Khamis, 14 Oktober 2010

Berita Harian Online | Negara sasar jadi pusat tenaga hijau serantau

Negara sasar jadi pusat tenaga hijau serantau
Oleh Shahrizan Salian dan Syuhada Choo Abdullah
bhbiz@bharian.com.my
2010/10/14

image

NAJIB bersama Peter Chin merasmikan IGEM 2010, anjuran bersama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Green Purchasing Network Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.


Malaysia tarik pelaburan RM12b industri solar fotovoltaic

MALAYSIA setakat ini berjaya menarik pelaburan langsung asing (FDI) bernilai AS$4 bilion (kira-kira RM12 bilion) dalam industri solar fotovoltaic, sekali gus membuktikan keupayaan negara sebagai pusat teknologi hijau serantau.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata susulan itu kerajaan berhasrat terus memberi tumpuan bagi meningkatkan lagi kemasukan pelaburan asing dan domestik dalam bidang teknologi hijau bagi tempoh 10 tahun akan datang.
“Kerajaan bertekad menjadikan Malaysia sebagai pusat tenaga hijau serantau khususnya tenaga solar.

“Dasar kita yang mesra pelaburan berserta tersedianya kepakaran sumber manusia yang diperlukan telah meningkatkan jumlah projek pelaburan besar dalam bidang itu,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan dan Pameran Produk Eko dan Teknologi Hijau Antarabangsa Malaysia (IGEM 2010) anjuran bersama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Green Purchasing Network Malaysia (GPNM) di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui; Timbalannya, Noriah Kasnon serta Presiden GPNM, Tan Sri Mustafa Mansur.

Najib berkata, untuk meningkatkan lagi pembangunan dalam industri hijau, kerajaan menyediakan skim pembiayaan teknologi hijau (GFTS) dengan dana sebanyak RM1.5 bilion yang menyediakan pinjaman mudah untuk syarikat yang membekal atau menggunakan teknologi terbabit.
“Skim ini dijangka memberi manfaat kepada 140 syarikat menjelang 2012,” katanya.

GFTS, yang diumumkan pada Bajet 2010 tahun lalu bertujuan memberi galakan kepada syarikat di Malaysia membekal dan menggunakan teknologi hijau, terutama dalam industri tenaga, air dan pengurusan bahan buangan.

Setakat ini, kira-kira 10 peratus atau RM104.8 juta permohonan pembiayaan menerusi dana berkenaan sudah 
diluluskan.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...