Khamis, 28 Julai 2011

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN KECIL DI MAHKAMAH

(sumber: http://www.kehakiman.gov.my/html/faq.shtml#BAGAIMANA  UNTUK MEMBUAT  TUNTUTAN KECIL  DI MAHKAMAH)

(Prosidur Tuntutan Kecil) Mahkamah Majistret

    • Mahkamah Tuntutan Kecil diwujudkan bertujuan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai untuk membuat tuntutan yang berupa hutang, perkhidmatan dan lain-lain di mana jumlah tuntutan ialah tidak melebihi RM5,000.00.
    • Mahkamah ini diwujudkan bagi membicara kes di mana hanya pihak menuntut dan pihak kena tuntut sahaja yang terlibat tanpa menggunakan peguam, mengurangkan kos perbicaraan.

Apakah Perkara-Perkara Yang Boleh Dituntut

1. Mendapatkan kembali hutang }
2. Tuntutan barangan melibatkan nilai }
Wang tidak lebih RM5,000.00 } Jumlah nilai
3. Upah sesuatu perkhidmatan yang tak dibayar } tuntutan tidak
4. Sewa menyewa } tidak melebihi
5. Tuntutan atas barangan yang rosak. } RM5,000
6. Tuntutan persembahan yang tidak dilaksanakan }

Di Mana Tuntutan Perlu Dibuat
Tuntutan (saman) ini boleh dibuat di mana-mana Mahkamah Majistret yang berhampiran.
Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret dibuka pada waktu pejabat.

Bagaimana Anda Hendak Memulakan Saman
Anda perlu mendapatkan Borang 164 yang telah disediakan di Mahkamah dan mengisi borang tersebut mengikut mana-mana bersesuaian.
Terdapat beberapa jenis borang yang mempunyai tujuan masing-masing yang akan digunakan selepas penghakiman diperolehi.
Bagi memulakan saman anda dikehendaki mengisi Borang 164 dalam 4 salinan menyatakan amaun dan butir-butir tuntutan.
Tandatangan di borang tersebut atau cap jari.

Kehadiran Ke Mahkamah Pada Tarikh Yang Ditetapkan
Apabila peringkat di atas telah selesai anda dikehendaki hadir ke Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah.
Sekira defendan hadir dan menafikan tuntutan maka Mahkamah akan tetapkan satu tarikh untuk bicara. Sekira defendan hadir dan bersetuju dengan tuntutan maka Mahkamah akan memberi penghakiman kepada plaintif dan mengarahkan defendan membayar sama ada di Mahkamah ataupun pada tarikh yang disetujui oleh kedua pihak.
Sekira defendan tidak hadir maka anda kenalah membuktikan kepada Mahkamah bahawa anda telah menyerahkan saman sama ada melalui penyerahan sendiri atau pun melalui pos. Selepas itu anda berhak memohon Penghakiman Ingkar (tampa kehadiran defendan).
Sekiranya anda tidak hadir tanpa sebab dan defendan hadir maka saman anda boleh dibatalkan oleh Mahkamah.

Perkara Lain Yang Boleh Dituntut
Selain dari penghakiman anda juga boleh menuntut kos iaitu perbelanjaan yang boleh anda lakukan tidak melebihi RM100.00 dari defendan.

Peguam
Kedua-dua ihak di dalam kes tuntutan kecil tidak dibenarkan menggunakan khidmat peguam dan perbicaraan adalah di antara pihak-pihak.

Majistret
Orang yang akan membicarakan kes anda. Majistret akan memastikan bahawa pihak-pihak mengemukakan bukti-bukti bagi menyokong kes masing-masing mengikut peruntukan undang-undang . Pihak-pihak yang terlibat akan dibantu oleh Majistret di dalam perbicaraan.

Jurubahasa Mahkamah
Jika anda tidak memahami Bahasa Malaysia dengan baik anda perlu memberitahu Mahkamah sekiranya anda memerlukan bantuan jurubahasa sama ada Cina, India atau bahasa-bahasa lain.

Perhatian:
RISALAH INI DIKELUARKAN SEBAGAI PANDUAN DAN UNTUK MAKLUMAN SAHAJA. IA TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN RUJUKAN ATAU KETERANGAN DI MAHKAMAH.

ARAHAN KEPADA PLAINTIF:

1. Plaintif mestilah mengisikan namanya dengan penuh dan nombor kad pengenalannya dalam bahagian pertama.  Jika plaintif adalah suatu syarikat atau firma, nama penuh syarikat atau firma itu hendaklah dinyatakan.

2. Dalam bahagian kedua plaintif  mestilah mengisikan nama defendan dengan penuh dan alamatnya yang terakhir diketahui.

3. Dalam bahagian ketiga plaintif mestilah menyatakan amaun tepat yang dituntut.  Amaun yang dituntut itu tidaklah boleh melebihi RM5,000,000.  Jika amaun itu melebihi RM5,000.00 maka tuntutan itu hendaklah difailkan di Mahkamah Majistret Kelas Satu dan tidaklah boleh dibuat dalalm borang ini.

4. Dalam bahagian yang sama, plaintif mestilah menyatakan butir-butir tuntutannya.  Butir-butir itu mestilah menyatakan tarikh relevan dan bagaimana tuntutan itu telah berbangkit atau apakah asas tuntutan itu.

5. Setelah mengisi butir-butir, plaintif mestilah menandatangani borang secara sendiri.  Jika plaintif adalah suatu syarikat, borang mestilah ditandatangani oleh seorang pegawai syarikat itu yang diberikuasa dengan sempurnanya untuk bebuat demikian.  Jika ia adalah suatu perkongsian, maka ia bolehlah ditandatangani  oleh seorang daripada pekongsi.

6. Setelah menyiapkan borang, plaintif mestilah memfailkan borang dalalm 4 salinan di Pejabat Pendaftaran bagi Mahkamah Majistret Kelas Dua.  Dia mestilah membayar fee pemfailan sebanyak  RM10.00 .  Pejabat Pendaftaran akan meletakkan meterai Mahkamah ke atas 4 salinan borang itu dan mengisikan tarikh pendengaran.  Satu salinan borang akan dikembalikan kepada plaintif.

7. Kamu boleh berunding dengan peguam tetapi tidak boleh  diwakili oleh peguam di pendengaran itu.

ARAHAN-ARAHAN KEPADA DEFENDAN:

1. Apabila kamu menerima borang ini yang dimeteraikan dengan meterai Mahkamah, kamu adalah didakwa oleh plaintif.

2. Jika kamu mempertikaikan tuntutan itu kamu mestilah menyatakan pembelaan anda, dengan butir-butir, dalam Borang 165.

3. Kamu mestilah memfailkan pernyataan pembelaan kamu di Pejabat Pendaftaran Mahkamah.

4. Jika kamu gagal memfailkan pembelaan kamu dalam masa yang ditetapkan atau jika kamu gagal hadir di Mahkamah pada tarikh pendengaran, maka Mahkamah akan memberikan penghakiman untuk plaintif berserta dengan kos.

5. Kamu boleh berunding dengan peguam tetapi tidak boleh diwakili oleh peguam di pendengaran itu.

Cara Mengisi Borang Saman (Borang 164)
Di bawah ini ditunjukkan cara Borang 164 diisi.  Terdapat juga penjelasan bagi perkataan yang belum anda ketahui.

image

image

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam. Jika plaintif adalah berupa Syarikat, adakah ada dokumen atau kenyataan yang menyokong fakta bahawa tuntutan boleh dibuat oleh Syarikat dengan mengisi Borang 164? Jika plaintif sebagai sebuah Syarikat boleh membuat tuntutan, bagaimana kah caranya. Saya pernah cuba menghantar Borang 164 sebagai sebuah Syarikat tetapi tidak diterima. Jika boleh membantu, saya amat berterima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Salam. Tolong jelaskan adakah benar sebuah Syarikat sebagai plaintif boleh membuat tututan melalui borang 164. Jika boleh, bagaimanakah caranya. Ini kerana saya pernah cuba untuk membuat tuntutan sebagai Syarikat tetapi kaunter menolak dengan alasan Syarikat tidak boleh menuntut dengan borang 164. Diharap dapat membantu. Terima kasih.

EMAS berkata...

maafkan saya. saya sendiri pun tak dapat membantu tuan/puan. mungkin tuan/puan boleh hubungi mana-mana mahkamah yang berhampiran dengan tempat kejadian bagi membantu tuan/puan dalam perkara ini. saya post ni sebagai perkongsian semata-mata memandangkan saya sendiri pun pernah facing dengan masalah yang berkaitan dengan tuntutan.

mungkin juga tuan/puan boleh menghubungi tribunal tuntutan pengguna. mungkin ada pandangan atau penyelesaian daripada pihak mereka.

maaf sangat2...

Tanpa Nama berkata...

Hi!Salam sejatera!saya ingini tanya tentang tuntutan kecil Borang 164.
Saya sudah hantar saman ke pada plaintif untuk hadir ke mahkamah berbicara.tapi plaintif tidak hadir ke mahkamah 4 kali yang i hantar saman dgn post raju, corries dan dengan A.R juga, berhak plaintif tidak hadir ke mahkamah bicara,
saya ingin tahu apa tindakan di ambil oleh berhak mahkamah, boleh kah saya minta hakim jatuh kan ke hakimman kepada plaintif.saya harap berhak boleh beri nasihat pada saya melalui email saya:wong2950464@gmail.com.
sekian terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum. salam sejahtera buat saudara. saya ingin minta khidmat nasihat dari saudara. kesnya begini.pada tahun 2004 saya ada membeli sebuah handycam dari syarikat Lionmas sdn bhd. tetapi telah memulangkannya semula kerana tidak mampu membayar bayaran bulanannya, seorang wakil syarikat berkenaan telah datang kerumah mengambil handycam berkenaan dan surat penyerahan kembali telah di tandatangani oleh saya.
pada tahun lepas sewaktu saya hendak membeli kereta, tiba- tiba wakil syarikat tempat saya hendak membeli kereta itu memaklumkan bahwa nama saya telah di senarai hitamkan olah bank negara kerana hutang pada Lionmas sdn bhd.
Apa yang baleh saya lakukan, kerana pada waktu pemulangan barang tiada apa- apa tuntutan yang di buat syarikat terbabait. dan dalam tempoh 2004hingga 2011 tiada apa-apa surat saya terima dari syarikat terbabit.Dan jika betul ada tuntutan yang di buat surat juga boleh di serahkan terus oleh bill collector syarikat berkenaan, kerana setiap bulan ada wakil syarikat terbabit yang datang mengambil bayaran di rumah jiran-jiran di kawasan saya tinggal.
harap dapat bantuan khidmat nasihat dari saudara,
dari insan resah di senarai hitam....

Tanpa Nama berkata...

salam, khidmat nasihat diperlukan,
saya telah di senarai hitamkan oleh bank negara, masalahnya saya terkejut, pada tahun 2011 sewaktu hendak membeli kereta saya dapati nama saya telah disenarai hitamkan. pada tahun 2004 saya ada membeli sebuah Handycam dari syarikat Lion..., tapi telah memulangkannya,
setelah memulangkannyantiada apa-apa tuntutan atau apa-apa surat yang saya terima dari syarikat berkenaan.
Tapi setelah lebih kurang 7 tahun saya telah di senarai hitamkan kerana tuntutan dari syarikat berkenaan.
Bolehkan saya membuat tuntutan kecil bagi kes ini.kerana hutang pada tahun lepas hanya berjumlah 2000

Tanpa Nama berkata...

Tuan,
Saya ingin bertanya - boleh ke tuntuan dalam bentuk hutang peribadi dibuat di Mahkamah ini?
Saya dalam situasi di mana seorg rakan berhutang wang sebanyak RM 3,000 dan enggan bayar. Saya ada bukti dalam bentuk bil dan resit transaksi yang menunujukkan saya telah buat pindaan kepada dia. Saya juga ada salinan emel dimana dia setuju untuk bayar balik. Namun sekarang dia telah mehilangkan diri dan tidak mahu berhubung dengan saya. Say ingin buat tuntutan balik hutang tetapi tidak pasti jika kes hutang seperti ini akan dilayan. Sila nasihatkan. Terima Kasih.

EMAS berkata...

Kalai,

Tuan,

Mohon maaf kerana saya tidak dapat memberi sebarang pandangan. Tuan boleh menghubungi Mahkamah Negeri yang terdekat bagi mendapatkan pandangan. Sila layari http://www.kehakiman.gov.my/ bagi mendapatkan no. hubungan mahkamah yang terdekat.

Sekian, terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

salam..ramai yang menghadapi persoalan2 yang tidak berjawab disini...sebarang soalan berkaitan tuntutan di mahkamah bolehlah diemailkan kepada sy melalui email mensrea132204@gmail.com.tq

Tanpa Nama berkata...

salam..ramai yang menghadapi persoalan2 yang tidak berjawab disini...sebarang soalan berkaitan tuntutan di mahkamah bolehlah diemailkan kepada sy melalui email mensrea132204@gmail.com.tq

Unknown berkata...

salam...nak tanya sikit kalau saya dan ibu ( ibu cina muslim, ayah PR ) nak buat tuntutan taraf bumiputera boleh kerw kat mahkamah majistret sebab hari tu pihak JPN ada cakap kalau nak tukar keturunan atau bangsa perlu dapatkan kebenaran dan pengesahan dari hakim. so selalunya prosedur nie macam mana dan saya perlukan peguam atau tidak untuk tuntutan sedemikian. tujuan tuntutan sebab nak masuk uitm. tqvm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...