Khamis, 4 Mac 2010

utusan: Malaysia sasar lima destinasi pilihan terunggul

KUCHING 2 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Malaysia muncul sebagai salah sebuah daripada lima negara yang menjadi destinasi utama pasaran mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE) di rantau Asia Pasifik menjelang 2015.

Najib berkata, negara ini memiliki ramuan serta kelebihan untuk mencapai hasrat tersebut terutamanya dari segi peningkatan kebolehan, penetapan harga kompetitif, infrastruktur terkini serta moden, kepakaran profesional di samping tarikan pelbagai budaya.

Menurut beliau, untuk kekal kompetitif, negara ini memerlukan usaha sama antara kerajaan dan industri dalam membida serta menjamin acara- acara utama selain menjayakan penganjuran apabila dibuat di negara ini.

“Kerajaan menyedari bahawa Malaysia memerlukan pelaburan-pelaburan selanjutnya dalam industri ini terutamanya dari segi pemasaran serta sokongan terhadap program MICE,” katanya ketika berucap merasmikan Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, malam ini.

Perdana Menteri berkata, berdasarkan statistik Persatuan Konvensyen dan Kongres Antarabangsa (ICCA) pada 2008, Malaysia berada pada kedudukan ke-32 dunia dan kelapan di rantau Asia Pasifik bagi jumlah mesyuarat persatuan yang telah diadakan di negara ini.

(Sumber dari Utusan Malaysia, 03/03/2010)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...