Pagi ini e.m.a.s. terbaca lagi tentang gejala rasuah yang sedang dibanteras hebat di Malaysia. Tapi mengapa gejala ini masih berterusan dan sekiranya tidak dibendung akan terus berlarutan dan menjadi tambah bernanah. Menurut statistik CPI, bilangan rasuah sedikit menurun.
Persoalan e.m.a.s.:
- Siapakah yang terlibat? (penjawat awam mungkin?)
- Mengapa mereka terlibat? (kekangan kewangan mungkin?)
- Bagaimana mereka boleh terlibat? (salah guna kuasa mungkin?)
Justeru terlampau banyak sangat perbincangan yang telah dibuat bagi mengurangkan gejala ini, persoalan sebenar ialah bagaimana caranya untuk mengekang perkara ini daripada terus berleluasa.
Salah siapa sebenarnya? (diri sendiri - tidak cukup kemurnian rohaniah, mungkin?)
(mungkin juga salah institusi atau sekeliling dengan tidak berperikemanusiaannya memaksa pelaku terlibat. Tetapi perlukah disalahkan sesiapa sebagai penyebabnya?? Hakikatnya pengawalan diri sendiri berasaskan kendiri yang kukuh adalah benteng utama pencegahannya.
e.m.a.s. sebagai rakyat biasa hanya menginginkan kesaksamaan untuk semua pihak. Walaubagaimanapun setiap jiwa manusia mempunyai kekuatan akal untuk mencari jalan selesai yang terbaik. Kentalkan iman dan carilah lohong kebaikan. Semoga semuanya mendapat kesejahteraan dan keberkatan dunia dan akhirat. Amien...
0 ulasan:
Catat Ulasan