Selasa, 30 Mac 2010

bharian: Malaysia tidak membangunkan tenaga kerja mahir tetapi kehilangan mereka

(Sumber dari Berita Harian, 2010/03/30)

KUALA LUMPUR: Situasi modal insan di Malaysia tidak bertambah baik kerana negara kehilangan tenaga kerja mahir yang diperlukan untuk memacu pertumbuhan di masa depan.

Banyak tenaga kerja mahir Malaysia meninggalkan negara untuk mencari peluang lebih baik di negara lain dan menurut anggaran Kementerian Sumber Manusia pada 2008 - kira-kira 350,000 dewasa Malaysia bekerja di luar negara, lebih separuh daripadanya lulusan institusi pengajian tinggi.

Kehilangan besar-besaran tenaga kerja mahir Malaysia diburukkan lagi dengan hakikat bahawa sistem pendidikan, disebalik modal besar yang diperuntukkan melalui beberapa usaha pembaharuan, tidak mengeluarkan tenaga kerja mahir yang diperlukan secara efektif, kata Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) dalam Laporan Pertama Model Ekonomi Baru bagi Malaysia yang dikeluarkan di sini hari ini.

"Kita tidak membangunkan tenaga kerja mahir dan apa yang kita ada pula meninggalkan kita," kata NEAC.
Laporan itu menyatakan pemain industri sering mengeluh mengenai ketiadaan tenaga kerja mahir yang sesuai di pasaran, mencadangkan tenaga kerja mahir yang dikeluarkan oleh sistem pendidikan dan yang diperlukan oleh syarikat adalah tidak sepadan.

Penilaian terbaru oleh Bank Dunia mencadangkan syarikat-syarikat kini semakin bimbang, pertamanya mengenai teknologi maklumat (IT), kemahiran dan kemahiran teknikal/profesional pekerja Malaysia diikuti aduan mengenai kurang kreativiti dan tidak fasih bahasa Inggeris.

Menurut laporan Jabatan Perangkaan pada 2007, 80 peratus tenaga kerja Malaysia menerima pendidikan hanya setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Data Kementerian Pengajian Tinggi menunjukkan pada 2008, kira-kira suku daripada lulusan universiti tempatan masih menganggur selepas enam bulan menamatkan pengajian.

"Malahan mereka yang mendapat kerja, hampir satu pertiga bekerja dalam bidang kemahiran lebih rendah," menurut laporan itu.

Menurut Kementerian Sumber Manusia, antara 2001 dan 2005, kerajaan membelanjakan RM415 juta untuk melatih kira-kira 40,000 siswazah untuk meningkatkan kemahiran mereka untuk diambil bekerja.

"Pelbagai program untuk menarik tenaga kerja mahir diperkenalkan di masa lalu tetapi hanya sedikit yang dicapai secara konkrit. Hasilnya ialah kekurangan tenaga kerja dinamik yang diperlukan untuk memacu Malaysia dalam aktiviti-aktiviti nilai tambah lebih tinggi," kata NEAC.

Menurut laporan itu, kerjasama lebih baik antara majikan sektor swasta dan universiti akan dapat membantu membetulkan keadaan tiada sepadan antara permintaan industri dan siswazah serta meningkatkan peluang siswazah mendapat kerja.

"Malaysia perlu melaksanakan program mampan dan sistematik untuk memastikan pelajar Malaysia diberi peluang untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran global," menurut laporan itu.

Laporan itu menyatakan sistem sedia ada lebih tidak menggalakkan daripada menggalakkan pengekalan tenaga kerja mahir tempatan dan kemasukan tenaga kerja mahir asing.

Kekangan termasuk penghijrahan besar-besaran dan dasar-dasar insentif yang tidak menggalakkan pakar asing diambil kerja di samping amalan sekatan oleh persatuan-persatuan profesional yang menghalang pekerja asing daripada bekerja di Malaysia, menurutnya. - Bernama

1 ulasan:

Unknown berkata...

Xavi Gerad Jude Am. Aiicco Insurans plc wakil. Kami menawarkan pinjaman kepada kadar bayaran balik 3%. Ini (CEO) hubungi kami jika anda berminat alamat e-mel: xavigeradloanfirm@yahoo.com
Aiicco insurans plc mengambil hanya dibenarkan mendaftar lebih umur 20.
Pelaburan Pinjaman Peribadi.
Pinjaman harta Pelaburan.
Pinjaman penyatuan.
Pembinaan Pinjaman.
Pilih satu atau pembayaran-tahun.
Pilih antara bayaran bulanan dan tahunan di bawah Rancangan.
Terma pinjaman yang fleksibel.
Tiada pinjaman sehingga untuk Tahun EUR 5000 8000.000.00.
Syarikat kami adalah proses yang boleh dipercayai, cekap, pantas dan dinamik. Jude GERAD bugün.SR Kami Pelaburan plc: Jawapan hendaklah dihantar Namakan. E-mail: xavigeradloanfirm@yahoo.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...