Khamis, 4 Mac 2010

utusan: Penapisan Internet, media

KUALA LUMPUR 1 Mac - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim membayangkan akan berlakunya penapisan Internet, media dan komunikasi bagi membendung hakisan tamadun dan budaya tempatan.

Menurut beliau, seperti perniagaan dan penulisan yang mempunyai had dan peraturan tersendiri, Internet juga tidak boleh dibiar sepenuhnya tanpa pemantauan dan kawalan.

"Seperti Facebook dan Twitter, kita tidak boleh terima bulat-bulat aplikasinya. Lihat bagaimana kanak-kanak boleh leka dengannya sehingga lupa membantu ibu bapa, mengaji (al-Quran) dan membaca buku.

"Tanpa kawalan, tanpa tanggungjawab di atas apa yang dilakukan dalam Internet (menulis blog atau menonton pornografi), bagaimana kita mahu membina sebuah negara, sebuah tamadun yang murni," soalnya ketika ditemu ramah secara langsung melalui program Soal Jawab di TV3 malam ini.

Tegas beliau, dayus bagi rakyat negara ini jika mengatakan Internet itu bebas dan tidak boleh ada sekatan sedangkan pendedahan unsur lucah dan keganasan di kalangan generasi muda kini semakin teruk.

(Sumber dari Utusan Malaysia, 02/03/2010)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...