Memaparkan catatan dengan label Terengganuku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Terengganuku. Papar semua catatan

Selasa, 6 Disember 2011

MB Terengganu bentang bajet RM1.95 bilion [Bajet Negeri Terengganu 2012 - Peruntukan RM1.95 bilion]

Berita Harian Online|MB Terengganu bentang bajet RM1.95 bilion

2011/12/05

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM1.95 bilion untuk Bajet 2012, pertambahan 3.29 peratus atau RM62.1 juta daripada peruntukan tahun ini.

Bajet dengan tema 'Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan : Bajet Kesejahteraan Rakyat' itu dibentang oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini, hari ini.

Ahmad berkata, kerajaan persekutuan menyediakan peruntukan yang cukup besar dengan menumpukan projek pembangunan berimpak tinggi yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata, antara projek yang bakal memberi impak kepada negeri Terengganu ialah projek Lebuh Raya Pantai Timur Jabor-Kuala Terengganu.

Ahmad berkata, bajet itu memberi penekanan kepada tiga strategi utama iaitu untuk memantapkan pembangunan modal insan berkualiti, memelihara kesejahteraan rakyat dan untuk meningkatkan daya saing negeri.

Katanya, adalah tepat apabila kerajaan negeri meletakkan keutamaan tertinggi kepada sektor pendidikan dan pembangunan modal insan dalam rancangan pembangunannya.

Ahmad berkata, bagi kesejahteraan rakyat, Bajet tahun depan memberi tumpuan utama iaitu menjamin dan memelihara kesejahteraan hidup rakyat dengan menyediakan keperluan asas seperti air, tenaga, perumahan, pengangkutan dan kemudahan lain.

Beliau berkata, matlamat kerajaan ialah untuk mensifarkan miskin tegar dan menurunkan kadar kemiskinan kepada satu peratus pada tahun 2013.

"Oleh itu kerajaan negeri menggandakan usaha dengan pendekatan yang lebih agresif bagi mengatasi masalah kemiskinan melalui dua strategi iaitu melaksanakan pembangunan fizikal dan perubahan minda serta sahsiah diri kepada golongan terbabit," katanya.

Ahmad berkata, kerajaan akan meneruskan program bantuan rumah, program peningkatan pendapatan, program latihan kemahiran dan kerjaya dan program jaya diri.

Beliau turut mengumumkan kerajaan negeri bersetuju menyediakan satu dana pinjaman perumahan rakyat negeri Terengganu dengan peruntukan permulaan sebanyak RM50 juta dengan jumlah maksimum pinjaman RM50,000 seorang yang berteraskan syariah.

Persidangan dewan disambung esok. - BERNAMA

0 ulasan

Ahad, 4 April 2010

Lagu Rakyat Terengganu ~ Ulek Mayang

0 ulasan

Jumaat, 26 Mac 2010

bharian: Timur: Empat daerah rai Fiesta Bulan Candat Sotong

(Sumber dari Berita Harian, 2010/03/25)

KUALA TERENGGANU: Musim mencandat sotong kini tiba lagi. Sepanjang malam setiap akhir Mac hingga Julai, boleh dikatakan di sepanjang 244 kilometer perairan negeri ini berpesta dengan kerlipan lampu kalimantang yang dipasang saban malam.

Bagi menambah kemeriahan kegiatan yang sudah berakar umbi di negeri ini sejak zaman berzaman itu, candat sotong kini menjadi satu sirkit kejohanan menerusi program Fiesta Bulan Candat Sotong supaya penganjurannya lebih dirasai.
“Kini, Fiesta Bulan Candat Sotong diperluaskan membabitkan empat daerah iaitu bermula di Marang, Besut, Kuala Terengganu dan berakhir di Dungun, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Zaabar Mohd Adib. Beliau berkata, fiesta itu boleh menjadi satu daripada tarikan khusus yang unik dan istimewa bagi pelancong, selain dapat merakyatkan program yang dianjurkan di sepanjang perairan terutama di beberapa pulau di seluruh negeri ini.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Fiesta Bulan Candat Sotong 2010 dan Sirkit TM Cabaran Candat Sotong 2010 di sini, kelmarin.

Hadir sama, Pengurus Besar TM negeri, Azhar Omar; Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia negeri, Ahmad Fathil Abd Ghani dan Pengerusi Persatuan Pelancongan negeri, Wan Mohd Ariffin Wan Long.

Sirkit candat sotong yang diperkenalkan itu dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu manakala Telekom Malaysia (TM) sebagai penaja utama.
Sebanyak 700 peserta dan 70 bot digunakan untuk memeriahkan sirkit mencandat kali kedua yang berlangsung tahun ini dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM227,000 dengan setiap sirkit menawarkan hadiah wang tunai berjumlah kira-kira RM33,000 untuk dimenangi.

Bagi Md Sopian Yusof, 48, yang mewakili Pejabat Daerah Besut, dia mengharapkan pengalaman kali pertama menyertai aktiviti mencandat sotong ini dapat mencernakan suatu memori yang sukar dilupakan.

"Saya sangat teruja dan begitu berkobar-kobar untuk memenangi pertandingan ini, walaupun tiada pengalaman tetapi bersama 11 rakan lain, kami yakin untuk memberi saingan hebat.

Peserta lain, Abdul Kadir Abdullah, 42, berkata dia yang selalu pergi mencandat, akan menggunakan pengalaman yang ada untuk memenangi sirkit ini yang nampak lebih meriah daripada tahun lalu," katanya.

"Tahun ini akan lebih meriah dengan pembabitan empat daerah berbanding tahun lalu hanya tiga. Saya akan menggunakan pengalaman yang ada untuk membantu rakan yang lain memenangi kejuaraan ini yang menjanjikan hadiah begitu lumayan untuk setiap sirkit," katanya.
0 ulasan

Rabu, 17 Mac 2010

nst: State not sure of stadium's safety

(Source from NST, 2010/03/16)

KUALA TERENGGANU: The Terengganu government cannot give the assurance that the Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium (SSMZA) will be safe for use even after the debris from the roof collapse on June 2 last year is cleared.

Terengganu Youth and Sports Committee chairman Datuk Rahin Mohd Said said this was because the impact of the collapse on the stadium's structure had yet to be verified.

He was commenting on complaints lodged by football coaches and managers over the unsatisfactory field condition at the Sultan Ismail Nasiruddin Shah Stadium (SSINS) here.

Since the collapse of the roof of the SSMZA, football matches have to be held at SSINS.

Rahin said the SSINS was supposed to be demolished to make way for development. -- Bernama 0 ulasan

Jumaat, 12 Mac 2010

Timur: Pasar tani catat jualan menggalakkan

(Sumber dari Berita Harian, 2010/03/11)

KUALA TEREANGGANU: Pasar tani yang diuruskan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di negeri ini berjaya mencatat jualan berjumlah RM16.2 juta dalam tempoh Januari hingga September tahun lalu, sekali gus membuktikan kegiatan itu mendapat sambutan menggalakkan di kalangan masyarakat setempat berbelanja keperluan harian.

Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Fama Terengganu, Shahlan Kusaseh, berkata antara pasar tani yang mencatat jualan tinggi ialah di Padang Hiliran dengan peningkatan jualan sebanyak 20 peratus kepada RM4.7 juta dalam tempoh sama berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, jumlah jualan yang dicatatkan sangat memberangsangkan dan Fama akan terus mencari kaedah memastikan pasar tani terus mendapat perhatian dan kunjungan masyarakat. "Antara langkah yang diambil termasuk memastikan semua peniaga mengekalkan kualiti produk jualan mereka menerusi produk segar dan bersih, yang menjadi ciri utama dan tarikan pengguna selama ini.

"Jadi, bagi memastikan nilai jualan terus ditingkatkan, Fama Terengganu akan membuka enam lagi pasar tani baru di negeri ini membabitkan 180 peniaga baru di Lorong Budiman, Kuala Terengganu; Kuala Telemong, Bukit Payong, Pulau Serai, Manir dan Gong Badak," katanya selepas menyertai lawatan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, baru-baru ini.

Shahlan berkata, setakat ini, 10 pasar tani beroperasi di negeri ini, manakala enam lagi tapak berkenaan dijangka memulakan operasi tidak lama lagi dengan setiap tapak memberi peluang niaga kepada antara 30 hingga 50 peniaga baru.

Beliau berkata, semua pasar tani berkenaan membabitkan peniaga baru di kalangan pelbagai kumpulan iaitu petani, nelayan, penternak serta pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Mengulas lanjut, beliau memberi contoh pasar tani di Padang Hiliran yang mendapat sambutan hangat orang ramai kerana menjual bahan makanan segar tanpa pengawet tiruan serta ubat tradisional herba dan akar kayu tempatan yang tidak memberi kesan sampingan kepada penggunanya.

“Fama akan membawa 180 peniaga menyertai kursus tidak lama lagi bagi memberi pendedahan dan latihan kepada mereka menawarkan barangan dikehendaki pelanggan.

"Mereka akan menyertai 530 pengusaha pasar tani sedia ada di negeri ini untuk menawarkan produk bermutu dan segar kepada pengguna, sekali gus meningkatkan populariti pasar tani sebagai pusat tumpuan pengguna membeli barang keperluan harian," katanya. 0 ulasan

Khamis, 11 Mac 2010

Bharian: Gempa bumi di Kenyir mungkin berkait kejadian 1980 an

(Sumber dari Berita Harian, 2010/03/11)

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah yang berlaku di empangan Kenyir semalam mungkin mempunyai kaitan dengan kejadian yang sama di kawasan itu lebih 20 tahun lalu atau proses pelepasan gas tektonik.

Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas, berkata Kenyir dilanda gempa bumi kekuatan 4.6 pada skala Richter sekitar 1980 an ketika proses pengisian air empangan tersebut.

Semalam, satu gempa bumi berukuran 2.6 pada skala Richter berlaku di situ, berpusat 43 kilometer barat daya Kuala Terengganu dan 22 kilometer barat Kuala Berang, Terengganu. "Jadi gempa bumi yang berlaku semalam mempunyai dua kemungkinan, sama ada disebabkan kejadian empangan 20 tahun lalu, ataupun proses pelepasan gas tektonik dari garis sesar ataupun garisan gempa bumi Terengganu," katanya ketika dihubungi hari ini "Kes semalam adalah kes yang pertama selepas tahun 80-an, dan kita akan bekerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian semalam," katanya lagi. Rosaidi berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana gempa bumi berskala 2.6 dianggap lemah. - Bernama 0 ulasan

Isnin, 8 Mac 2010

bharian: Terengganu bantu pelajar cacat pendengaran

KUALA TERENGGANU: Selepas berjaya membantu pelajar cacat penglihatan, kerajaan Terengganu kini memberi tumpuan kepada pelajar cacat pendengaran dan percakapan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata Jabatan Pelajaran telah diarahkan supaya mendaftarkan segera pelajar berkenaan sama ada untuk menjalani pembedahan atau diberi bantuan peralatan.

"Kita telah meminta Jabatan Pelajaran melaksanakan agenda ini serta merta dan kos pembedahan dan bantuan akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas Program Prihatinan Kerajaan Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Ahmad berkata, pada tahun lalu seramai enam pelajar yang menghadapi masalah penglihatan berjaya menjalani pembedahan di Hospital Mata Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur, dengan kos RM80,000 ditanggung oleh kerajaan negeri. - Bernama

(Sumber dari Berita Harian, 07/03/2010) 0 ulasan

Ahad, 21 Februari 2010

Jual keropok RM5,000 sehari

KUALA TERENGANU 17 Feb. - Cuti panjang sempena Tahun Baru Cina sejak Ahad lepas sehingga semalam membawa tuah kepada pengusaha keropok lekor Losong apabila kebanyakan mereka berjaya meraih hasil jualan sehingga RM5,000 sehari.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Keropok Losong (PPKL), Suhaimi Ali berkata, jualan semasa musim cuti baru-baru ini amat menggalakkan dengan kedatangan pelanggan yang begitu menggalakkan.

"Berbanding semasa wabak taun tiga bulan lepas, kami nak dapat RM1,000 sehari pun susah, namun alhamdulillah, semasa cuti Tahun Baru Cina ini pengunjung sentiasa penuh di gerai keropok kami," katanya di sini hari ini.

Suhaimi yang memiliki gerai keropok 'Warisan Losong' berkata, dianggarkan setiap pengunjung terutama dari luar Terengganu membelanjakan lebih RM100 untuk membeli keropok bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga sebagai buah tangan kepada saudara-mara serta rakan.

Menurutnya, dia mengupah seramai 12 orang pekerja dan menggunakan 500 kilogram ikan segar untuk menghasilkan keropok lekor setiap hari bagi menampung permintaan semasa musim cuti itu.

''Saya buka gerai daripada pukul 9.30 pagi hingga 9 malam dan kami menerima pengunjung tidak putus- putus," katanya.

Suhaimi berkata, orang ramai kini kembali meminati keropok lekor Terengganu selepas negeri itu tidak lagi dikaitkan dengan dengan wabak taun, sekali gus membuka lembaran baru kepada pengusaha keropok di negeri tersebut.

Selain di Losong, tinjuan Bernama di beberapa kawasan yang juga terkenal dengan keropok lekor seperti di Seberang Takir, Batu Rakit dan Pulau Kerengga sehingga petang semalam sesak dengan pembeli keropok dari luar Terengganu yang mengambil kesempatan membelinya sebagai buah tangan.

Seorang pembeli, Haryati Ismail, 32, dari Selayang, Selangor, berkata dia membelanjakan RM75 untuk membeli keropok lekor yang dipesan rakan sepejabat selepas mengetahui dia sekeluarga bercuti di negeri itu.

"Keropok lekor Terengganu istimewa dan lebih sedap kerana menggunakan lebih banyak ikan segar berbanding keropok lekor yang biasa kita makan di pasar malam yang ada di Selangor," katanya ketika ditemui. - BERNAMA

(Sumber dari Utusan Malaysia, 18/02/2010)
0 ulasan

Khamis, 11 Februari 2010

Mindcet anjur forum bina pemikiran kreatif, inovatif

Oleh Shaarani Ismail
shaarani@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Pusat Minda Besut (Mindcet) akan menganjurkan Forum Inovatif dan Pemikiran Kreatif Malaysia atau lebih dikenali sebagai (Mindcreate 2010) yang pertama seumpamanya dan mensasarkan penyertaan lebih 200 peserta membabitkan individu dari sektor korporat, pegawai kerajaan dan ahli akademik.

Forum itu akan dijalankan melalui pendekatan yang sedikit berbeza daripada mana-mana forum yang pernah dianjurkan kerana ia adalah bersifat interaktif dan memerlukan penyertaan daripada peserta untuk berkongsi idea.

Pengerusi Mindcet, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata penganjuran Mindcreate itu akan memfokuskan peranan teknologi pemikiran kreatif dan inovasi dalam pembangunan intelektual sebuah organisasi.

“Beberapa tokoh besar dalam industri dan korporat yang sudah berjaya melakukan pelbagai transformasi dalam organisasi mereka akan berkongsi pengalaman dan idea serta kepakaran mereka.

“Forum ini akan berlangsung mengikut format bual bicara iaitu lebih bersifat interaktif serta mengalu-alukan penyertaan dan maklum balas daripada peserta sepanjang program berlangsung,” katanya pada sidang media mengenai penganjuran forum itu di sini semalam.

Idris berkata, mana-mana peserta atau individu berminat untuk mengemukakan soalan berkaitan forum ini dengan lebih awal juga boleh melakukannya dengan menghantarnya melalui alamat emel di mindcreat2010@gmail.com atau melalui laman blog, www.mindcreate.blogspot.com.

Katanya, antara tokoh yang akan berkongsi idea dan pengalaman dalam program itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala; pemegang rekod Ingatan Asia, Lim Teck Hoe; Ketua Pegawai Eksekutif Skali.net, Tengku Farith Rithauddeen; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mimos Bhd, Datuk Abdul Wahab Abdullah serta Ketua Pegawai Eksekutif MOL Access Portal Bhd, Ganesh Kumar Bangah.

“Forum akan diadakan selama dua hari bermula 9 Mac ini di Hotel Prince, Kuala Lumpur akan dibahagikan kepada empat perbincangan utama iaitu Inovasi Minda, Inovasi Pemikiran, Inovasi Pemasaran dan Inovasi Perniagaan.

“Perasmian dan ucaptama akan disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili, manakala Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir akan menutup forum itu,” katanya.

Katanya, yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM1,900 seorang dan segala kutipan dan dana yang terkumpul melalui penganjuran itu akan disalurkan untuk tujuan pembangunan dan operasi Pusat Minda Besut.

(sumber dari Berita Harian, 09/02/2010)
0 ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...