Selasa, 23 Februari 2010

Si Gadis India yang Manis

Rasa sweet sangat masa balik kerja & sedang menunggu lrt, mataku terpaku pada sorang gadis india yang sedang asyik membaca novel. Yang menerujakan aku ialah, gadis tersebut membaca novel Melayu! Jarang sangat aku lihat fenomena sebegini... Rasa ini agaknya 1Malaysia... bangsa lain mula mengiktiraf & mempraktikkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Kebanyakan sekarang ini rakyat Malaysia tidak kira bangsa memilih untuk bercakap bahasa inggeris. Memang bagus jika kita mengetahui pelbagai bahasa, cuma terdapat kesedihan kerana ada juga rakyat Malaysia yang masih tidak fasih bercakap bahasa Malaysia... Mungkin aku boleh bercakap begini sebab aku Melayu... Tidak jugak, kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung...

Rindukan perpaduan yang lebih erat & utuh lagi di kalangan rakyat Malaysia... Sesungguhnya komunikasi adalah pengerat ukhwah.



0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...