Ahad, 12 Jun 2016

Coretan emas: Bengkel Solat First

2016.Jun.12 (Ahad), Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya -

"U dari mana, PUTERI ya?"
"Ehhh tak, saya komuniti sini-sini jer"

Walau berat jer nak bangun pagi, gigihkan jugak. Kalau bukan bulan puasa, dikatanya malas sebab syaitan iblis singgah. Ni syaitan iblis dah kene rantai, kalau malas jugak, semua sebab lemak! Hahaha...


0 ulasan

Resepi Sekaya Terengganu

2016.06.06 (Isnin), Ramadhan 1, 1437H

Bahan:
* Telur - 8 biji
* Nisan/Gula Melaka - 3 karat
* Gula - 3 sudu
* Santan - separuh

Cara:
* Masak nisan dan gula dengan sedikit air.
* Biarkan sejuk dan masukkan santan dan telur. Kacau. Tapis biar halus.
* Kukus.
* Boleh masak dengan pulut yang ditanak dengan santan dan garam.
* Yummy!!!


My first time buat sekaya/tok aji serban nih. Time tengok masa tengah kukus, mengembang semacam jer... Risau takut tak menjadi... 

Time ni masa dah tutup power supply kukusan. Mengembang tu dah kecut. Hehehe... Macam menjadi jer... 😋

Resepi tranung, kalau topping atas tu dipanggil sekaya. Kalau ada pulut kat bawah dipanggil tok aji serban. Disebabkan emas suka pulut, jadi tambahlah pulut kat bawah sekaya tuh.

Kongsi resepi kat internet supaya emas sentiasa boleh rujuk kalau teringin dan tak perlulah google atau tanya kat maa atau mak sue. Lagipun boleh kongsi dengan orang lain juga. Sharing is caring... Tambah pahala. Hehehe...


0 ulasan

Resepi Gulai Daging Terengganu

2016.06.06 (Isnin), Ramadhan 1, 1437H
1. Rebus daging --- buang air rebusan (untuk hilangkan hanyir dan darah daging).
2. Tumis kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
3. Masukkan lada lumat/cili boh.
4. Masukkan bawang merah/putih/halia yang dikisar.
5. Masukkan rempah cap bunga ros --- tunggu hingga pecah minyak.
6. Masukkan kerisik.
7. Masukkan daging yang direbus tadi.
8. Masukkan air panas (untuk elakkan kuah berkepala santan).
9. Biarkan daging hingga empuk.
10. Bila dah masak, masukkan santan (kecilkan api).
11. Masukkan garam.
12. Tarraaaa siap! 😋


My first time masak gulai. Ni gambar time sahur masa hari pertama puasa. Daging agak empuk dan senang dimakan. Nak masak barulah terhegeh-hegeh call mak sue tanya macam mana nak masak. Komen my lovely hubby katanya rasa dah ader, cuma tak pecah minyak... Itu lah, jam 6.00 petang baru nak masuk dapur. Hihihi... Tapi kerajinan ni tak selalu datang... Hihihi... 


0 ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...