Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Isnin, 20 Februari 2012

Resepi Ayam Berempah

Published with Blogger-droid v2.0.4
0 ulasan

Selasa, 14 Februari 2012

Resepi Mee Rebus Terengganu

Sedapnyer.... Yummy!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4
0 ulasan

Isnin, 19 September 2011

Resepi Kek Batik

Jam dah menunjukkan pukul 1.12 pagi. Tapi mata ni belum jugak mahu tidur. Tiba-tiba… Hati meronta-ronta nak makan kek batik! Aduhai… Tengah-tengah malam pergi ke dapur nak masak. Hahaha… Bawak sekali laptop ke dapur sebab google resepi. Hehehe… Beberapa resepi dapatku cari. Tapi resepi dia lain-lain.

Mujurlah aku ni ada analytical skills (kononnya), aku kira sukatan untuk aku makan seorang. Yelah… Duk bujang, tak baik membazir. Hua hua hua…

Resepi Kek Batik (untuk orang bujang):
  • 5 sudu besar - Buttercup – (aku guna soft daisy) ~ ini jer yang ada dalam peti ais
  • 2 sudu besar - Marjerin –  (sesaja nak perabiskan marjerin, nanti expired pulak)
  • 1/2 tin – Susu cair
  • 1/4 cawan - Gula (aku x suka manis, lagipun nanti nak tambah milo. Milo kan dah manis)
  • 7 sudu besar – Milo
  • 1 bar - coklat masakan (aku guna vanhoutten, kira kelas jugaklah ni)
  • 1 biji – Telur
  • 200gm – Biskut Marie (original)
Cara-cara:
  • Panaskan buttercup + marjerin dalam kuali
  • Bila dah cair, masukkan gula. Kacau
  • Masukkan coklat masakan yang telah dihiris halus (untuk mempercepatkan coklat cair)
  • Bila coklat masakan dah cair, masukkan milo. Kacau hingga sebati
  • Masukkan susu cair. Kacau hingga sebati
  • Lepas cam dah pekat sikit, masukkan telur. Kacau hingga likat
  • Padamkan api dan masukkan biskut marie
  • Kacau hingga sebati
  • Masukkan semua bahan tadi ke dalam loyang ke tupperware pun boleh
  • Tekan-tekan biar mampat. Bila sudah sejuk, masukkan ke dalam peti ais
Tarrra!!! Dah siap. Hehehe… Lagi best bila buat sendiri sebab kita boleh masukkan bahan-bahan yang kita suka. Kalau beli, mesti dia letak bahan-bahan yang murah. Sapa tak nak untung berniaga. Hehehe…

Selamat mencuba! Yummy………. Birthday cake



2 ulasan

Sabtu, 19 Februari 2011

beautiful lamb shanks | Jamie Oliver recipes

beautiful lamb shanks (Recipe by Jamie Oliver)

main courses | serves 4

image

This is a killer dinner! Rehydrating dried chillies in apple juice with raisins releases their heat and infuses them with a sticky sweetness that goes insanely well with lamb.

ingredients

• 2–3 smoked ancho chillies
• Large handful of raisins
• 285ml apple juice
• 4 lamb shanks
• Olive oil
• 3 medium red onions, finely chopped
• 8 garlic cloves, finely sliced
• 2–3 fresh red chillies of your choice, halved and deseeded
• 1 heaped tsp smoked paprika
• A few fresh bay leaves
3–4 rosemary sprigs
• 1 x 400g tin tomatoes
750ml chicken stock or water
• A dash of red wine vinegar
• Sliced red chillies and sliced garlic (optional)

1. Preheat your oven to full whack. Put the dried chillies, raisins and apple juice in a bowl then set aside. Put the lamb shanks in a roasting tray then rub all over with olive oil, sea salt and black pepper. Bang them in the oven for 20 minutes and, as they’re browning, get a casserole pan that will fit the shanks quite snugly – about 24cm in diameter and 10cm deep. Put it on a medium heat and add a lug of olive oil. Devote about 10 minutes to sweating off the onions, garlic, fresh chilli, smoked paprika, bay leaves and rosemary.

2. Once the onions have softened, put the rehydrated chillies and raisins into a food processor or liquidiser, along with any leftover apple juice, then blitz (feel free to sneak in a swig of red wine or bourbon here!) until you’ve got a paste. Stir this into your onions.

3. Take your shanks out of the oven and turn the temperature down to 140C/gas 1–1½. Add them to the casserole pan along with your tinned tomatoes and water or stock. Stir everything together, cover and put in the oven to stew for about 2½–3 hours. Top up with water or stock as you go. Once the meat is falling off the bone and the sauce is thick, take it out of the oven, have a taste and season with salt and pepper and a dash of vinegar. To give it a kick up the backside I like to finely chop up a garlic clove and a little fresh chilli then mash them with a pinch of salt and stir it through for an extra punch. Serve with steamed greens, mash, flatbread – whatever you fancy.

Recipe by Jamie Oliver, Photography by David Loftus

• from Jamie Magazine issue 7

beautiful lamb shanks | Jamie Oliver recipes

--------------

e.m.a.s.: Wow, it's so relishing delicious food!!! I should try to cook someday... Yummy.............. ^..^

0 ulasan

Rabu, 2 Februari 2011

Resepi Nasi Arab: Nasi Mandy

Petua chef:
* Pilih ayam segar untuk memastikan cita rasa seiring dengan resipi yang dihidangkan.
* Perap ayam dalam tempoh yang agak lama bagi menentukan ayam dan rempah-ratusnya mesra.
* Pastikan beras pilihan paling bermutu tinggi.


Bahan untuk memerap ayam:
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil jintan halus
1 sudu kecil kunyit kering
(Bahan di atas ini perlu dikisar halus)
1 biji lemon dibelah
2 labu bawang besar dipotong gelang
Sedikit safron
Rempah mandy secukupnya


Rempah mandy:
1 sudu kecil buah pala
2 sudu besar lada hitam
2 sudu besar buah pelaga
2 sudu besar bunga cengkih
1 sudu besar halia kering
4 helai daun bay (daun salam)
(Semua bahan ini perlu dikisar)


Rempah ratus:
4 sentimeter kulit kayu manis
5 helai daun bay
1 sentimeter buah pelaga
1 sentimeter lada hitam
1/2 sentimeter cengkih
1 1/2 sudu teh jintan putih
1sudu teh jintan manis
1/4 sudu teh serbuk limau kering (sedikit saja)
1/4 sudu teh serbuk limau
2 labu bawang besar untuk nasi
1 labu mayang - untuk digoreng


Cara penyediaan:
- Masukkan rempah-ratus ke dalam periuk berisi air. Biar hingga mendidih. Masukkan juga sedikit garam.

- Rendam beras sebelum dimasak. Keluarkan sebahagian air rebusan sebelum masukkan beras.

- Apabila sup hampir kering dan nasi hampir masak, tuangkan pewarna pada satu tempat dan jangan kacau. Masukkan lemak yang sudah diletakkan dalam kertas timah dengan membentuknya seperti mangkuk di tengah nasi dan tutup seketika.

- Apabila nasi sudah masak, keluarkan kertas timah dan masukkan bawang goreng dan gaul biar sebati.

(Sumber: Harian Metro)

0 ulasan

Ahad, 19 September 2010

RESEPI Kulit Tart

Kulit:
 cawan tepung gandum serbaguna
¼ sudu teh garam
2 sudu teh gula
120 gram mentega tanpa garam, didadu
1 biji kuning telur
4 sudu besar air ais

Cara:
1)       Campur semua bahan di dalam mesin pemproses makanan. Masukkan air ais dan pukul sehingga menjadi doh. Dinginkan doh di dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum dicanai dan lapiskan ke dalam acuan tart 20-cm.
2)       Cucuk-cucukkan dasar kulit tart, tutup dengan kertas timah, isi dengan kekacang dan bakar kosong pasa 175oC/350oF selama kira-kira 25 minit sehingga kuning keemasn dan betul-betul masak. Angkat kertas timah dan kekacang.

(Resepi Chef Wan)
0 ulasan

RESEPI Tart Buah-buahan

Kulit:
225 gram mentega tanpa garam
150 gram gula halus
3 biji telur
500 gram tepung roti

Cara:
1)       Putar mentega dan gula sehingga tidak berbintil-bintil. Masukkan telur sebiji demi sebiji, diikuti dengan tepung.
2)       Bulat-bulatkan doh, bungkus dengan plastik dan dinginkan dalam peti sejuk selama 2 jam. Canai dan lapiskan ke dalam acuan-acuan tart kecil.
3)       Bakar kosong, tutup dengan kertas timah dan isi kekacang, pada 175oC/350oF selama 10 minit sehingga kuning keemasan dan dasarnya kering. Angkat kertas timah dan kekacang. Sejukkan.

Krim Pastri:
2 cawan susu segar
1 sudu teh esen vanilla
4 biji kuning telur
125 gram gula halus
50 gram tepung jagung
100 gram mentega

Cara:
1)       Renihkan susu dan esen vanilla di dalam periuk.
2)       Di dalam mangkuk lain pukul kuning telur, gula dan tepung jagung sehingga tidak berbintil-bintil. Perlahan-perlahan masukkan campuran susu-esen vanilla.
3)       Tuang kastard semula ke dalam periuk dan masak di atas api kecil sehingga pekat dan berbuih. Masukkan mentega, kacau dan tutup api. Dinginkan dalam peti sejuk.

Untuk membuat tart buah-buahan anda memerlukan:
Sedikit coklat cair
Kulit tart
Krim pastri
Buah-buahan pilihan

Jem aprikot untuk mengglis

Cara:
1)       Sapu coklat cair di dasar kulit tart agar kulit tart tidak menjadi lembik setelah dibubuh krim.
2)       Paipkan krim pastri ke dalam kulit tart dan atur buah di atasnya, glis buah dengan jem aprikot yang dipanaskan dengan sedikit air agar buah kelihatan segar.

(Resepi Chef Wan)
0 ulasan

RESEPI Tart Badam Beraprikot

Kulit Badam:
350 gram mentega tanpa garam
125 gram gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
½ sudu teh esen badam
2 sudu besar badam hiris
500 gram tepung roti atau tepung gandum serbaguna

Cara:
1)       Putar mentega dengan gula sehingga tidak berbintil-bintil. Masukkan telur, esen vanilla, garam dan esen badam, satu per satu, diikuti dengan badam hiris dan tepung. Adun sehingga menjadi doh, bungkus dengan plastic dan dinginkan di dalam peti sejuk selama sejam sebelum dicanai.
2)       Canai doh dan lapiskan ke dalam acuan tart 22-cm. Cucuk-cucukkan doh dengan garfu, tutup dengan kertas timah dan bubuh kekacang atau beras di atasnya dan bakar kosong selama 25 minit pada 190oC/375oF sehingga kuning keemasan. Angkat kertas timah dan kekacang.

Inti:
4 biji telur, diasingkan kuning daripada putihnya
200 gram gula halus, dibahagi dua sama banyak
200 gram badam, dikisar halus-halus
200 gram mentega tanpa garam, dicairkan
340 gram aprikot dalam tin, dituskan

Gula serbuk untuk menabur
½ cawan badam hiris, dipanggang, untuk menghias

Cara:
1)       Pukul kuning telur dan separuh gula sampai pekat bak krim. Masukkan badam kisar dan mentega cair.
2)       Dalam mangkuk lain, enjut putih telur dan separuh lagi gula sehingga menjadi meringue yang gebu. Masukkan sedikt demi sedikit ke dalam adunan kuning telur, kaup dan balikkan.
3)       Atur separuh aprikot di dasar kulit tart dan tuang inti ke atasnya. Atur lagi separuh aprikot di atas inti sehingga menutupinya. Bakar pada 175oC/350oF selama 30 minit. Jika atas tart terlalu cepat perang, tutup dengan kertas timah. Sejukkan tart dan ayak gula serbuk ke atasnya. Hias dengan badam hiris.

(Resepi Chef Wan)
0 ulasan

RESEPI Tart Flaming Heart

Kulit Tart:
225 gram mentega tanpa garam
150 gram gula halus
3 biji telur
500 gram tepung roti

Cara:
1)       Putar mentega dengan gula sehingga tidak berbintil-bintil. Masukkan telur, sebiji demi sebiji, diikuti dengan tepung. Adun sehingga menjadi doh.
2)       Bulat-bulatkan doh dan bungkus dengan plastik. Dinginkan dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum dicanai untuk dilapiskan ke dalam acuan tart berbentuk hati 20-cm.
3)       Bakar kosong kulit tart, tutup dengan kertas timah dan bubuh kekacang di atasnya, pada 175oC/350oF selama 10 minit sehingga kuning keemasan dan dasarnya kering. Angkat kertas timah dan kekacang. Sejukkan.

Inti Tart:
½ cawan krim putar
1 resepi krim pastry
2 sudu besar jus oren

20 biji strawberi berukuran besar
2 sudu besar jem raspberi, dipanaskan dengan 1 sudu besar air

Cara:
1)       Sediakan kulit tart.
2)       Dengan mesin pengadun pukul krim putar sehingga kembang. Masukkan ke dalam krim pastri. Campur jus oren dan tuang ke dalam kulit tart. Atur strawberi di atasnya.
3)       Renihkan campuran jem dan air sehingga pekat dan sapu pada strawberi.

(Resepi Chef Wan)
0 ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...