Selasa, 23 Februari 2010

Sudah Bosan dengan Pekerjaan Sekarang?

Kadang-kadang kebosanan pada kerja datang! Kadang-kadang ia bukan sekadar kadang-kadang sahaja, tetapi bersifat kekal untuk satu tempoh waktu yang agak lama... Apa makna agaknya? Kerja lain? Sekadar sebuah pekerjaan? Atau... sebuah kerjaya di mana kita merasakan kerjaya tersebut adalah sebahagian dari diri kita sendiri.

Manusia selalu diertikan juga sebagai tidak mudah berpuas hati dengan apa yang dimiliki dan berusaha untuk mempertingkatkan hidup ke arah yang lebih baik lagi. Oleh itu, tidak salah kalau kita mengubah angin seandainya ada sesuatu yang lebih memberikan kepuasan. Alhamdulillah, "me" berada di Malaysia yang mempunyai banyak peluang pekerjaan. Antara pandai mencarinya dan tidak terlalu berkira dengan peluang tersebut (jika sekiranya inginkan sebuah pekerjaan berbanding sebuah kerjaya).

Tadi "me" terserap dengan semangat seorang tea lady Indonesia di pejabat... Mereka kental, berusaha & tekun dalam pekerjaan mereka (walau kadang-kadang "me" melihat dia curi tulang berborak-borak dengan rakan di luar pejabat. Tak kisah lah, asalkan kerja jalan).

Walaubagaimanapun, jadikan sebuah pekerjaan tersebut sebagai ibadah, jujur dan amanah dalam melaksanakannya... Semoga "me" juga akan mendapat hirerki tertinggi iaitu self-esteem mengikut teori Maslow.



0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...