Ahad, 28 Mac 2010

bharian: Data kekayaan rakyat akan dikemaskini: TPM

(Sumber dari Berita Harian, 2010/03/28)

GENTING HIGHLANDS: Kerajaan akan mengemaskini data dan peratusan kekayaan yang dimiliki oleh setiap kaum di negara ini bagi menilai prestasi pencapaian rakyat dalam bidang ekonomi dan sosial, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Data memang ada, mungkin kita perlu kemaskinikan kalau ada pihak mengatakan bahawa orang Melayu membolot kekayaan. Mengikut rekod yang kita dapati hari ini sebahagian besar kekayaan dalam negara kita berdasarkan kepada usaha yang dibuat oleh kaum tertentu dikuasai oleh bukan Melayu," katanya.



Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika diminta mengulas mengenai cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, supaya satu bancian komprehensif dibuat bagi mendapatkan kebenaran berhubung pelbagai tuduhan, kononnya orang Melayu membolot segala-segalanya, selepas menutup Konvensyen Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kebangsaan 2010 di Institut Aminuddin Baki di sini hari ini. Muhyiddin berkata, kerajaan akan menjalankan kajian mengenai kekayaan yang dimiliki setiap rakyat di negara ini jika difikirkan sesuai.

"Kita ambil perhatian perkara ini, dahulu disebut pasal Dasar Ekonomi Baru (DEB), waktu itu kita sasarkan 30 peratus kekayaan di Malaysia dimiliki oleh kaum Bumiputera, tetapi jelas terbukti sampai hari ini kita tidak sampai ke sasaran itu.

"Sedangkan peratusan sasaran ekonomi kepada bukan Melayu meningkat terutamanya kaum Cina. Kita mesti ada pendekatan dari segi nak melayan semua kelompok di negara ini, kita mesti usahakan supaya lebih baik," katanya.

Mengulas mengenai kempen Earth Hour selam satu jam semalam, Muhyiddin berkata ia adalah satu inisiatif global yang memberi kesedaran kepada penduduk dunia terhadap alam sekitar. - Bernama

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...