Beliau berkata, memandangkan GST adalah suatu sistem percukaian yang lebih menyeluruh dan dikenakan ke atas setiap orang berbanding cukai pendapatan individu yang terhad kepada golongan tertentu, jumlah kutipan cukai kerajaan daripada GST akan meningkat.
Justeru, katanya, sumber pendapatan kerajaan akan bertambah dan ini akan membolehkannya mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu dan syarikat.
“Apabila cukai pendapatan individu dikurangkan, pendapatan boleh belanja seseorang individu itu akan meningkat dan mereka akan membelanjakannya. Ini sekali gus akan meningkatkan ekonomi negara,” katanya.
Beliau berkata demikian pada persidangan percukaian kebangsaan mengenai GST anjuran Institut Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
Zakariah berkata, pengurangan cukai korporat pula membolehkan syarikat mengurangkan kos operasi dan mengambil lebih ramai pekerja, seterusnya mengurangkan kadar pengangguran.
“Ia juga dapat merangsang pelaburan domestik dan menyediakan persekitaran perniagaan yang baik dalam negara,” katanya.
(Sumber dari Berita Harian, 12/02/2010)
0 ulasan:
Catat Ulasan