DUBAI 28 Jan. – Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur telah dimasukkan dalam senarai teratas perjalanan yang dikompilasi oleh versi dalam talian The New York Times.
Akhbar harian tersebut menamakan bandar raya Asia Tenggara yang vibran dan eksotik itu sebagai ‘destinasi yang mesti dilihat‘ tahun ini dalam edisi terbaru senarai perjalanan tahunannya “31 tempat untuk dikunjungi dalam 2010”.
Selain Kuala Lumpur, destinasi lain yang dimasukkan dalam senarai itu ialah Damsyik, Copenhagen, Norway, Los Angeles dan Costa Rica, menurut kenyataan Pelancongan Malaysia.
Laporan dalam segmen perjalanan itu menyifatkan Kuala Lumpur sebagai destinasi yang semakin popular di kalangan orang berada di Asia dan salah satu bandar rayanya yang terhebat dan paling mesra.
Ia juga menggambarkan orang Kuala Lumpur sebagai gemar makan dan membeli-belah dengan menghabiskan cuti hujung minggu mengunjungi butik-butik untuk mendapatkan fesyen pakaian terbaru.
Laporan mengenai Kuala Lumpur ditulis oleh Naomi Lindt, penulis perjalanan yang memfokus kepada Asia, kata Pelancongan Malaysia.
Suasana gerai-gerai tepi jalan di Kuala Lumpur yang menjual pelbagai makanan citarasa Cina, India dan Melayu menarik perhatian The New York Times, di samping perkembangan fesyennya yang diterajui pereka Bernard Chandran, Khoon Hooi dan Melinda Looi.
Bangsar juga ditonjolkan menerusi kedai-kedai fesyen yang terdapat di sepanjang Jalan Telawi 2 dan 3. – BERNAMA
(Sumber dari Utusan Malaysia, 29/01/2010)
Label:
Malaysiaku
Khamis, 11 Mac 2010
utusan: New York Times pilih Kuala Lumpur
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Khamis, Mac 11, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan