LANGKAWI: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyasarkan, sekurang-kurangnya lima peratus lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menceburi bidang keusahawanan mulai tahun depan.
Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata usaha berkenaan sejajar langkah KPT mewujudkan Unit Keusahawanan dan menjalin kerjasama dengan semua universiti tempatan serta seluruh Asean.
"Setakat ini jumlah graduan universiti awam yang berniaga ketika masih belajar sangat kecil, malah jumlah mereka yang menceburi bidang usahawan adalah sekitar 2.4 peratus saja.
"Menerusi usaha KPT dengan kerjasama IPTA, kita menyasarkan lima peratus iaitu sekali ganda daripada jumlah yang ada," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Usahawan Antarabangsa di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Dahlan Ismail dan Pengarah Seminar Usahawan Antarabangsa, Dr Mohd Azlan Yahya.
Seramai 180 peserta terdiri daripada mahasiswa dan kakitangan universiti tempatan, Indonesia, Thailand, Arab Saudi dan Jordan menghadiri seminar tiga hari anjuran UUM itu.
Terdahulu dalam ucapannya, Saifuddin berkata, pelajar IPT perlu didedahkan dengan asas keusahawanan bagi melahirkan graduan yang berminat untuk menjadikan perniagaan sebagai kerjaya.
"Mahasiswa perlu memiliki pemikiran baru dan tidak hanya bergantung kepada bidang pekerjaan profesional mengikut kursus diambil di universiti sebaliknya perlu bijak mencari peluang perniagaan menggunakan pengetahuan yang ada.
"Bidang keusahawanan sangat luas dan perlu diterokai mereka, ia memerlukan keberanian untuk mencuba menceburi bidang keusahawanan ini yang pastinya mendatangkan keuntungan lumayan," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, tenaga pengajar di universiti perlu memupuk sikap baru kepada pelajar supaya berfikiran lebih terbuka dan bersedia menterjemah pengetahuan diperoleh kepada pelbagai bidang perniagaan.
(Sumber dari Berita Harian, 02/03/2010)
Label:
Malaysiaku
Khamis, 4 Mac 2010
bharian: Kerajaan sasar lima peratus lepasan IPTA ceburi usahawan
Dicatat oleh Maria Eisya Khadija (e.m.a.s.) di Khamis, Mac 04, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan