Ahad, 10 Oktober 2010

Berita Harian Online | Ukraine tegah petugas kerajaan seksi, glamor

Ukraine tegah petugas kerajaan seksi, glamor

2010/10/10

image Yulia Tymoshenko

Tidak mahu kakitangan pentadbiran tiru gaya bekas PM

KIEV: Kerajaan Ukraine yang pro-Kremlin semalam mengeluarkan garis panduan etika berpakaian yang lebih tegas terhadap kakitangannya bagi memastikan mereka tidak lagi meniru gaya berpakaian bekas Perdana Menteri, Yulia Tymoshenko, yang seksi dan ‘glamor’.
Arahan itu yang disiarkan di laman web milik kerajaan dikuatkuasakan ke atas kakitangan dan pelawat, juga menasihatkan mereka agar kelihatan formal seperti ‘ahli korporat’ sambil memberi isyarat mengenai saiz, jenis seluar dan alat solek yang boleh digunakan.
“Baju atau jaket sesuai yang dipakai kakitangan kerajaan boleh membantu mereka melaksanakan tugas secara profesional dengan lebih baik, malah dapat menjalin hubungan kerja yang sihat,” kata laman web itu.

Teks arahan beberapa muka surat itu juga mengandungi perincian garis panduan etika berpakaian ber-asingan bagi lelaki dan perempuan.

Sebagai contoh, kakitangan lelaki dikehendaki mempunyai sekurang-kurangnya tiga jaket dan baju baru setiap hari.

“Kakitangan wanita pula mesti memperlihatkan ciri kewanitaan mereka, bergaya, anggun dan menyerlahkan kecantikan semula jadi,” kata laman itu.
Bagaimanapun, arahan itu melarang wanita mendedahkan payu dara, memakai skirt ketat, terlalu pendek atau berbelah selain baju atau blaus jarang yang boleh menampakkan seluar dalam.

“Jangan memakai pakaian selain daripada yang ditetapkan garis panduan ini,” kata kenyataan itu lagi.

Garis panduan yang dikemukakan ini amat berbeza berbanding era Tymoshensko yang menyaksikan beliau berpakaian fesyen terbaru dan baju berlainan setiap hari dipadankan dengan rambut tocang berwarna perang ‘melilit’ kepalanya.

Tymosheko kini menduduki kerusi pembangkang selepas tewas kepada Viktor Yanukovych, dalam pilihan raya presiden awal tahun ini.

Jawatan Perdana Menteri kini disandang oleh Mykola Azarov, seorang teknokrat yang jarang dilihat mengenakan pakaian selain daripada jaket untuk ke pejabat.

Tymoshenko baru-baru ini dilaporkan menyindir dan mengkritik hebat etika berpakaian baru itu.

“Sudah pasti Ratu England atau pemimpin Libya, Kolonel Muammar Gaddafi layak untuk masuk ke bangunan kerajaan.” katanya. – AFP

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...