Jumaat, 30 Julai 2010

bharian: Idea dikaji sebelum gubal Bajet 2011

2010/07/26

KEMENTERIAN Kewangan akan memulakan proses perbincangan tidak formal dengan ketua industri minggu ini untuk mengumpulkan lebih banyak idea sebelum menghalusi dan menggubal Bajet 2011.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata pihaknya selesai mengumpul cadangan dan maklum balas kumpulan fokus dalam rundingan belanjawan berkenaan yang dilakukan sejak awal bulan ini.

"Kita memerlukan idea dan pengalaman ketua industri kerana dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, peneraju pembangunan dan pelaburan adalah sektor swasta," katanya selepas merasmikan Stadium Mini 1Malaysia di Chemor, Perak, semalam.

Ahmad Husni berkata, idea berkenaan akan dihalusi menerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang membincangkan dasar ekonomi makro dan mikro pada setiap Isnin.

Mengenai insentif yang akan diumumkan dalam Bajet 2011, beliau berkata, Kementerian Kewangan masih mengkaji hal itu.

Katanya, insentif untuk pelabur asing tidak boleh dilihat dari segi penurunan cukai korporat saja, sebaliknya kerajaan menyediakan insentif lain seperti status syarikat peneroka dan geran khas untuk penyelidikan dan pembangunan untuk industri dengan nilai tambah.

Kerajaan juga tidak akan mengumumkan projek mega dalam Bajet 2011, tetapi membantu sektor swasta melaksanakan pembangunan dengan menyediakan tabung permulaan.

"Kementerian Kewangan akan menyediakan tabung permulaan sebanyak 10 peratus daripada nilai projek dan pembangunan sektor swasta termasuk syarikat berkaitan kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan UDA.

"Projek besar tidak membabitkan perbelanjaan kerajaan. Kita memberi tumpuan kepada menyediakan infrastruktur," katanya.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...