Khamis, 30 September 2010

Video Lagu Impianku - Terengganu


lagu yang memberi semangat kepadaku untuk terus berbakti kepada tanahair... teringat zaman kecik2 dulu, dah bangun tidur sebelum subuh, tunggu bas nak ke sekolah. gelap kelam subuh dah berjalan tunggu bas di jalan besar. kadang2 rasa takut dan terketar2 jugak ke jalan besar. selalu jer pujuk diri sendiri x der ape2... 

teringat ustazah pernah cerita, ustazah pernah tgk hantu perempuan melintas kt asrama perempuan smasid, tapi x der ape2 yang berlaku... si ghost tu cuma nak melintas jer. kalau kita x kacau dia, dia pn x kacau kita... tu salah satu cerita yang aku pegang untuk jadi kuat! hehehe...

lagu impianku jugak yang telah membawa aku pulang ke terengganu selama setahun (tahun 2007) untuk cari destinasi diri. walaubagaimanapun aku dipaksa kembali ke ibu negara tanah berlumpur. pasrah dengan ketentuan, ku ikut arus ketentuan... tapi banyak pengurusan terengganu yang janji macam2 kat anak terengganu, untuk membela nasib anak terengganu telah menghindar (lupa pada janji). erm... mereka lupa agaknya janji yang telah mereka tabur kepada anak2 terengganu yang sedaya upaya ingin teres berbakti kepada bumi bertuah... terpaksalah aku jadi perantau lagi dan lagi dan sehingga kini...

terengganuku, di manakah kamu untukku? adakah jasadku saja yang akan bersemadi nanti? mungkinkah juga baktiku dapatku tabur? atau... sekadar kata2 ingin, sesuatu yang x pasti jadinya...



0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...