(Sumber dari Berita Harian, 2010/03/31)
KUALA LUMPUR: Kejayaan Model Ekonomi Baru (MEB) bergantung kepada pelaksanaan dan dan siapa yang akan melaksanakannya, kata Presiden dan Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak.
Beliau berkata, seperti yang dijelaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, matlamat MEB bertujuan menjadikan Malaysia sebagai ekonomi maju dan berdaya saing dengan rakyatnya menikmati kualiti hidup tinggi serta berpendapatan tinggi hasil pertumbuhan yang inklusif dan mampan.
"MEB bagaimanapun belum lengkap dan akan ada fasa kedua. Namun, MEB adalah sesuatu yang seharusnya memberi kesan positif untuk pasaran modal. Suruhanjaya Sekuriti (SC) tidak mengeluarkan sebarang garis panduan mengenainya, tetapi ia mengeluarkan peraturan baru dan dokumen untuk dirundingkan," katanya.
Nazir berkata, buat masa ini masih terlalu awal untuk melihat kesan MEB terhadap pasaran modal tetapi beliau memuji tindakan SC yang membuat tinjauan awal terhadap perkembangan awal mengenai industri.
Presiden dan Ketua Eksekutif Malayan Banking Bhd (Maybank), Datuk Seri Abdul Wahid Omar, pula berkata industri kewangan akan terus memainkan peranan dalam menjayakan MEB dengan menawarkan perkhidmatan kewangan yang lebih baik sejajar pencapaian cemerlang peningkatan jumlah aset oleh bank.
Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM), berkata setakat ini bank di Malaysia telah mencapai pertumbuhan 9.1 peratus dan rakyat akan terus mendapat faedah daripada pertumbuhan pinjaman yang dicatatkan oleh bank.
Katanya, pendekatan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) merangka MEB adalah untuk memberi peluang berinteraksi dengan orang ramai dan kerajaan akan mempertimbangkan pendapat rakyat.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng, berkata amanat MEB menggariskan dasar yang menyeluruh dan disusun teliti bagi mencarta hala tuju lanskap sosioekonomi baru yang sesuai untuk negara dan dunia.

0 ulasan:
Catat Ulasan