Jumaat, 30 Julai 2010

bharian: 1Malaysia Development raih komitmen FDI RM5b

2010/05/19
1MALAYSIA Development Bhd (1MDB), syarikat pembangunan strategik milik kerajaan sudah mencapai satu daripada sasaran utamanya, iaitu meraih komitmen pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM5 bilion.

Setakat ini, ia telah meyakinkan pelabur asing melabur AS$17 bilion di negara ini, meskipun pelaburan itu masih belum dilaburkan.

Petunjuk prestasi lain yang perlu dipenuhi syarikat itu termasuk meraih tunai mencukupi bagi menampung kos pembiayaannya dan kos operasi.
Tidak seperti Khazanah Nasional Bhd, objektif utama 1MDB adalah membawa masuk FDI ke dalam projek berimpak tinggi. Bagaimanapun, ia turut dikritik kerana lambat bergerak.

“Mereka mahu bergerak pantas, tetapi bukan terburu-buru,” kata sumber yang rapat dengan 1MDB.

Minggu lalu, Qatar Investment Authority (QIA) memeterai perjanjian persefahaman dengan 1MDB untuk mengkaji peluang pelaburan di Malaysia.

QIA bercadang melabur AS$5 bilion dalam sektor tenaga, hartanah dan komoditi.
Sumber itu berkata, ada empat hingga lima projek dicadangkan kepada QIA dan kedua-dua entiti dijangkakan memeterai perjanjian dalam tempoh satu atau dua bulan ini.

Antara projek yang disebut-sebut ialah pembangunan semula kawasan kem Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi.

Dilaporkan 1MDB bersama QIA dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera serta beberapa syarikat lain akan membangunkan kawasan itu sebagai pusat kewangan Islam.

Sumber itu berkata, sebab utama mengapa projek yang bakal dilaksanakan 1MDB tidak bergerak pantas kerana ia membabitkan rundingan antara kerajaan dan rakan usahasamanya juga ada kaitan dengan kerajaan.

Sementara itu, syarikat usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi International Ltd (PSI) sudah melabur dananya yang berjumlah AS$2.5 bilion dalam projek tenaga di seluruh dunia.

Mengikut sumber itu, pelaburan berkenaan membabitkan negara seperti Venezuela dan di rantau Eropah.

“Majoriti dana itu kini sudah dilaburkan,” kata sumber itu tanpa memberi maklumat terperinci.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...