Oleh Kaladher Govindan
PEMULIHAN sentimen serantau dengan harapan Amerika Syarikat (AS) akan mengekalkan kadar faedah rendah untuk waktu lama, pendapatan kewangan lebih baik daripada jangkaan diraih syarikat terkemuka di Bursa Malaysia serta keputusan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku keempat, membantu pasaran saham tempatan mengekalkan keuntungan untuk tempoh tiga minggu berturut-turut.
Minggu lalu, penanda aras utama, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) menokok 13.11 mata atau 1.04 peratus untuk ditutup pada 1,270.78 mata didorong oleh kenaikan saham Axiata (+8.26 mata indeks), CIMB (+5.26), Maybank (+1.36) dan Maxis (+1.08).
Jumlah purata dagangan harian meningkat kepada 695.6 juta saham bernilai RM1.25 bilion, berbanding 589 juta saham RM1.06 bilion pada minggu sebelumnya.
Peningkatan rali 17 mata asas yang diraih selepas Tahun Baru China atau 0.9 peratus pertumbuhan bulan ke bulan dalam penanda aras utama itu tidak sekukuh seperti diharapkan untuk menamatkan rali itu, kerana pendapatan korporat yang bertambah baik dan perkembangan domestik ekonomi di luar jangkaan, terus menjadi nadi menyokong kepada peningkatan dalam FBM KLCI.
Jika berlaku sebarang tindak balas terhadap peningkatan dalam Kadar Dasar Semalaman (OPR) sejajar pengumuman KDNK harus dilihat sebagai peluang belian baru menjelang pengumuman model ekonomi baru untuk Malaysia bulan ini, selari dengan Invest Malaysia 2010 pada 30 dan 31 Mac ini.
Peningkatan OPR berkemungkinan meningkatkan purata kadar pembiayaan bank yang sebelum ini berada pada paras terendah dalam sejarah berikutan tekanan yang kompetitif, dan ini adalah sesuatu yang positif.
Justeru, meskipun berlakunya peningkatan dalam OPR, sebahagian besar syarikat akan merasakan ia amat mudah untuk meraih pinjaman bank yang murah.
Pinjaman kasar menokok pada kadar lebih cepat iaitu 8.6 peratus tahun ke tahun pada Januari lalu berbanding pertumbuhan 7.8 peratus tahun ke tahun pada Disember lalu.
Tahun ini, pertumbuhan pembiayaan dijangka melebihi 12 peratus dengan pinjaman perniagaan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan itu manakala pinjaman pengguna kekal kukuh di sebalik pemulihan ekonomi.
Namun, jangkaan peningkatan dalam kadar purata pembiayaan turut akan memanfaatkan peserta automotif dan hartanah dengan kos pinjaman yang semakin meningkat.
Menyentuh data ekonomi domestik, kadar pengangguran akan diumumkan hari ini, diikuti OPR dan angka dagangan yang akan diumumkan pada Khamis dan Jumaat.
Keputusan daripada dua pengumuman terakhir itu boleh memberikan kesan kepada pasaran.
AS akan mengumumkan beberapa data penting seperti perbelanjaan peribadi, angka pembuatan, penjualan kenderaan, penjualan rumah yang tertunda dan kadar pengangguran.
Untuk tinjauan minggu ini, data ekonomi AS dan serantau yang kukuh di luar jangkaan, akan menjadi pemangkin terhadap pertumbuhan sentimen pasaran minggu ini.
Dalam jangkaan sederhana, KLCI, mampu berada pada paras halangan 1,276 sehingga 1,288 mata.
(Sumber dari Berita Harian, 28/02/2010)
Label:
Malaysiaku
Khamis, 4 Mac 2010
bharian: Data ekonomi pengaruhi pasaran
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Khamis, Mac 04, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan