Sambil menyifatkan laporan PERC itu mempunyai motif tersembunyi, Timbalan Perdana Menteri berkata, laporan itu tidak masuk akal kerana pihak berkenaan tidak mengenali dan memahami keadaan berlaku dalam negara.
“Kita tidak minta mereka bantu kita. Kita bantu diri kita sendiri dan kita tidak perlukan komen mereka kerana saya fikir ramai lagi yang tahu dan mampu menilai diri kita secara lebih objektif... bukan berdasarkan emosi, tetapi fakta dan realiti.
“Hakikatnya rakyat Malaysia gembira dan tidak menghadapi bencana besar atau masalah perkauman atau berperang sesama sendiri. Jadi, apa yang mereka cakap?,” katanya selepas menghadiri perhimpunan bersama petugas kumpulan Felda di Dewan Perdana Felda, di sini, semalam.
Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.
Laporan PERC menyatakan Malaysia semakin menuju ketidakstabilan berdasarkan perkembangan semasa yang berlaku dalam negara, termasuk kehilangan enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), penahanan suspek pengganas dari beberapa negara Afrika dan Timur Tengah, percubaan membakar gereja dan surau serta perbicaraan liwat ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
(Sumber dari Berita Harian, 12/02/2010)
0 ulasan:
Catat Ulasan