Oleh Mohd Feroz Abu Bakar
CHEMOR: Kerajaan akan memastikan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai pertengahan tahun depan tidak menyebabkan pengguna membayar cukai berganda sebanyak 16 peratus dan mengakibatkan inflasi berlebihan.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata GST adalah cukai nilai-tambah (VAT) dan rantaian pengeluar-pembekal-peruncit hanya boleh mengenakan cukai empat peratus ke atas keuntungan yang diambilnya.
Beliau berkata, peruncit kemudian hanya dibenar mengenakan cukai empat peratus kepada pengguna daripada kadar keuntungannya, bukan kos keseluruhan daripada rantaian pengeluar-pembekal-peruncit.
"Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan membentangkan Akta Antikeuntungan Berlebihan bulan ini untuk membolehkan kita mengawal daripada pengeluar mengambil keuntungan berlebihan ke atas pembekal, seterusnya pembekal ke atas peruncit dan peruncit ke atas pengguna.
"Jika tidak, pengguna akan membayar cukai 16 peratus daripada kos asal pengeluar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Komuniti 1Malaysia di sini hari ini.
Ahmad Husni berkata, GST juga dikecualikan ke atas 40 barang keperluan membabitkan makanan, kediaman, pendidikan, perkhidmatan kesihatan, pengangkutan awam dan penggunaan domestik bekalan air dan elektrik, ke satu tahap tertentu.
(Sumber dari Berita Harian, 07/03/2010)
Label:
Malaysiaku
Isnin, 8 Mac 2010
bharian: GST: Kerajaan jamin tiada cukai berganda, inflasi
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Isnin, Mac 08, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan