Khamis, 4 Mac 2010

bharian: Usaha lahir usahawan Bumiputera berwibawa

KERANGKA ekonomi baru yang lebih liberal bertujuan melahirkan usahawan Bumiputera berwibawa yang dapat bersaing dalam sistem ekonomi sebenar yang bergantung kepada kuasa pasaran.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata sudah ada beberapa usahawan Bumiputera dalam bidang pembuatan, perkilangan, pembinaan dan pengurusan aset yang bukan saja mampu bersaing dalam negara, bahkan pada peringkat antarabangsa.

Justeru, katanya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memantau kepentingan orang Melayu tidak perlu bimbang dasar liberalisasi ekonomi dalam Rancangan Malaysia Ke-10 akan menghapuskan hak istimewa Bumiputera dalam perniagaan.

Beliau berkata, kerajaan mengambil kira kepentingan semua pihak dalam merangka dasar pembangunan negara.

(Sumber dari Berita Harian, 28/02/2010)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...