Rabu, 22 September 2010

Berita Harian Online | Keterbukaan minda mampu jaya agenda negara: PM


Keterbukaan minda mampu jaya agenda negara: PM


2010/09/22

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, penjawat awam perlu mengamalkan keterbukaan minda dan menggunakan kaedah yang sesuai dengan keadaan semasa untuk memastikan matlamat dan agenda kerajaan tercapai.

Perdana Menteri berkata, nilai itu perlu ketika kerajaan menghadapi cabaran yang besar untuk mencapai matlamat dan agenda menerusi empat tonggak utama iaitu konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan (GTP); Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10). "Ini (keterbukaan) ada kaitan dengan konsep rumah terbuka (Aidilfitri), iaitu keterbukaan dari segi pemikiran dan kaedah yang kita guna sesuai dengan keadaan semasa. "Kita tidak bergantung kepada tambahan peruntukan semata-mata, tetapi mengamalkan konsep pengurusan nilai (value management) dalam kerajaan," katanya berucap pada Majlis Jamuan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Najib berkata, penjawat awam perlu berupaya memastikan matlamat sesuatu projek pembangunan dapat dicapai dalam keadaan peruntukan yang kecil.

Beliau berkata, produktiviti juga boleh ditingkatkan tanpa perlu melihat kepada pertambahan jumlah kakitangan sebaliknya bergantung kepada kakitangan dan pegawai sedia ada.
"Kita tidak perlu melihat jumlah aktiviti (yang dilaksanakan) tetapi (mengutamakan) keberhasilannya. (Malah) kita tidak wajar melihat kepentingan jabatan kita saja sebaliknya keperluan kerajaan secara keseluruhan," katanya.

Mengenai tradisi rumah terbuka Aidilfitri, Perdana Menteri berkata, ia adalah sesuatu yang unik dan wajar diteruskan untuk mengukuhkan hubungan silaturahim.

Berita Harian Online | Keterbukaan minda mampu jaya agenda negara: PM

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...