Khamis, 14 Oktober 2010

Berita Harian Online | Pemilikan kad kredit diperketat

Pemilikan kad kredit diperketat

2010/10/14
KERAJAAN dijangka mengetatkan peraturan pemilikan kad kredit dalam Bajet 2011 pada Jumaat ini bagi mendidik pengguna supaya berbelanja secara berhemah.

Turut dijangka dibentangkan adalah langkah mengekang aktiviti spekulatif pasaran hartanah di negara ini bagi mengelak tercetusnya gelembung harga aset berkenaan.
“Kami percaya Bank Negara Malaysia akan memberi tumpuan dalam menangani hutang isi rumah pada 2011 bagi menggalakkan perbelanjaan kad kredit secara berhemat,” kata Kenanga Research.
Bahagian penyelidikan itu berkata, bank pusat wajar menimbang mengenakan had pinjaman lebih ketat bagi sektor hartanah mengelakkan terlebih sandaran dalam segmen isi rumah serta spekulasi.

Pinjaman bank katanya, perlu diturun kepada antara 70 dan 80 peratus daripada nisbah nilai gadai janji ketiga. – 
BERNAMA

Berita Harian Online | Pemilikan kad kredit diperketat

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...