Isnin, 22 Mac 2010

bharian: Gadis Kemboja dilarang kahwin lelaki Korea

(Sumber dari Berita Harian, 2010/03/21)

PHNOM PENH: Kemboja semalam mengeluarkan perintah sementara melarang wanita negara itu daripada mengahwini lelaki dari Korea Selatan, berikutan kebimbangan mengenai kemungkinan wujudnya sindiket perdagangan manusia, kata pegawai.

Jurucakap kerajaan, Koy Kuong berkata larangan itu dikeluarkan selepas polis menahan seorang wanita yang menipu 25 gadis dari kawasan luar bandar untuk berkahwin dengan lelaki Korea Selatan. Gadis berkenaan membayar sejumlah wang kepada wanita itu.

“Perbuatan ini adalah satu bentuk perdagangan wanita dan kanak-kanak,” katanya yang menambah, mahkamah Kemboja menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas wanita berkenaan. Koy Kuong berkata, kedutaan Korea Selatan di Phnom Penh sudah dimaklumkan mengenai larangan sementara itu. – Reuters

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...