(Sumber dari Berita Harian, 2010/03/26)
DARIPADA Anas, katanya: “Aku berjalan bersama Rasulullah SAW. Baginda memakai selendang kasar tepinya buatan Najran. Baginda bertemu seorang Arab badwi lalu direntapnya selendang Baginda dengan rentapan yang kasar sehingga aku melihat kesan di tengkuk Baginda akibat rentapan itu.
Kemudian orang Arab itu berkata: Wahai Muhammad perintahkanlah supaya diberikan kepadaku daripada harta Allah apa yang ada pada kamu. Maka Rasulullah SAW berpaling kepadanya sambil ketawa. Kemudian Baginda memerintahkan supaya diberikan sedekah kepadanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW adalah seorang yang pemaaf dan tidak suka membalas dendam serta tidak mudah marah. Umat Islam hendaklah mencontohi sifat mulia mempunyai nilai kebaikan tinggi yang akan menimbulkan kesedaran kepada orang lain yang menerimanya.
Islam menggalakkan umatnya bertindak dengan cara bijaksana apabila berhadapan golongan jahil dan hendaklah menunjukkan sikap lemah lembut supaya dapat menarik hati mereka kepada Islam.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Label:
Agama
Jumaat, 26 Mac 2010
bharian: Bersikap lembut daya tarikan terhadap Islam
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Jumaat, Mac 26, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan