Memaparkan catatan dengan label e.m.a.s. Compartment. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label e.m.a.s. Compartment. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Januari 2013

Pedihnya Rasa Ini ~ lagu setia hujung nyawa by fiq dan gjie

Betapa sakit perasaan di kala ini. Ya Allah, hanya kepada-Mu aku berharap.

Maha Suci Allah yang memakai akan kemuliaan dan berfirman dengan Dia.

Maha Suci Allah yang bersifat dengan kebesaran dan kemurahan.

Maha Suci Allah yang menghinggakan bilangan tiap-tiap sesuatu dengan ilmu-Nya.

Maha Suci Allah yang tiada sayugialah bertasbih, selain untuk-Nya.

Maha Suci Allah yang mempunyai nikmat dan kurnia.

Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kekuasaan.

Aku memohon kepada-Mu Ya Allah, dengan segala tempat kemuliaan dari Arash-Mu, dengan rahmat yang setingginya dari Kitab-Mu, dengan nama-Mu yang Maha Agung. Kesungguhan-Mu yang Maha Tinggi, dan kalimat-kalimat-Mu yang sempurna lagi dilengkapi, yang tidak melampaui bagi orang yang berbuat kebaikan dan yang berbuat kejahatan.

Ya Allah, anugerahkanlah rahmat kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan keluarga Baginda Rasullullah. Dengan syafaat Baginda Rasulullah, kurniakanlah hajat ini Ya Allah….

1 ulasan

Jumaat, 18 Januari 2013

Doa Untuk Melupakan Sesuatu

Ya Allah, hanya kepada-Mu sahaja aku mengharap. Perkenankan lah doaku ini. Amin...
0 ulasan

Rabu, 9 Januari 2013

Bunga Ros Felt e.m.a.s.

Roses Felt Flower

Over the weekend, I made this rose felt flower. Sesaja nak gedik2, kut2 lah boleh buat a very sweet wedding roses flower bouquet. Hehehe.. Payah jugak nak buat ni, seriously ambil masa sangat2 per bud. e.m.a.s. tak guna gam tetapi jahit sepanjang gulungan. Its really made me proud when I did it well. Hehe… Tetapi sewaktu e.m.a.s. menerima satu berita yang menyakitkan, e.m.a.s. terus simpan semua itu. Remuk hati e.m.a.s…

Di mana nak dapatkan kain felt? Banyak sangat di Kuala Lumpur ni. e.m.a.s. beli di Semua House, Masjid Jamek di tingkat lower ground floor dan tingkat 6.

e.m.a.s. ada singgah di bangunan Minlon, Seri Kembangan. Memanglah ada kain felt kat sini tapi lain harganya. Rupa2nya ada dari China, dari Taiwan… Jenis dia pun berbeza2. Jadi kepada sesiapa yang berminat nak dapatkan kain ni, pastikan ia bersesuaian dengan keinginan semua. Rupa2nya kain selimut pun adalah dari kain felt. holla…

Have fun semua. Selamat berusaha! Smile

0 ulasan

Rabu, 28 November 2012

Ohh pengguna jalan raya di putrajaya @27.Nov.2012

Hari ni lepas habis tugasan di cyberjaya, cadangnya nak ke mydin di Presint Diplomatik, Putrajaya. Cadangnya nak cari mop lantai. Mop lantai yang sedia ada, satu batangnya dah reput dan satu lagi tercabut pemegang rambut mop. Huhu... Nampak gayanya memang duk raih pengalaman membeli dan menggunakan mop ni. Kikiki...

Tapi apa yang nak diluahkan ini ialah mengenai pemandu di putrajaya. Emas x nak lah assume, tapi kebanyakan pemandu yang sedang odw balik tu peratusan tertinggi adalah penjawat awam. Nak diceterakan adalah masa emas bagi signal nak ke kiri, sebuah kereta ni langsung x nak peluang kt emas. Emas cuba lagi... Masa ni trafik boleh tahan sesak jugaklah sebab masa balik keje. Pemandu tu perempuan. Amboi... Beberapa kali emas cuba nak ke kiri, bagi signal, kereta kt sebelah masih x nak kasi. Hehehe... Yang lucunya, lane pemandu ni ada 2 buah kereta rosak. Ohhh tahu pulak dia nak masuk lane emas. Emas ingat dia x tahu nak belok!! Keras betul hati pemandu di Putrajaya yang menyumbang kepada stastistik etika pemandu Malaysia. Agaknya belum cukup lagi usaha2 perkhidmatan awam untuk mewujudkan penjawat awam yang berkualiti nih. Yelah... Di jalan raya kurang adabnya... Ha!! X sebut lagi pasal tandas! Rakyat Malaysia, come on lah, remember "what you give you get back!" "What goes around will comes around!"

Akhirnya emas g mini market depan rumah jer beli mop. Hehe... Mujur jumpa jugak. Susah2 nanti hire jer robot unt bersihkan rumah. Alamakkk x cairlah lemak nanti. Kiki...

0 ulasan

Selasa, 27 November 2012

Merlin oh Merlin @26.11.2012 (Monday)

Huh, 2 jam tayangan merlin malam ni di tv3. Dan 2x jugaklah aku ttdo. Hehe... Kuat betul semangat aku nk ikuti series. Tapi... Semakin lama dh semakin boring dh. Still jugak ahli sihir nak serang dan nak jatuhkan camelot. Hehe... Berdendam segala bagai. Bila nk ada rhythm baru ni... Ohhh... I miss prison break so much...
0 ulasan

Rabu, 21 November 2012

21.Nov.2012 (Rabu) ~ Aku Bangkit

5.22 p.m.: Aku dalam discussion dan berkesempatan untuk mengetik keypad phone untuk kemaskini blog.

Aku akan bangkit!


0 ulasan

Isnin, 29 Oktober 2012

@Secret Recipe, Presint Diplomatic ~ 29 Oct 2012, 7.00 pm

Just drop by to taste a slice of cheese cake. After finished a resberry cheese, my 'beautiful heart' suddenly order additional dinner ~ chicken gordon bleu and cuppucino expresso. Ahaaa!!!


0 ulasan

Ahad, 16 September 2012

What you doing on weekend? @16 September 2012 (Sunday)

Ngantuknyer lah... Dah puas bersengkang mata. Tapi masih kalah. Keje banyak lg x siap ni... 1 more day to go. Dokumen2 oh dokumen...

Selamat Hari Malaysia.. Alhamdulillah

0 ulasan

Sabtu, 18 Ogos 2012

Ramadhan Hari Ke-29

Tekak yang berkahak ni betul2 rasa kering sangat2. Ermm... Teringin nak minum sirap pandan sejuk. Erm... Sedapnyer...

Jalan Sekolah, Kampung Kubang Putat, 23050 Dungun, Terengganu, Malaysia http://m.google.co.uk/u/m/d6kjIe

0 ulasan

Rabu, 1 Ogos 2012

31 julai 2012, 10.15 pm ~ sedihnyer spek mata patah.... Sob sob sob

0 ulasan

Cerita Ramadhan Hari Kesebelas

I sedikit kecewa sebab I terkena nature. Umat islam yang lain tengah memeriahkan ibadah, I pulak tak normal untuk buat seperti mereka.

Tengah hari ni I ke cafe, aikkk ader lelaki-lelaki yang beli makanan. Bukan nak tapau ni, siap bubuh kuah lagi. Senduk dan ceduk. Apalah erti kekuatan seorang lelaki kalau tak dapat bertahan dalam menunaikan ibadah puasa? Si penjual tu boleh pulak jual kat mereka, siap buat air lagi tu. Macam bersubahat dalam menyokong orang tak amanah kepada Allah ni.


0 ulasan

Cerita Ramadhan Hari Kesepuluh

Hari ini 30 Julai 2012 (isnin). I ambil cuti rehat tahunan semata-mata nak ke balai polis bukit aman. Nak pergi runding pasal saman I. Sesampai I kat sana, cuma I jer yang berbeza jenis. Yang lain semua lelaki, mereka agaknya pelik ada perempuan datang kut. Tapi menghampakan sebab kaunter saman trafik tu tak membantu. Sepatutnya kaunter trafik tu bagi I option, ini tidak. Agaknya core business polis ni untuk caj rakyat kut.. Cari income sendiri sebagai sumber kerajaan. I pun terkeluar bahasa yang bertaraf rendah jugalah sebab geram. Duit collection tu selepas rakyat maki, berkah ke untuk menjadi sebuah pendapatan kepada sebuah negara Islam. Adakah dengan cara denda dapat didik rakyat lebih berhemah? Tapi pemandu yang berduit "ada mereka kisah?". Jadi dalam kes ni masih tak dapat membentuk rakyat Malaysia untuk beradab semasa memandu.

 Lepas kes I masih tak dapat diselesaikan, plan asal nak pergi baiki wiwi yang tercungap-cungap bila drive. Kesian wiwi, mama sakit belakang, wiwi pulak terkedek-kedek kesakitan. Erm.. Parking di lrt sentul dan ambil star train ke monorail Titiwangsa. Sesaja nak cari mood lepas berangin semacam dengan trafik PDRM. Chow kit I jejaki lagi selepas 10 tahun lepas I pergi dengan RA. I masih ingat lagi RA temankan I cari baju raya untuk adik-adik. Masa tu RA dan I telah pilih sepasang baju melayu untu abang yu, warna coklat. Cuaca panas terik waktu tu, I pulak haus sangat-sangat sebab pengecualian bagi yang tak diwajibkan berpuasa. RA kesiankan I dan dia belikan I minuman. Dia cover I masa minum kt stesen monorail. Dah 10 tahun berlalu... Dia dah pergi dulu dari I. RA adalah seorang sahabat I yang terbaik. Semoga Allah menempatkan RA di kalangan ahli syurga. Amin...

I jalan sikit sahaja dari stesen monorail tu. Naik seriau bila tengok keadaan masyarakat sekitar, ditambah lagi dengan imbasan cerita chow kit yang I tengok di wayang. I naik jejantas yang memisahkan dua jalan, I tengok ada orang tidur. Dalam debar tu sempat lagi I pandang muka dia. Nak kata tua, tak lah tua sangat. Kesian dengan mereka.. Sia-sia sahaja usia mereka terbaring di laluan pejalan kaki. Terlintas kat hati kecil I ni; kerajaan tak ambil tindakan ke nak tanggani semua ni. Yelah, I faham juga kalau tenaga penjawat awam tak mampu nak tackle dan handle secara menyeluruh. Erm... Kesian. Jika begini masyarakat di chow kit sekarang, bagaimana sikit masa nanti? Akan datang?

Ramai foreigner di chow kit. Ada yang bertenggekan di tangga jejantas. Dah lah jejantas tu kotor, eeee tak geli ke mereka? Erm... Ini juga mungkin punca pukau. Seriau... Lepas I masuk 1 pasar raya, tak dapat apa yang I nak, I keluar untuk balik. Kakak jurujual cakap, boleh ke the mall pwtc dengan berjalan kaki jer. Around 10-20 minit jika berjalan. Why not I give a try to get some different view of looking something. I masih ingat lagi pesan arwah pensyarah I, En. Zubir Ali; untuk menghasilkan sebuah puisi, pandanglah alam dari sudut yang berbeza. Ini adalah ajarannya yang paling I ingat. Dalam perjalanan ke the mall, I ditegur oleh beberapa lelaki "nak beli emas,kak?". I pandang dia dan senyum menggeleng sebelum cepat-cepat bertatih pergi. Seriau ni, muka cam gengster. Tapi adakah mereka memilih pekerjaan itu atau mereka tak ada pilihan? Menyesal jugak hari itu I pakai kain sebab terpaksa melangkah kecil, tapi I tengah dalam proses untuk muhasabah diri secara total sebagai "muslimah yang menjaga aurat". Masa berjalan tu juga I tengok lelaki-lelaki berkerumum di kedai tv gigih menonton video perempuan loghat kelantan dangdut berpakaian skirt pendek. Waduh-waduh hilang keberkatan ramadhan.. Erm, lalai lagi.

Nothing much in mall coz everything with the impressive price! Super mahal!!! I pun terpikat juga dekat I handbag, cuma rm770.00 jer. Mahal betul!!! Cuma I dapat puji kehalusan reka bentuk jer lah, bukan layak I untuk beli. I lebih teringin ziarah ke baitullah. Rindulah.. Bilalah I dapat mengunjungi mekah dan madinah, menelusuri tapak-tapak langkah idola I. Pusing-pusing kat the mall, belum habis lagi destinasi I. I ke sogo pula naik star lrt dari pwtc ke bandaraya. Aikk betul ke bandaraya ni? Cam pelik jer sekitarnya. Hehehe... Ini lah pandangan berbeza atau sebelum ni I terlepas pandang? As per my expected, no value for money! 

Mulalah terlintas fikiran kotor kat kepala I. Bank Rakyat dapat bonus 12 bulan tak sebising kerajaan. Kerajaan bagi bonus setengah bulan pun dah bergegar bumi malaysia ni. Mulalah harga barang naik. I rasa ketara sangat kenaikan harga barang ni. Islam ajar kalau buat baik tak yah heboh-heboh, itu namanya riak! Gaji naik rm100, barang naik rm300!! Kesian kat rakyat bagi golongan yang kurang berkemampuan. Buat perbandingan kedai kasut BATA jer lah. Kalau beberapa bulan lepas, harga sepasang sandal rm35, tapi hari ni rm65!! Mungkin material lain kut? Hahaha... I dah pusing seluruh kedai, itu harga minimum kut. Parah betul. Tapi biar semua rakyat mogok tak beli, lepas tu akan ada lambakan barang di pasaran, masa tu harga akan jatuh. Hehehe... BATA ni tak nak buat CSR ke? Bagi kasut-kasut percuma kat rakyat berpendapatan bawab rm1500? Hahaha.. I nak offer diri jadi penyumbang tenaga ni. Hehehe...

Masa jalan-jalan di sogo juga, I terserap dengan pasangan bekeluarga yang shopping sama-sama. Lepas ni I nak duduk rumah jer, tak nak keluar dah. Hehehe. I terpandang juga sepasang suami isteri yang dah veteren tengah membelek handbag, tersenyum I sorang-sorang, they are so sweet:-)

Lepas tu I ke kedai kain. Plan nak cari kain nak jahitkan family tudung special, maria eisya hand made. Hehehe... Tak jumpa seperti I nak, arrange kemudianlah. Sorry adik-adik, terpaksa buat recovery plan. Hehehe... Tetiba hujan turun. Kalau I berlari ke lrt masjid jamek, I kene tempuhi lautan manusia. I patah balik ke lrt bandaraya sesambil main hujan. Hehehe... 

Alhamdulillah, on the way drive to putrajaya. The safety place from semua-semua ni. Hehehe tak larat nak perjelaskan lagi. Untuk hindari kesesakan, ambil mex jer. Alhamdulillah, dah sampai rumah. Usai lah sudah cerita bercuti untuk membayar saman trafik di bukit aman. Status: belum selesai!



0 ulasan

Cerita Ramadhan Hari Kesembilan

Sesambil driving ke saujana impian, kajang, terdengar senda gurau seorang ustaz dalam program addaurah di corong radio ikimfm. Katanya ikut gurau orang tua-tua:

"Kalau seorang suami nak jadi wali cepat, cari lah seorang isteri yang suka membebel. Setiap kali isterinya membebel, si suami akan berzikir panjang."

Senda ustaz ni buat I tersengih-sengih sorang diri. Hehehe... Cara ustaz yang sopan menukil kata dan bersenda.

So ada sesiapa nak jadi wali tak? Hahaha
0 ulasan

Cerita Ramadhan Hari Kelapan

Hari rasa berat kaki nak bergerak. Hati pun bukan main malas lagi. Erm... Tapi kena keluar jugak sebab nak pergi maxis centre. Semalam pergi sebelum berbuka, sistem down. Jadi terpaksa gagahkan fizikal dan mental untuk keluar dari rumah lebah. Lepas tu ke celcom centre nak sign-up package, tp celcom booth tu mintak pergi centre. Payahnya...!!! Camner ni. Kalau orang gomen tak flexy, dituduh-tuduhnya. Tapi bagi I lah, syarikat monopoli camni lah ~ menjengkelkan. Oppsss bulan puasa ni sempat mengutuk jugak. Tak apa kut, x salah kut sebab kutuk perniagaan. Hehehe.. Inilah yang dinamakan orthodox business, bukan nak sesuaikan dengan business not as usual. Kikiki.. geram jugak sebab servis yang I kutuk ni lah yang I terpaksa guna. Puas I komen kat helpdesk, langsung diorang tak balas. Menjengkelkan betul si maxis dan celcom ni! 

Alang-alang kat alamanda ni nak buat ape ek. Cari muhasabah diri sikit dalam diri orang lain. Baiklah, kita tengok ice age 4! Walau wayang dah start jam 430, tp I beli jugak tiket walau waktu dah menghampiri jam 5. I jatuh cinta dengan cerita ini sebab ia disulami dengan nilai-nilai murni. Ada perasaan berkasih sayang di kalangan warga hutan. Suka tengok gajah besar tu. Kali ni tengok anak perempuan gajah besar tu dah remaja. Cycle of life :-) Wayang habis jam 6 lebih sikit camtu, cepat-cepat balik rumah untuk berbuka. Jom terawih!! Jangan ulangi kelalaian ramadhan yang lepas. Semoga ramadhan kali ini diberkati oleh Allah dan ramadhan terbaik berbanding tahun-tahun yang lepas. Amin...
0 ulasan

Jumaat, 27 Julai 2012

Kenapa I suka blogging?

Sebabnya: 

¤ Senang nak access dan post dari android smartphone. 

¤ Nak cek drama sekarang pada masa akan datang. 

¤ Nak bertatih-tatih menulis, manalah tahu boleh jadi penulis profesional nanti. 

¤ Sharing is caring;-)
0 ulasan

Cerita Ramadhan Hari Keenam

Hari ni rasa penatnyer lah... Rushing with early meeting and raised up with a few new things that urgently need to response. Dah lah badan tak berapa sihat. Sakit belakang dan pinggang menggigit2. Tapi saya masih ingat lagi perbualan dengan teman sayang. Katanya tak apa lah sakit pun, sakit kan penghapus dosa. Insya-Allah, semoga Allah menghapuskan segala dosa-dosa saya. Amien...

Hari ni saya ada rawatan akupuntur kali ke-5 di Hospital Putrajaya. Masa kena cucuk jarum tu entahlah tak tahu nak describe. Pengamal perubatan tu akan tanya, "rasa ke tak?" Kalau tak rasa, dia akan cucuk lagi bagi rasa. Sampai rasa kebas dan sengal masa kene cucuk. Mujur pengamal perubatan dan nurse kat situ mesra dan buat keje betul-betul. Hehehe... Cuma jam baru nak hampir pukul 5, mereka dah bersiap-siap nak balik dah.

Ada lagi sesi seterusnya bila badan saya dah rasa ok sikit dengan rawatan tu. Tapi boss dah bising dah, asyik mintak keluar untuk buat rawatan jer. Erm... Tak tahulah, saya dibayar untuk bekerja, tapi waktu kerja saya kadang2 melebihi waktu punch out. Tapi adakah majikan concern betapa sakitnya yang saya sedang tanggung. Nak tarik pintu untuk bukak pintu pun, tangan ni tak berdaya, apatah lagi nak angkat berat. Alhamdulillah, Allah dah bagi banyak nikmat kepada saya. Sebelum saya sakit macam sekarang, berat2 tu remeh jer bagi saya, akan saya usaha sedaya tenaga. Tapi sekarang... :-)

Hari ni ramadhan ke-6. Nak masak pun rasa berat jer. Erm... Beli nasi kerabu kosong kat bawah rumah lebah, tengok lauk tak ada selera. Tapi tak lengkap ni, kena ada lauk jugak. Erm... Ikan aye ada dalam peti ais, buat kuah singgang dan goreng sayur jer lah.. Tarra!! Dah siap. Sambil memasak sambil loud speaker dengan mak sue...

Ya Allah, semoga ramadhan saya kali ini adalah yang terbaik dari sebelum ini. Amien... :-)



0 ulasan

Selasa, 24 Julai 2012

Cerita Ramadhan Hari Ketiga

Erm.... Harumnya bau puding karemel. Duk rumah lebah camni lah, berkongsi bau masakan jiran. Entah rumah sapalah tu. Kalau kat kampung, jika duk berjiran yang rapat, dapatlah juga merasa. Hehe...

Berbuka hari ke-3, kita masak spaghetti jer lah. Alhamdulillah, tak boleh teringin nak makan macam-macam, nanti membazir. Cukuplah 1-2 lauk... Tarra!!! Spaghetti dah masak...

Lepas tu masak roti john guna roti gardenia. Tarra!!! Roti john dah masak.

Lepas berbuka dan solat maghrib, duk tunggu azan isyak dari surau bawah rumah. Aduhai... Daku tertidur... Uwaaa... Terbangun jam 10 lebih. Surau kat bawah masih ada sesi tazkirah sebelum dilanjutkan dengan solat terawih 4 rakaat. Entahlah badan ni penat sangat kut dengan motivasi diri yang sedikit tak konsisten. Daku yang masih berkelubung dengan telekung terus masuk ke bilik untuk menyambung lena yang tak berlayar. Hehehe. Insya-Allah daku akan bangun untuk menunaikan kewajipanku waktu sahur nanti. Semoga ramadhanku kali ini adalah yang terbaik dari yang sebelum ini. Amin...



0 ulasan

Isnin, 23 Julai 2012

Resepi chicken cordon bleu (ayam panggang berkeju)

Teringin nak makan chicken cordon bleu. Cuba google resepi, dapatlah jugak tapi nak cari serbuk rotilah pulak. Semalam tanya kat sebuah mini market ni, tapi tak der. So option lain ialah panggang ayam berkeju. Hehe...

Sebab last minute tak sampai sejam nak berbuka, potong ayam ambil bahagian dada dan buat torehan untuk sumbat keju. Nak panggang ayam ni main letak jer bahan yang ada unt perap ayam macam ketumbar, halia, lengkuas dan rosemery. Kiki... Hentam jer lah..

Lepas tu panggang ayam dalam oven dengan suhu 230'c selama 30 minit.

Azan maghrib berkumandang, tarra!! Mujur ayam panggang keju I sempat masak. Hehehe... Sambil tunggu ayam panggang keju masak, sempat buat roti john. Alhamdulillah juadah berbuka untuk hari ini..


0 ulasan

Ahad, 22 Julai 2012

My Second Day of Fasting -- 2012

Insya-Allah, hari ni adalah hari ke-2 berpuasa Alhamdulillah, lepas bangun sahur tadi terus bertahan untuk selesaikan urusan harian. Kalau tak selalunya dah pengsan dah lepas subuh. Alhamdulillah, banyak perkara boleh buat kalau kurangkan tidur ni. Hehehe… Yelah, pandai jer cakap, tapi nak buat tu yang payah. Mujur mata ni keras pagi hari ni.

Hari ni nak berbuka apa ek? Erm… Semalam dah masak dan makan sampai cam ulaq sawa yang kekenyangan. Ader ke patut… Sebelum puasa cadang nak makan yang ringan-ringan jer, tapi saya dah mungkiri janji yang saya buat. Hari ni nak masak Chicken Cordon Bleu rasanya… Tapi serbuk roti tak ader. Hehehe… Jom kita modify resepi dan tengok apa yang dijual kat kedai.

Alhamdulillah juga sebab hari pertama berbuka ada sahabat baik yang menemani. Terima kasih sahabat… SmileHari kedua, alah… Bukan juadah berbuka yang utama, tapi kesihatan diri untuk terus beribadah dan mengejar keberkatan Ramadhan adalah yang paling utama. Ya Allah, masukkan hamba-Mu ini di kalangan orang-orang yang beriman kepada-Mu iaitu di kalangan ahli syurga. Amin… Teringin nak masuk syurga walau tahu diri ini tak layak. Kenapa nak pilih neraka sedangkan kita adalah pilihan ke syurga kan? Smile


0 ulasan

Jumaat, 20 Julai 2012

Ramadhan Kareem @ Putrajaya

Berakhirnya syaaban dan bermulanya ramadhan. Solat terawih pertama di Masjid Tuanku Mizan. Alhamdulillah, ramai betul jemaah yang hadir, hinggakan kenderaan parking 3 layer lagi. Bila melangkah masuk ke dewan solat, melimpah dengan jemaah. Alhamdulillah

0 ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...