(Sumber dari Berita Harian, 2010/03/11)
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluluskan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Strategi dan Kepemimpinan Asia (Asli), Datuk Dr Michael Yeoh sebagai wakil Malaysia dalam Pasukan Petugas Peringkat Tinggi Asean mengenai Perhubungan yang baru ditubuhkan.
Kenyataan Asli yang dikeluarkan di sini semalam, menyatakan pasukan petugas itu ditubuhkan untuk membangunkan Pelan Induk Asean mengenai Perhubungan Serantau yang akan dibentangkan kepada pemimpin-pemimpin Asean pada mesyuarat ke-17 Ketua Negara dan Kerajaan Asean di Hanoi, Vietnam.
“Pasukan itu yang bertemu di Hanoi hari ini (semalam) dan esok (hari ini), memberi penekanan untuk mengukuhkan perhubungan antara Asean. “Ia menyarankan pembiayaan prasarana inovatif dan menimbangkan mekanisme perundangan dan institusi untuk menggunakan perhubungan Asean secara efektif,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Yeoh berkata, ia adalah penghormatan baginya terutama apabila wakil negara Asean lain ialah menteri kanan, timbalan menteri, ketua setiausaha dan duta. – Bernama
Label:
Malaysiaku
Khamis, 11 Mac 2010
bharian: CEO Asli dipilih wakil pasukan petugas Asean
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Khamis, Mac 11, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan