Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, statistik berkenaan amat mengejutkan kerana ia menjadi petunjuk jelas mengenai kegiatan ekonomi yang begitu daif di negeri kerajaan Pas itu.
“Bukan saja Perlis memperoleh hasil cukai kastam sebanyak RM107 juta, malah Melaka mengutip RM750 juta, Kedah hampir RM500 juta dan Terengganu pula RM1 bilion.
“Sesudah (Pas) memerintah selama 20 tahun, hasil kutipan cukai kastam hanya RM34 juta, jauh lebih kecil daripada Perlis sedangkan saiz Kelantan tiga kali ganda lebih besar.
“Jika betul-betul cintakan Kelantan, wajib mengangkat negeri ini ke tahap yang baik dan menukar kerajaan negeri yang tidak mampu membelanya,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran facebook Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, di sini, semalam.
Sementara itu, Mustapa berkata, beliau berpegang kepada prinsip 2B, iaitu bersaing (berkawan) dan berbakti, untuk mendekati rakyat sekali gus meyakinkan sokongan mereka kepada Umno serta kerajaan Barisan Nasional (BN).
Justeru, beliau berkata, pelancaran facebook itu yang setakat ini mencatat 669 peserta adalah sebagai media baru untuk berinteraksi serta berkongsi pandangan dengan seluruh rakyat Malaysia, terutama generasi muda serta pengundi luar Kelantan.
“Facebook ini bukan saja tertumpu kepada rakyat Kelantan, sebaliknya ia diharap akan menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia. Saya akan berkongsi dan menyampaikan isu bukan saja berkaitan Kelantan tetapi juga nasional,” katanya.
(Sumber dari Berita Harian, 22/02/2010)
Label:
Malaysiaku
1 ulasan:
kelantan, buktikan!!
Catat Ulasan