Khamis, 4 Mac 2010

utusan: PM: Gandakan usaha capai pertumbuhan ekonomi 6% - PM

PUTRAJAYA 1 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan semua jentera kerajaan menggandakan usaha bagi mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi sebanyak enam peratus tahun ini.

Perdana Menteri berkata, usaha tersebut perlu menekankan aspek perbelanjaan secara berhemat bagi mencapai sesuatu matlamat program dan projek yang dirancangkan.

Kata beliau, ia selaras dengan persekitaran ekonomi global yang masih belum pulih sepenuhnya manakala sektor swasta belum dapat memainkan peranannya secara optimum dalam pengembangan ekonomi negara.

‘‘Kalau kita mempunyai sikap yang positif, kita boleh mencari jalan macam mana objektif boleh dicapai dengan perbelanjaan yang minimum sebab itu dapat membantu proses pemulihan ekonomi negara.

“Apabila defisit fiskal kerajaan dapat kita kurangkan daripada 7.4 peratus atau 7 peratus dan tahun ini, 5.6 peratus dan sebagainya, kita akan meletakkan asas fundamental yang lebih mantap dan kukuh bagi ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Turut hadir timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

(Sumber dari Utusan Malaysia, 02/03/2010)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...