringgit disebabkan prestasi ekonomi negara di luar jangkaan.

“Ekonomi Malaysia kembali melonjak mulai suku keempat tahun lalu apabila Keluaran Dalam Negara Kasar berkembang pada kadar 4.5 peratus, kemudian menyebabkan pertumbuhan keseluruhan tahun ini disemak semula ke paras antara 4.5 hingga 5.0 peratus.

“Bank pelaburan dan broker luar negara pula masing-masing menyemak semula unjuran ekonomi Malaysia kepada kadar yang lebih tinggi sehingga melebihi tujuh peratus,” katanya.

Minggu lalu, Perdana Menteri mengumumkan ekonomi negara pada suku pertama tahun ini berkembang pada kadar 10.1 peratus, tertinggi dalam tempoh dua tahun.

Pencapaian itu, sekali gus, mengukuhkan jangkaan bahawa ekonomi negara kini kembali berada dalam aliran pertumbuhan setelah menguncup dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu susulan kesan negatif krisis kewangan global.

Pada masa sama, kata Suhaimi, turut menyumbang terhadap kenaikan mata wang tempatan adalah langkah Bank Negara Malaysia menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) yang menjadi penanda aras pinjaman di dalam negara.

“Langkah Bank Negara itu meletakkan Malaysia dalam kumpulan negara Asia Pasifik terawal menaikkan kadar faedah, selain Australia dan India.

“Susulan itu, berlaku pengaliran masuk dana asing ke negara ini khususnya dalam pembelian Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), susulan peluang meraih keuntungan berganda iaitu menerusi pulangan pelaburan lebih tinggi serta keuntungan daripada kenaikan nilai ringgit,” jelas beliau.

Khamis lalu, Bank Negara menaikkan OPR sebanyak 0.25 peratus kepada 2.5 peratus iaitu kenaikan kali kedua pada kadar sama tahun ini, dalam usahanya untuk mengembalikannya ke paras wajar selepas pengurangan drastik dibuat tahun lalu untuk menampan kesan kegawatan global. 0 ulasan

Khamis, 13 Mei 2010

Zee Avi - Honey Bee with LYRICS!

0 ulasan

Selasa, 11 Mei 2010

RAM unjur ekonomi berkembang hingga 9 peratus

(Sumber dari Berita Harian, 2010/05/07)

FIRMA penarafan tempatan, RAM Holdings Bhd mengunjurkan ekonomi negara mampu berkembang sehingga sembilan peratus tahun ini, di sokong peningkatan kukuh eksport dan permintaan domestik yang menggalakkan.

Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri C Rajandram, berkata pertumbuhan ekonomi dijangkakan lebih pesat dalam separuh kedua walaupun ekonomi global umumnya masih belum pulih sepenuhnya.

“Walaupun ekonomi dunia belum benar-benar stabil, eksport negara didapati semakin meningkat dan ia bakal menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya selepas mesyuarat agung tahunan RAM Holdings, di Kuala Lumpur, semalam.



Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri selasa lalu mengumumkan eksport negara melonjak 36.4 peratus kepada RM59.44 bilion pada Mac, iaitu nilai eksport bulanan tertinggi dicatatkan sejak September 2008.

Berikutan itu bagi tempoh suku pertama tahun ini, antara Januari hingga Mac, eksport negara adalah berjumlah RM158.73 bilion, berkembang 30.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Rajandram menjelaskan, pertumbuhan pesat eksport Malaysia pada suku pertama itu sebahagiannya adalah kesan daripada penstrukturan semula ekonomi Amerika Syarikat dan China.



Mengenai terbitan sukuk, beliau menjangkakan perkembangannya yang lembap dalam suku pertama lalu akan kembali rancak.
“Pertumbuhan sukuk perlahan sejak enam bulan lalu disebabkan keyakinan yang lemah terhadap pertumbuhan pasaran kredit.

“Namun, kami menjangkakan sektor itu kembali pulih dalam tempoh enam hingga sembilan bulan akan datang,” katanya.

Sementara itu, Yeah berkata, ada potensi yang luas bagi sektor swasta untuk meningkatkan lagi pelaburan di negara ini.

Namun katanya, kerajaan perlu mewujudkan struktur dan pelan pelaburan berinovasi bagi memastikan pelabur tidak teragak-agak untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mereka.

“Minat melabur masih ada di Malaysia, malah kita sudah menarik pelaburan besar dalam bidang solar di Sarawak walaupun persaingan bagi pelaburan kini semakin sengit,” katanya. 0 ulasan

Pendapatan agregat 20 GLC diunjur melonjaknaik 52 peratus

(Sumber dari Berita Harian, 2010/05/07)

PENDAPATAN agregat kumpulan 20 (G-20) syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diunjurkan meningkat 52 peratus atau RM6 bilion kepada RM17.7 bilion dalam tahun kewangan 2010 ini berbanding tahun lalu.

Pejabat Pengurusan Transformasi (TMO) dalam kenyataannya semalam berkata, GLC dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) adalah berdaya tahan sepanjang krisis subprima dan dijangka mencatat pertumbuhan tahun ini.



“Ini dibuktikan jumlah pulangan pemegang saham yang menjana pulangan terkumpul untuk tempoh enam tahun sebanyak 14.7 peratus sehingga 3 Mei, 2010.

“Modal pasaran G-20 pula RM301 bilion sehingga 3 Mei, 2010, mengatasi nilainya semasa kemuncak krisis, iaitu RM293 bilion,” katanya.

TMO dalam kenyataannya itu berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Putrajaya mengenai GLC Berprestasi Tinggi (PCG).

Katanya, pada mesyuarat itu, Pengerusi dan Ketua Eksekutif GLIC dan GLC menyuarakan kesediaan mereka untuk menyokong usaha transformasi ekonomi menerusi Model Ekonomi Baru. 0 ulasan

Isu hutang Greece, langkah China beri kesan sementara

Oleh Kamarulzaidi Kamis
kamarulzaidi@bharian.com.my

(Sumber dari Berita Harian, 2010/05/07)

FBMKLCI dijangka teruskan semula arah aliran meningkat

KESAN krisis hutang Greece dan langkah membendung spekulasi yang dilaksanakan China kepada sentimen pasaran di seluruh dunia, termasuk Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara berikutan tindak balas keterlaluan pelabur, kata firma penyelidikan OSK Research.

Ketua Penganalisisnya, Chris Eng, berkata apabila kebimbangan kemungkinan kedua-dua masalah itu boleh menjejaskan sistem kewangan dunia reda, dengan kemunculan angka tunjuk mengenai kekukuhan asas ekonomi, pelabur akan kembali memasuki pasaran.



Bagi pasaran tempatan, katanya, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBMKLCI) akan meneruskan semula arah aliran meningkatnya selepas itu untuk bergerak ke arah paras sasaran 1,465 mata menjelang akhir tahun ini.

“Walaupun masalah Greece dan langkah China itu akan dipantau pelabur, namun kami berpendapat pasaran tempatan kekal kukuh dengan syarikat korporat dijangka mengumumkan keputusan kewangan lebih baik suku pertama tahun ini.

“Pada masa sama, pengukuhan ringgit dan jangkaan kadar pertumbuhan ekonomi suku pertama yang di luar jangkaan juga akan merangsang semula pasaran saham tempatan,” katanya sambil menambah pasaran dijangka mengalami kadar naik turun yang tinggi sehingga akhir bulan depan, sebelum meneruskan semula arah aliran meningkat pada suku ketiga.

Bagi keseluruhan tahun ini, beliau berkata, FBMKLCI dijangka mampu meningkat mencecah 1,465 mata dan paras wajarnya tahun depan adalah pada 1,580 mata.
Eng berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan buku tahunan 50 Syarikat Bermodal Kecil Terunggul 2010 di Kuala Lumpur, semalam.

Masalah hutang Kerajaan Greece yang muncul pertengahan bulan lalu meruncing sejak seminggu lalu apabila rakyatnya mula merusuh membantah langkah kerajaan mengurangkan perbelanjaannya termasuk menurunkan gaji dan pelbagai peruntukan awam.

Langkah itu dikhuatiri akan menggagalkan usaha Kesatuan Eropah (EU) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyediakan pakej menyelamat bernilai AS$145 bilion kepada Greece.

Pelabur juga bimbang beberapa negara anggota EU seperti Portugal, Sepanyol dan Itali akan mengalami masalah sama susulan prospek pertumbuhan negara itu yang mendatar setelah menghabiskan berbilion dolar bagi menyokong ekonominya ketika krisis kewangan global baru-baru ini.

Berikutan kebimbangan pelabur mengenai krisis itu dan langkah membendung spekulasi dilaksanakan China, pasaran saham dunia menurun minggu ini.

Indeks Perusahaan Dow Jones menjunam 225.06 mata atau 2.1 peratus dalam tempoh dua hari kepada 10,926.77 mata pada penutup awal pagi semalam.

Pasaran tempatan tidak terkecuali apabila penanda aras utamanya, FBMKLCI yang mencecah paras tertinggi baru dalam tempoh dua tahun iaitu 1,486.89 mata pada Isnin lalu, susut 11.24 mata atau 0.8 peratus kepada 1,335.65 mata kelmarin.



Mengenai buku 50 syarikat modal kecil terbaik baru terbitan OSK Research itu, Tan berkata, pihaknya menyenaraikan 19 syarikat baru tahun ini.

Katanya, buku edisi keenam itu turut menambah dua kategori baru iaitu penyedia perkhidmatan kewangan dan konglomerat.

“OSK Research menjangka semua saham 50 syarikat itu berpotensi meningkat antara lima hingga 15 peratus,” katanya.

Beliau berkata, 19 syarikat baru yang dimasukkan itu ialah iaitu CI Holdings, Delloyd Ventures, Signature International, Axis REIT, EP Manufacturing, Notion Vtec, Glomac, Sunway Group, Mamee-Double Decker, Multi Sports, Salcon, Faber, AEON Credit, Protasco, Zhulian, Handal, Engtek, Southern Steel dan Evergreen Fibreboard.

“Syarikat itu dipilih kerana memiliki prospek kenaikan harga saham yang positif, nisbah harga pendapatan (PER) yang rendah dan asas kewangan yang kukuh,” katanya. 0 ulasan

Miti terima banyak pertanyaan daripada pelabur asing

(Sumber dari Berita Harian, 2010/05/08)

AGENSI di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) kini menerima lebih banyak pertanyaan dari bakal pelabur serta pelabur asing sedia ada yang berminat mengembangkan pelaburan di negara ini.

Menteri Miti, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang kini berada di Washington berkata, lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini telah meningkatkan profil Malaysia, dan syarikat AS berminat dengan pelbagai inisiatif yang diperkenalkan kerajaan dalam meliberalisasikan sektor perkhidmatan kewangannya dan pe-ngenalan Model Ekonomi Baru.

AS tahun lalu adalah rakan perdagangan ketiga terbesar Malaysia dengan jumlah dagangan sebanyak AS$31.03 bilion dengan eksport berjumlah AS$17.21 bilion dan import AS$13.82 bilion. Malaysia pula adalah rakan perdagangan AS ke 18 terbesar.



AS juga adalah pelabur asing kedua terbesar dalam sektor pengilangan Malaysia dengan pelaburan berjumlah RM21.6 bilion dalam 155 projek.

Mustapa berada di ibu negara AS itu bagi mengikuti pameran bergerak Menteri Ekonomi Asean untuk mempromosikan kumpulan serantau itu dan pembentukan Komuniti Ekonomi Asean menjelang 2015.

Beliau juga bertemu ahli kumpulan pemikir, Peterson Instutute for International Economics.

Institut itu menyokong usaha Malaysia untuk menyertai Kerjasama Ekonomi Strategik Trans-Pacific (TPP), iaitu instrumen utama untuk menarik AS dan lain-lain negara Asia Pasifik dalam pengembangan dagangan.



Mustapa berkata, Malaysia berminat untuk menyertai TPP, satu inisiatif perdagangan yang penting sejak pentadbiran Obama, berikutan kelembapan perkembangan rundingan perdagangan Doha.

“Sebagai sebuah negara perdagangan utama di dunia, Malaysia melihat manfaat daripada kerjasama ini dan kita bekerjasama dengan pemegang kepentingan domestik, kedua-dua sektor swasta dan kerajaan,” katanya.

Kemasukan ke dalam TPP memerlukan persetujuan semua lapan negara ahlinya.

AS telah berkata adalah penting bagi negara yang berminat untuk menyertai perbincangan untuk memastikan mereka boleh menjanjikan komitmen dalam bidang yang diperlukan. – Bernama 0 ulasan

Isnin, 10 Mei 2010

Google mahu bantu perkembangan PKS Malaysia

(Sumber dari Berita Harian, 2010/05/04)

GOOGLE Inc sedang meninjau kemungkinan membuka pejabat di Kuala Lumpur dalam usaha meningkatkan lagi peranannya membantu pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

Pengarah Urusan Google Asia Tenggara, Julian Persaud, berkata pihaknya mendapati wujudnya peluang yang amat besar dalam membantu perkembangan PKS di negara ini kerana dianggarkan kira-kira 500,000 PKS belum memiliki laman web perniagaan.



“Melihat kepada peranan Kerajaan Malaysia dalam meningkatkan lagi capaian kadar penembusan internet di kalangan penduduknya serta ditambah dengan projek pembangunan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) yang sedang dijalankan, ia membuatkan kami lebih yakin untuk berada di Malaysia secara fizikal.

“Namun, kami sedang memikirkan jalan terbaik (sama ada membuka pejabat di Kuala Lumpur atau sebaliknya) buat Google dan Malaysia, dan kami sedang mengusahakannya sekarang,” katanya pada taklimat media mengenai rancangan Google di Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Berdasarkan sumber SME Corp ketika pembentangan laporan tahunan 2008 yang lalu, hanya kira-kira 100,000 PKS yang mempunyai laman web berbanding 598,000 jumlah PKS di Malaysia.

Jumlah itu menunjukkan masih wujud ruang yang besar bagi syarikat PKS untuk memasarkan produk mereka, walaupun sedar ruangan internet mampu menawarkan potensi pemasaran ke peringkat antarabangsa.

Persaud bagaimanapun menjelaskan, rancangan untuk membuka pejabat di Kuala Lumpur itu akan dipertimbangkan dengan teliti berikutan gergasi enjin carian laman web global itu kini sudah menjadikan Singapura sebagai pusat operasinya di rantau ini.
Katanya, buat masa ini Google ‘menerbangkan’ satu kumpulan khas dari Singapura ke Kuala Lumpur setiap minggu bagi mengikuti perkembangan aktiviti PKS tempatan dengan lebih dekat.



“Menerusi langkah itu, ia dapat membantu syarikat merangka lebih banyak program atau sistem khusus untuk diperkenalkan kepada PKS tempatan,” katanya.

Beliau berkata, syarikat kini turut dalam peringkat pengembangan bilangan kakitangannya di Singapura bagi membantu memudahkan akses pengguna enjin carian Google di rantau ini, khususnya di Malaysia.

“Ketika ini, kami memiliki 100 kakitangan di Singapura dan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan serta memudahkan pengguna mengakses carian enjin Google, kami sedang mengambil lebih ramai dan mensasarkan penambahan kakitangan seramai 50 peratus lagi,” katanya.

Persaud berkata, pihaknya turut meninjau untuk mengadakan kerjasama dengan lebih banyak institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan, termasuk di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) bagi membantu mewujudkan kemahiran pemasaran secara dalam talian di kalangan PKS tempatan.

Katanya, kerjasama berkenaan akan membolehkan syarikat PKS tempatan mempromosikan produk dan perkhidmatan masing-masing menggunakan platform pemasaran Google.

Ketika ini, Google sudah menjalinkan kerjasama dengan Miti serta dua institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan iaitu Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) bagi menawarkan Pakej Rangsangan Perniagaan kepada PKS. 0 ulasan

Isnin, 3 Mei 2010

bharian: Soal Jawab Agama: Pasangan berzina diampunkan Allah jika taubat nasuha

(Sumber dari Berita Harian, 2010/04/30)

ADAKAH dikira bersih dari dosa apabila kedua-dua pasangan berzina melangsungkan perkahwinan mereka. Adakah perhubungan dulu diampunkan jika mereka dikenakan hukuman? Bagaimanakah kedudukan anak yang dilahirkan hasil hubungan terdahulu. Minta penjelasan.

Pasangan terlajak perahu,
Kuala Lumpur.

TIDAK dikira bersih daripada dosa jika pasangan yang berzina walaupun mereka berkahwin sekalipun kerana pembersihan dosa hanyalah akan berlaku sekiranya berlaku perkara berikut iaitu jika mereka dikenakan hukum hudud mengikut al-Quran serta jika kedua-dunya bertaubat dan meminta ampun di sisi Allah SWT.



Perkahwinan mereka dianggap sah selepas kedua-duanya bertaubat dengan taubat nasuha dan menyesali terhadap apa yang mereka lakukan dan banyak melakukan amal kebajikan selepasnya sebagai menutupi segala dosa yang sudah dilakukan.

Firman Allah SWT: “Penzina lelaki tidak boleh berkahwin kecuali dengan penzina perempuan, atau dengan perempuan musyrik, dan penzina perempuan tidak boleh berkahwin kecuali dengan penzina lelaki atau dengan lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan bagi orang yang beriman.” (Surah An-Nur ayat 3).

Jika ditakdirkan pasangan itu mengahwini orang lain, maka perkahwinan itu adalah sah kerana masing-masing sudah bertaubat dan kembali kepada Allah SWT. Adapun anak yang dilahirkan hasil daripada zina adalah milik ibu saja kerana Rasul SAW menjelaskan dalam sabdanya bermaksud:



“Anak yang dilahirkan hasil zina adalah milik si ibu dan lelaki penzina hanya memiliki bilik tidur saja”. (Al-Hadis). Ini bermakna anak tadi tidak dibinkan kepada bapanya walaupun kedua-duanya sudah bertaubat kerana apabila pasangan berzina, maka anak itu dikira makhluk daripada air yang pertama ciptaan asal bagi manusia.

Jawapan disediakan penulis iaitu eksekutif Unit Agama NSTP. Segala persoalan boleh
diajukan kepadanya di alamat emel zaman@nstp.com.my 0 ulasan

bharian: Pengurusan masa pastikan tugas dilaksana berkualiti

Oleh Prof Madya Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus

(sumber dari Berita Harian, 2010/05/01)

Pekerja perlu tunai tanggungjawab diamanah dalam waktu ditetapkan dengan penuh dedikasi

SEPERTI yang kita ketahui, masa begitu penting dalam kehidupan manusia, sehinggakan masa itu diumpamakan seperti emas kerana ketinggian nilainya dari sudut manfaat dan faedahnya kepada kita. Oleh itu, tidak hairanlah jika sifat menghargai masa ini turut terkandung di dalam etika kerja Islam yang patut dilaksanakan oleh setiap pekerja dalam pekerjaan mereka.



Ia perlu dihayati dan dipraktikkan untuk memastikan hasil pekerjaan itu berkualiti dan terbaik. Selain itu, sifat ini juga menjadi amalan dan pegangan orang yang berjaya dalam kehidupan mereka. Rasulullah SAW adalah orang yang sangat menghargai masa sama ada dalam soal beribadat atau dalam pekerjaan.

Sewajarnyalah kita menjadikan Rasulullah sebagai contoh ikutan terbaik dalam menguruskan masa kita. Antara sebab mengapa kakitangan perlu menghargai masa dalam melaksanakan kerja mereka ialah:

Kepentingan masa itu sendiri

Selaku pekerja dan kakitangan dalam sesebuah organisasi adalah penting bagi seseorang itu menghargai setiap masa diperuntukkan kepada mereka untuk melaksanakan tugas dipertanggungjawabkan. Masa perlu dihargai kerana jika tidak ia akan berlalu dengan sia-sia tanpa sebarang manfaat dan kebaikan kepada kita. Oleh itu, penting bagi pekerja untuk mengatur segala aktiviti kerjanya supaya ia berjalan seiring dengan masa diperuntukkan.

Ketepatan masa adalah satu nilai yang ditekankan dalam semua perkhidmatan
Hal ini dapat melahirkan impak berkesan kepada pekerja kerana mereka melaksanakan tugasnya dengan dedikasi dan tekun. Setiap pekerja perlu memastikan semua tugas dapat diselesaikan dengan sempurna dan mereka menggunakan masa yang ada bagi menjalankan tugas diamanahkan.

Sikap membuang masa tidak baik diamalkan di kalangan pekerja. Oleh itu, setiap pekerja mestilah bijaksana dalam menggunakan masa. Pengurusan masa mesti dirancang dengan betul. Dengan ini, masa dapat digunakan dengan sebaik mungkin.

Ini dapat dilakukan dengan meletakkan sasaran tertentu untuk dicapai dalam masa kerja ditetapkan. Pengurusan masa adalah proses yang tidak pernah berhenti, ia secara berterusan perlukan penilaian dan perubahan sebagaimana berubahnya tugas seseorang.

Pekerja dibayar mengikut waktu bekerja

Selain itu, pekerja harus ingat bahawa setiap masa atau waktu yang kita lalui ketika dalam tempoh bekerja dibayar mengikut masa kerja diperuntukkan. Tidak pernahkah kita terfikir bagaimana status gaji yang kita peroleh seandainya kebanyakan masa bekerja kita dipenuhi dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan di luar bidang tugas kita.

Adakah wajar duit gaji itu diterima tanpa melakukan tugas sepatutnya. Oleh itu, tepatilah masa bekerja dan laksanakanlah tugas dengan sebaiknya serta pastikan hasil yang diterima adalah bahagian dan wang yang sememangnya patut kita peroleh.

Sebenarnya banyak cara yang boleh kita lakukan untuk memastikan kita betul-betul menghargai masa. Antaranya ialah:

Membuat rencana waktu

Sebagai seorang pekerja yang berdedikasi, penting bagi dirinya untuk membuat perencanaan waktu. Tidak kira bagaimana sibuknya, sebaiknya anda harus selalu mengambil waktu untuk membuat rencana. Semakin sedikit waktu terluang yang anda miliki, semakin penting pula untuk merencanakan penggunaan waktu secara teliti.

Contohnya, gunakan 10 minit pada awal dan akhir waktu setiap hari untuk membuat perencanaan. Hal ini pasti akan membayar kembali jerih payah anda dengan keuntungan berlipat kali ganda hasil daripada perencanaan betul dan tepat.

Menggunakan masa dengan sebaiknya

Kakitangan atau pekerja juga disarankan untuk menggunakan masa dengan sebaik-baiknya supaya masa bekerja kita diisi sepenuhnya dengan tugasan yang perlu kita laksanakan dalam tempoh waktu bekerja. Ia bukanlah bermaksud pekerja mesti bekerja tanpa henti tetapi mereka perlu memanfaatkan masa yang ada di samping waktu solat, waktu makan atau rehat.

Kadang-kala ada sesetengah pekerja yang mengambil masa rehat terlalu lama hingga melebihi had waktu ditetapkan. Contohnya waktu rehat diberikan sekitar satu jam tetapi ada juga yang mengambil masa sehingga dua atau tiga jam. Ini nyata menyalahi etika penggunaan masa yang betul dan boleh dikenakan tindakan disiplin sekiranya dilakukan berulang kali atau disengajakan.

Tidak membuang masa dengan aktiviti tidak berfaedah

Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pekerja, kita perlu menjauhkan diri daripada perkara tidak berfaedah atau yang membuang masa kita. Sebagai contoh, kita banyak menghabiskan masa dengan hanya berbual kosong tanpa mempunyai sebarang kepentingan daripada perbualan itu.



Selain itu, ada juga sesetengah pekerja menyibuk diri dengan bermain permainan komputer berbanding dengan masa membuat kerja atau suka duduk di kedai kopi atau kantin dalam tempoh yang agak panjang.


Penulis ialah Pensyarah di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM 0 ulasan

bharian: Islam amat menitikberatkan budaya kerja cemerlang dalam organisasi

Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

(Sumber dari Berita Harian, 2010/05/01)

PADA 1 Mei setiap tahun, semua kakitangan awam, swasta dan persendirian menyambut Hari Pekerja. Selain mendapat satu hari cuti istimewa, objektif sambutan Hari Pekerja adalah untuk memberi peluang kepada semua pekerja bagi bermuhasabah diri sendiri berkaitan tuntutan tanggungjawab dan amanah mereka kepada kerjaya masing-masing.

Islam begitu menitikberatkan etika kerja cemerlang. Etika kerja cemerlang sebenarnya bukanlah milik atau hak seseorang individu atau mana-mana kelompok masyarakat, sebaliknya ia meliputi keseluruhan pegawai dan kakitangan kerajaan dalam sesebuah organisasi itu.



Kesan daripada etika atau budaya kerja cemerlang ini akan menjadi sesebuah organisasi itu maju dan berjaya kerana mempunyai pegawai dan kakitangan berkeupayaan tinggi. Mereka berkhidmat dengan penuh dedikasi, patuh kepada setiap arahan atau peraturan ditentukan pihak pengurusan dari semasa ke semasa.

Budaya kerja cemerlang sebenarnya adalah hak setiap individu di dalam setiap organisasi, bermula daripada peringkat atasan hinggalah di peringkat bawahan seperti buruh, tukang kebun, pelayan pejabat dan jawatan seumpamanya. Apabila budaya kerja cemerlang ini dapat diserapkan ke dalam minda setiap pegawai dan kakitangan kerajaan itu, maka hasilnya akan tinggilah kualiti dan kuantiti kerja setiap individu itu dan seterusnya peningkatan produktiviti.

Apabila setiap orang pegawai dan kakitangan itu dapat menunjukkan tahap kecemerlangan dalam bidang kerjayanya masing-masing, maka hasilnya akan bertambah majulah negara dan rakyatnya pula akan dapat menikmati taraf hidup yang lebih baik dan sempurna.

Islam sebagai agama yang syumul, begitu menggalakkan setiap umatnya supaya bekerja keras dan berusaha meningkatkan taraf hidup agar bebas daripada belenggu kemiskinan kerana kemiskinan adalah musuh bagi setiap manusia.

Dengan kata lain, apabila budaya kerja cemerlang itu ada pada setiap diri individu, sudah pasti ia akan mendapat keuntungan, bukan saja selama hidup di dalam dunia ini, malah juga di akhirat nanti kerana setiap apa juga yang kita kerjakan dapat memberikan sumbangan kepada setiap orang, termasuk diri, keluarga, bangsa dan seterusnya negara, dikira sebagai satu amalan atau ibadah yang dituntut oleh Islam.

Apa juga yang kita buat atau lakukan, ia hendaklah disertai dengan niat sama juga seperti kita menunaikan sembahyang fardu lima waktu sehari semalam. Tanpa niat, sudah pasti amalan kita tidak akan diterima. Demikian juga dalam mencari kerja atau mencari rezeki, tentu ada matlamat dan disertai dengan niatnya sekali.

Tujuan kita bekerja sebenarnya adalah untuk menyara diri sendiri, keluarga dan seterusnya memberi sumbangan bakti kepada agama, bangsa dan negara. Justeru, setiap pekerjaan yang kita lakukan, termasuk makan gaji sama ada dengan pihak kerajaan atau swasta hendaklah seimbang.



Jika kita mendapat gaji penuh, maka waktu bekerja pula hendaklah cukup atau menepati waktunya kerana jika kita bekerja sambil lewa atau sering ponteng daripada menjalankan tugas dan kewajipan kita sudah pasti ia akan ditanya Allah di akhirat nanti.

Sesungguhnya sikap malas dan kurang bersemangat untuk memajukan diri, terlalu mementingkan diri sendiri dan rapuh dengan pegangan agama sudah pasti akan membantutkan usaha melahirkan generasi pekerja yang cemerlang dan terbilang.

Dalam hubungan ini Allah Taala berfirman dalam Surah Al-Asr ayat 3 bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal salih dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menepati kebenaran.” 0 ulasan

bharian: Ulul Albab: Ketaksuban punca ummah dalam dilema

Oleh Abdurrahman Haqqi

(Sumber dari Berita Harian, 2010/05/02)

Hidup berpuak makin menguasai umat sehingga gagal bezakan kebenaran, kekufuran

SEMEMANGNYA menjadi satu dilema ketika agama kita menyuruh melakukan sesuatu perbuatan tetapi kita dilarang untuk melakukannya. Menjadi dilema apabila agama menggalakkan toleransi seluas-luasnya kemudian kita dihadapkan dengan kenyataan untuk menerima ketaksuban.

Jika kedua-dua dilema ini berlaku di negara bukan Islam, kita boleh memahaminya walaupun berasa terhina. Namun, jika kedua-dua dilema ini berlaku di negara Islam, kita sulit memahaminya dan berasa sugul atau dukacita.



Contoh pertama bagi permasalahan di atas ialah seperti dilaporkan agensi berita Perancis Agence France Press (AFP), Jumaat lalu. Dalam laporan itu diberitakan sekelompok pertubuhan wanita di Turki membuat aduan kepada pihak pendakwa untuk menyiasat isteri Presiden Turki, Hayrunnisa Gul dan isteri Perdana Menterinya, Emine Erdogan dengan dakwaan mereka melakukan jenayah.

Contoh kedua ialah berita awal minggu ini yang mendedahkan seorang pengarah cawangan jawatankuasa paling berpengaruh di Arab Saudi yakni Jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar di Kota Suci Makkah, Syaikh Ahmad al-Ghamidi hampir dipecat daripada jawatannya. Apakah kesalahannya?

Jenayah yang dilakukan oleh isteri pemimpin Turki itu kerana selalu memakai tudung pada acara rasmi di dalam atau di luar negara. Menurut kumpulan wanita berkenaan, perbuatan itu bertentangan undang-undang negara.

Sebab pengarah yang berpengaruh itu hampir dipecat kerana beliau berpendapat solat berjemaah di masjid adalah sunat. Oleh itu, tidak perlu paksaan menutup kedai pada waktu solat jemaah seperti amalan di Arab Saudi selama ini. Astaghfirullah!

Jika pendakwa di Turki menolak dakwaan kumpulan wanita itu dengan alasan ia tiada sebab untuk menyiasat kerana tiada percanggahan undang-undang menurut Kanun Keseksaan Turki, tetapi jawapan di Arab Saudi yang dikeluarkan al-Lajnah al-Daimah li al-Buhuth al-’Ilmiah wa al-Ifta, pihak berkuasa agama tertinggi yang turut mengeluarkan fatwa pada Khamis lalu bahawa solat berjemaah di masjid hukumnya adalah wajib. Ertinya orang yang tidak solat berjemaah di masjid melakukan dosa.

Kedua-dua dilema ummah di atas antara banyak contoh yang berlaku pada masa ini yang dihadapi umat Islam di seluruh dunia khasnya di negara Islam.

Contoh lain seperti poligami apabila ada negara melarangnya walaupun dibenarkan agama. Ada negara menggalakkan kemaksiatan padahal agama melarangnya. Ada negara yang secara terang memisahkan hubungan agama daripada politik sehingga agama hanya berada di masjid dan tempat khas, sedangkan politik bertapak kukuh di pejabat kerajaan.

Ada juga negara mendahulukan agama daripada politik sehingga pentadbiran kerajaan seolah-olah masjid dan pentadbiran masjid seolah-olah pejabat kerajaan. Natijahnya, umat dalam dilema makro. Penyebabnya adalah sama ada hawa nafsu mahupun ketaksuban.

Apabila kita melihat kepada tingkah laku umat Islam, ia lebih nampak dilemanya. Berkelompok, berpuak, berkumpulan dan bersendirian sudah menjadi fenomena kehidupan seharian.

Satu kelompok mengatakan haram, kelompok yang lain mengatakan halal. Satu puak mengatakan boleh, puak lain mengatakan tidak. Satu kumpulan mengatakan benar, kumpulan lain mengatakan salah. Seorang berkata lakukan, seorang lagi mengatakan jangan. Natijahnya, umat dalam dilema mikro. Penyebabnya adalah sama ada hawa nafsu mahupun ketaksuban.

Sengaja dibezakan antara ketaksuban dan hawa nafsu walaupun pada hakikatnya ketaksuban juga berpunca daripada pengaruh hawa nafsu kerana ketaksuban faktor paling menonjol dalam menzahirkan hawa nafsu di samping kejahilan. Umat Islam sebenarnya tidak jahil tetapi ketaksuban yang menutup ketidakjahilan mereka.



Satu punca ketaksuban adalah keegoan. Sedangkan ego adalah jati diri hawa nafsu itu sendiri seperti dijelaskan Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin, Jilid III ketika membahas masalah Rubu’ al-Muhlikat, (Bahagian Membinasakan) yang membincangkan sifat dan perbuatan yang membinasakan manusia.

Penyelesaian diberikan al-Ghazali dalam mengatasi dilema manusia adalah dengan Mujahadah al-Nafs, jihad melawan hawa nafsu yang kemudian dijelaskan oleh beliau dalam Jilid IV Rubu’al-Munjiyat, (Bahagian Penyelamat) yang membincangkan sifat dan perbuatan yang menyelamatkan manusia.

Dalam hadis Nabi SAW riwayat Abu Daud diberitakan bahawa Baginda sudah melihat keadaan sebenar umatnya pada akhir zaman iaitu walaupun mereka ramai tetapi tidak mempunyai kekuatan kerana mereka bak buih air laut dan puncanya ialah penyakit hati yang disebut al-wahn atau mencintai keduniaan dan takut mati.

Cinta dunia dengan jalan memelihara hawa nafsu dan ketaksuban jiwa. Penyelesaian mujahadah al-nafs yang diberikan al-Ghazali bertujuan untuk menyeimbangkan penyakit al-wahn ini agar kita boleh mengalahkan hawa nafsu kita dan mengawal ketaksubannya.

Ketika hawa nafsu menguasai masyarakat, maka masyarakat akan bergelumang dalam lautan kemaksiatan dan ketika ketaksuban mendominasi, masyarakat akan tenggelam dalam perbalahan serta permusuhan.

Dalam kedua-dua keadaan ini, umat Islam jugalah yang rugi dan tetap terpinggir dalam percaturan perlumbaan membangun ketamadunan masyarakat antarabangsa hari ini. 0 ulasan

Didik anak cara bertudung dengan betul

(Sumber dari Berita Harian, 2010/05/03)

BAGI orang Islam, kewajipan bertudung jelas dinyatakan dalam al-Quran. Ini jelas menggambarkan Islam amat mementingkan umatnya menjaga kehormatan demi kesucian diri.

Tetapi trend bertudung yang berlaku sekarang adalah fesyen semata-mata. Masyarakat kita amat mementingkan sopan dan santun jelas tidak tergambar pada remaja kita. Remaja kita bertudung hanya mahu cantik tetapi baju dan seluar ketat serta sendat.



Siapa yang harus dipersalahkan? Remaja perlukan model yang baik iaitu ibu bapa. Jika anak mereka mahu berjumpa dengan kawan dan sebagainya perlu disuruh mereka bertudung. Ini supaya mereka tahu menutup aurat itu wajib.

Sering kali kita terjumpa remaja perempuan yang bertudung tetapi mereka bertudung mengikut majlis. Kefahaman agama yang mendalam perlu diterapkan pada peringkat sekolah lagi dengan model yang baik di rumah. Jangan kerana diwajibkan bertudung di sekolah, maka apabila remaja keluar dari rumah tidak bertudung.

Saya ingin mengambil perhatian bahawa di negara Barat sejak kebelakangan ini mengharamkan remaja ke sekolah dengan bertudung. Kononnya mereka memperjuangkan hak asasi manusia.

Negara barat tidak faham antara hak dan kewajipan agama. Maka dialog antara agama perlu diadakan antara kerajaan dan pihak berkaitan agama.



Di negara kita trend bertudung perlu diseimbangkan dengan fesyen. Kewajipan agama penting dari nilai sosial. Pentingnya bertudung dapat mengelakkan aurat seseorang itu terdedah sehingga boleh dilihat orang.

Saya ingin mengesyorkan supaya pihak swasta menggalakkan kakitangannya agar bertudung bagi mengelak gangguan seksual daripada berlaku.

Faktor bidang kerja dan kerja yang dilakukan tidak menjadi halangan jika sudah ada kefahaman dalam diri. Semoga kita dapat bersama-sama membantu mengingatkan antara satu sama lain.

NORHAIDI MOHD NORDIN,
Laman Tasik Pandan, 0 ulasan

bharian: Islam utama keadilan tangani gejala sosial

Oleh Zainul Rijal Abu Bakar
zainul.rijal@abubakar.my
(Sumber dari Berita Harian, 2010/05/03)

Kes buang bayi, zina berleluasa berkesan diselesai ikut penguatkuasaan hukum syarak

CADANGAN Senator Ahmad Hussin di Dewan Negara supaya bapa kepada bayi yang dibuang di negara ini dikenakan hukuman kasi bagi mengajar golongan lelaki yang terbabit supaya lebih bertanggungjawab, menarik perhatian saya.

Seingat saya cadangan ini bukanlah cadangan baru. Sebelum ini juga, ada cadangan agar lelaki yang mempunyai rekod jenayah seksual dipakaikan cawat besi bagi mengekang hawa nafsu dan naluri lelaki terbabit.



Begitu juga cadangan supaya lelaki yang disabitkan atas jenayah seksual diasingkan di suatu tempat yang jauh daripada wanita.

Semua cadangan di atas dibuat bagi mencari penyelesaian dalam menghadapi gejala sosial dan pembuangan bayi. Hukum yang dicadangkan itu pula tertumpu kepada pesalah yang melakukan kesalahan itu tanpa mengambil kira akar umbi kenapa gejala sedemikian berleluasa.

Memang benar semua hukuman di atas adalah dari sudut logik akal amatlah munasabah bagi mengekang gejala jenayah seksual ini. Memang tidak dapat dinafikan lagi lelaki yang dikenakan hukuman kasi itu tidak akan dapat melakukan hubungan seksual selepas itu.

Namun kemampuan akal fikiran tidak dapat menjangkau apa yang berada di luar kotak pemikiran seseorang atau apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Itulah sebabnya selain daripada dalil aqli ini, manusia perlu bergantung kepada dalil naqli iaitu apa yang ditetapkan oleh Allah SWT bagi manusia dan semesta Alam.

Allah Maha Pencipta dan Maha Mengetahui apa yang tersurat dan juga apa yang tersirat. Kebergantungan kepada hukum Allah ini adalah kewajipan bagi setiap umat Islam.

Di dalam al-Quran, Surah An Nur ayat 1-2 ada menyatakan yang bermaksud:
“Ini adalah satu surat yang Kami turunkan dan Kami wajibkan (menjalankan hukum yang ada di dalamnya), dan Kami turunkan di dalamnya ayat-ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya. Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka deralah (rotanlah) tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera (rotan). Dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang yang beriman.”

Oleh yang demikian adalah jelas di dalam Islam hukuman bagi orang yang melakukan perzinaan adalah dirotan 100 kali seperti diperuntukkan di dalam ayat di atas. Namun oleh kerana kita tidak sering merujuk kepada sumber perundangan Islam, muncul pelbagai saranan mengenai penyelesaian sesuatu perkara.



Yang lebih teruk lagi ialah apabila sesuatu perkara itu dirujuk kepada agama, timbul suara-suara yang mempertikaikan peranan agama di dalam mengawal moral atau akhlak manusia. Tidak keterlaluan juga dikatakan, ada sesetengah golongan meletakkan hak asasi manusia pada tempat terlalu tinggi sehingga menjangkaui kedudukan sebenar.

Bukanlah saya ingin mengetepikan hak asasi manusia, namun hak itu perlu diimbangi dengan tanggungjawab manusia khususnya umat Islam sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Berbalik kepada persoalan penyelesaian kemelut pembuangan bayi itu, sudah seharusnya kita berbalik kepada hukum Islam yang menjadi paksi dan jati diri kepada masyarakat Malaysia sesuai dengan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Islam mementingkan keadilan, keadilan di dalam Islam bukan saja diberikan kepada mangsa jenayah, malah juga kepada keluarga mangsa dan pesalah itu sendiri. Mangsa dan keluarga mangsa jenayah umpamanya dalam hal tertentu boleh mendapat ganti rugi atau ‘diyat’ daripada pesalah atau keluarga pesalah, malah kuasa mengampun pesalah juga ada pada mangsa serta keluarga mangsa berbeza dengan undang-undang sivil yang kuasa pengampunan berada di tangan ketua negara.

Sifat hukuman di dalam Islam iaitu mendidik dan menghalang perlakuan jenayah diulangi, berjaya menurunkan kadar jenayah di negara yang mengamalkan undang-undang Islam seperti Arab Saudi. Oleh hal yang demikian amatlah penting bagi kita merenung kembali apakah kaedah penyelesaian yang perlu kita sarankan bagi menangani gejala sosial di negara kita ini.

Dalam menggarap formula menangani gejala seksual yang berleluasa dan masalah sosial yang tidak nampak kesudahannya ini, amatlah penting bagi kita semua memahami bahawa kemampuan akal fikiran manusia adalah terbatas. Janganlah terlalu teruja dengan logik akal kerana akal itu sendiri adalah makhluk Allah.

Bukanlah saya tidak bersimpati atau prihatin nasib malang bayi yang dibuang itu, namun jalan penyelesaian yang dicari hendaklah dapat merungkai permasalahan sebenar hingga ke akar umbinya. Tidak ada hati yang gembira apabila melihat gambar bayi yang dibuang itu terpapar di dada akhbar.

Ibu bapa yang membuang bayi itu lebih teruk daripada haiwan yang menjaga dan mempertahankan anak-anaknya. Sistem perundangan Islam adalah jalan penyelesaian terbaik segala permasalahan yang sedang dan akan kita hadapi.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia dan boleh dihubungi melalui e-mel di zainul.rijal@abubakar.my 0 ulasan

sunday/20100502

it was a busy and energetic day ever! hahaha... wake-up in the morning, go out with my sis. accompany her to pizzas restaurant, from keramat au to bangsar to pj new town to mid valley! lifted the boxes and carried heavy plastic bags from mid valley restaurant to car park! just ignore the surrounding coz the most concern is to accomplish the mission! hahaha... both hands are trembling but the spirit inside more than anything.

zig-zag-zig-zag, settled the prayer in au, go to jelatek for mobile showroom! got a delicious varieties until we both in dizziness! all of the sudden, there is 1 chinese guy said we cant trust that seller, aha! wat else all the mission to hv a new gadget gone!!!

then we go to wangsa walk. hv a gud time karaoke and sister-sister dancing! hahaha... just remember back when we still young ;-) but we still are wat...

today also went to masjid jamek - sogo - maju junction - jelatek - wangsa maju!!! i in love with my surrounding! hahahah more affectionate if got more money to spend!



0 ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...