Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Muhammad, berkata Mara hanya mewajibkan peminjam menamakan penjamin yang berpendapatan sekurang-kurangnya tiga peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman, dan itu adalah nisbah kecil yang juga sepatutnya tidak mendatangkan masalah kepada peminjam.
“Tidak susah sebenarnya kerana kita hanya mensyaratkan tiga peratus... kalau nak pinjam RM10,000, maka pendapatan penjamin hanya perlu RM300,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
“Yang susahnya (untuk mendapat penjamin), kalau peminjam tu memang dikenali susah nak bayar hutang, bukan sebab dia tidak cukup syarat,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Beliau mengulas maklum balas peniaga yang menyatakan kesukaran mendapatkan penjamin bagi pinjaman Mara terutama peniaga kecil.
Berita Harian sebelum ini melaporkan, Mara akan memperketatkan syarat untuk semua pinjaman perniagaan dengan mewajibkan peminjam menamakan sekurang-kurangnya seorang penjamin atau cagaran, termasuk untuk pinjaman serendah RM1,000.
(Sumber dari Berita Harian, 18/02/2010)
0 ulasan:
Catat Ulasan