Isnin, 29 Mac 2010

bharian: Kementerian Pelajaran terus mantapkan hala tuju kurikulum sekolah

(Sumber dari Berita Harian, 2010/03/29)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pejalaran sudah mengambil langkah bagi memantapkan lagi hala tuju kurikulum sekolah rendah dan sekolah menengah supaya relevan dengan tuntutan semasa dan selari dengan falsafah Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK).

Kurikulum transformasi yang dibina itu bagi membolehkan pembentukan diri murid untuk menjadi modal insan seimbang yang antaranya berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, berperibadi mulia dan jati diri kukuh, bagi mengisi keperluan negara serta mampu berdepan persekitaran dunia global.


Timbalan Menterinya, Datuk Wee Ka Siong, berkata peningkatan kualiti pembelajaran menjadi agenda utama kementerian untuk membentuk generasi muda negara yang menjadi pengguna dan pencipta maklumat dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020. Beliau berkata, kurikulum transformasi menyediakan ruang dan peluang bagi memenuhi keperluan murid bagi membangunkan modal insan holistik, berfikiran kreatif, kritis dan berinovatif.

"DPK antara teras utama dalam pembangunan sistem pendidikan di Malaysia dan masih relevan tetapi bagi menghadapi cabaran globalisasi dan zaman serba canggih ini, murid juga dilengkapi kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, mahir berkomunikasi dan mendalami teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

"Jadi, generasi yang dilahirkan ini mampu menguasai bidang sains dan teknologi ditahap tinggi, seterusnya menjana idea baru dalam menghadapi cabaran dunia masa kini dan depan serta mampu bersaing dengan negara lain di peringkat global," katanya menjawab soalan Salahuddin AYub (Pas-Kubang Kerian) di Dewan Rakyat, pagi ini.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...