Jumaat, 30 Julai 2010

bharian: Transformasi capai pertumbuhan ekonomi

2010/06/11
Promosi di luar negara diperhebat tarik pelabur asing sektor perkhidmatan

KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan melaksanakan transformasi yang radikal bagi mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata kementeriannya serta semua agensi di bawahnya akan menumpukan kepada usaha meningkatkan sumbangan sektor pembuatan dan perkhidmatan kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Kerajaan mensasarkan pertumbuhan ekonomi sebanyak enam peratus sepanjang RMKe-10. Kita kenal pasti 12 bidang yang harus diberi tumpuan seperti minyak dan gas, elektrikal dan kelapa sawit dengan meningkatkan nilai tambah dalam industri-industri ini," katanya selepas pembentangan RNKe-10 di Parlimen semalam.

Mustapa berkata, pihaknya akan memberikan tumpuan yang lebih terhadap perdagangan dengan pasaran China, India dan Asia Barat, pada masa yang sama mengekalkan perdagangan dengan Asean, Eropah dan Amerika Syarikat.

Beliau berkata, pihaknya juga akan menggiatkan lagi promosi di dalam dan di luar negara bagi menggalakkan pelaburan dalam sektor perkhidmatan, yang menyumbang kira-kira 55 peratus kepada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar, seperti pelancongan, logistik, teknologi komunikasi dan maklumat.

Beliau juga menggesa seluruh kakitangan di kementerian serta agensinya supaya berusaha meningkatkan daya saing negara dari segi mudah menjalankan perniagaan bagi meningkatkan iklim pelaburan negara dan melonjakkan penyertaan sektor swasta.
Mengenai kesan kejatuhan nilai mata wang euro terhadap perdagangan Malaysia, Mustapa berkata: "Kita masih belum lihat kesannya berdasarkan angka untuk tempoh empat bulan tahun ini.

"Kita yakin pengusaha kita akan dapat menangani apa juga cabaran yang timbul daripada keadaan yang dialami euro," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir, berkata MIDA yang diberi mandat baru awal tahun ini dijangka memainkan peranan lebih efektif untuk menarik pelaburan asing. - BERNAMA

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...