Selasa, 22 Februari 2011

Berita Harian Online | Apple perkenal iPad versi baru

Apple perkenal iPad versi baru

2011/02/10
PENGELUAR komputer Apple sudah mula menghasilkan tablet komputer iPad versi baru yang turut ditampilkan dengan kamera depan dan prosesor yang lebih laju.

Menurut sumber rapat yang mendedahkan perkara itu kepada Wall Street Journal, berkata iPad baru itu lebih nipis dan ringan berbanding model pertamanya, selain mempunyai prosesor grafik yang lebih berkuasa.
IPad versi baru memiliki kamera depan itu membolehkan aplikasi persidangan video dilakukan selain mempu-nyai kapasiti memori lebih besar.

Berdasarkan laporan akhbar, Apple bercadang mempamerkan iPad baru itu melalui Verizon Wireless dan AT & T.

Awal bulan ini, seorang saksi melihat model iPad versi baru itu dengan kamera bahagian depan di bahagian atas layar kaca pada sidang akhbar pengenalan akhbar harian online News Corp di New York. – Reuters

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...