Menurut tinjauan itu, lebih 7,400 PKS di 36 buah negara mencatatkan pengurangan sebanyak 29 peratus.
Negara-negara ekonomi maju menyaksikan penyusutan tinggi termasuk Ireland sebanyak -54 peratus, Spain dan Denmark, masing-masing -38 peratus dan Amerika Syarikat -33 peratus.
Bagaimanapun, indeks pekerjaan global menunjukkan perniagaan di pasaran-pasaran baru muncul menikmati peningkatan pekerja sepanjang tahun lalu.
Negara-negara yang mengalami pertumbuhan positif pekerja itu ialah Vietnam 54 peratus, India 33 peratus, Botswana 31 peratus dan Filipina 29 peratus.
Grant Thornton berkata, meskipun majoriti perniagaan di serata dunia begitu optimistik tahun ini, pekerja sebenarnya mempunyai anggapan salah sekiranya berpendapat krisis ekonomi global telah berakhir.
Ini kerana, kebanyakan PKS Global masih belum sedia untuk menaikkan gaji pada tahun ini berbanding 2009.
Berdasarkan hasil tinjauan itu, sebanyak 36 peratus ahli perniagaan merancang tidak menaikkan gaji atau mengurangkan gaji manakala 51 peratus majikan mahu menaikkan gaji dengan mengambil kira inflasi.
Majikan Malaysia yang positif dengan 2010 menyaksikan 63 peratus daripada mereka merancang mahu meningkatkan gaji pekerja tahun ini berbanding 44 peratus sahaja pada tahun lalu.
Sementara itu, hanya satu peratus pemilik perniagaan yang mengurangkan gaji kakitangan mereka berbanding enam peratus pada 2009.
Hasil tinjauan itu turut mendapati 29 daripada 36 ekonomi dijangka meningkatkan jumlah pekerja pada 2010 termasuk Vietnam 60 peratus, Brazil 59 peratus), Botswana 50 peratus, Australia dan India, masing-masing 47 peratus.
Sebaliknya, perniagaan di Eropah iaitu di Itali, Ireland, Perancis dan Spain mengambil sikap sebaliknya dengan terus mengurangkan bilangan pekerjanya.
(Sumber dari Utusan Malaysia, 04/03/2010)
Label:
Malaysiaku
0 ulasan:
Catat Ulasan