Selasa, 27 April 2010

bharian: Teknologi hijau pacu pertumbuhan ekonomi

(Sumber Berita Harian, 2010/04/23)

TEKNOLOGI hijau berpotensi menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi, guna tenaga dan teknologi di Malaysia, sama seperti di Jerman.

“Pertumbuhan tenaga boleh diperbaharui di Jerman meningkat daripada 6.3 peratus pada 2000 kepada lebih 16 peratus pada 2009,” kata Pengurus Besar Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia-Jerman, Thomas Brandt.

Berucap pada Pameran Green Tech Asia (GTA) 2010 di Kuala Lumpur, beliau berkata kira-kira 500,000 orang dijangka bekerja dalam sektor boleh diperbaharui Jerman menjelang 2020.



Sekarang ini pun, kira-kira 1.8 juta bekerja dalam sektor perlindungan alam sekitar dan iklim lebih ramai daripada jumlah yang bekerja dalam industri automotif, katanya.

“Kami yakin kerajaan Malaysia berada di landasan betul dengan penubuhan Majlis teknologi Hijau Negara kementerian berkaitan adalah langkah pertama baik,” katanya.

Sementara itu, bercakap pada satu sesi taklimat untuk media, Ketua Eksekutif Fairs and Management Sdn Bhd, Jonathan Kan, berkata pameran itu bertujuan memperagakan teknologi dan perkhidmatan terbaru menawarkan kecekapan dan produktiviti lebih tinggi.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...