Khamis, 11 Februari 2016

Travel e.m.a.s. ~ Kisah backpacker shopping

2016.Feb.11 (Thu), 10.19 pm

Sila naik lagi dan lagi dan lagi! 
Terimbas kejap bila hari tu cuci mata hajat nak sopping ler konon. Ada mak cik sebelah tu bertegur sapa katanya dr singapore mmg niat dengan sejelasnya nak sopping. Sebab katanya lagi di singapore barang mahal. Currency singapore kan tinggi dan currency mlysia jatuh. Amboi amboi mak cik... Nak sopping tu silakan... Tp x yah lah nk sindir rm. Terasa kut! Hahaha... Tp lagi terasa bila geng2 uae main tunjuk jer nak 10, nak 20. Kita ni nak beli 1 pun, bukan main lama telek... Hahaha (lucu lagi sebab tu gelak). Tp ader geng2 yg rambut brown, paling hebat tawar-menawar. Tu termasuklah rambut brown celup made in mlysia. Main ambik jer. Faktanya, bukan psl currency, tp pasal orang tu ada kuasa membeli ke tak. Maksudnya lagi, aku x termasuk dlm yg ader kuasa cam mereka tu jer. Hahaha...


0 ulasan

Khamis, 4 Februari 2016

Travel e.m.a.s. ~ Nilai Ringgit Malaysia Semasa Backpacker/Traveller ke Bangkok, Thailand

3016.Feb.4 (Thu) - Terasa nak menconteng sikit di blog ni nak mencatat rasa (padahal banyak lagi yang nak dikongsi untuk memeriahkan searching engine, terutamanya trip visit aka backpacker ke Bangkok baru-baru ni). Sebenar-benarnya emas terasa benar dengan beberapa perbualan baru-baru ni. Contohnya masa emas di The Platinum Fashion Mall, Bangkok beberapa hari lepas, ada seorang auntie ni duk tengok-tengok jer, muka macam peramah. 

Lepas bertegur sapa, rupa-rupanya makcik tu dari Singapore, datang shopping di Bangkok. Katanya matawang Singapore tinggi berbanding RM, jadi kadar membeli tu agak tinggilah. Di Singapore katanya barang-barang mahal. Iyelah bersesuaianlah dengan skala pendapatan dengan perbelanjaan. Peniaga pun nak berpendapatan tinggi juga sebagaimana orang yang makan gaji. Akhirnya masing-masing naikkan harga untuk seimbangkan pendapatan dengan perbelanjaan. (Ehhh boleh tak pendapatan tinggi dan kos sara hidup rendah, masuk akal tak? Hahaha...).

Amboi makcik, sesedap rasa jer perli kadar matawang Malaysia jatuh, sentap emas tau... Sob sob sob... 

Satu lagi peristiwa masa kat kedai nak beli barang. Bila dorang tahu yang sedang tawar-menawar dengan mereka ni dari Malaysia, dorang rasa macam sengkek orang ni, yelah, mesti pendapatan rendah, matawang Malaysia jatuh kut! Sehinggakan perbezaan dengan kuasa beli antara Ringgit Malaysia dan Bath! Bab ni emas malu, malu bukan sebab emas sengkek, tapi malu kerana matawang Negara jatuh hingga orang luar pun antara pandang dengan tak pandang jer.

Ehhh tak boleh jadi ni! Kalaulah benar bahawa matawang negara tidak boleh pulih dalam masa yang singkat, tapi kenapa merudum dengan begitu teruk sekali? Tak der ke sapa-sapa nak mengaku ini kesilapan kepimpinan mereka hingga RM turun naik dengan ketara sekali. Mungkin bukan emas sahaja yang berharap agar taraf sosioekonomi rakyat Malaysia sentiasa meningkat ke tahap yang lebih baik lagi...

0 ulasan

Selasa, 2 Februari 2016

Travel e.m.a.s. ~ Backpackers ke Chokchai Farm, Pak Chong District, Nakhon Ratchasima, Thailand

2016.Jan.29 (Fri) - Tour at Chokchai Ranch Resort, Pak Chong District, Nakhon Ratchasima. Time ni panas berbahang sangat. Mata pulak dah berair merah dah... Sakiiiittt! Tour guide tu pulak duk bagi penerangan dalam bahasa thailand, nak tumpang faham pun payah. Buat-buat faham jer lah. Hehehe... Kat Chokchai farm ni pun ader tanam bunga matahari. Cuma tak boleh nak turun dari trak sewenang-wenangnya lah. Dorang pun bukan main laju jer nak kejar tempoh 2 jam. Memang timeline dia betul-betul 2 jam. Mantap! Susah-susah jer pergi Muak Lek, Saraburi. Tapi pujuk hati, kalau tak pergi, maka tak kenallah camner yang dinamakan Saraburi tu. Kata cultural traveller. Hehehe 
#farm #cowboy #cowboyfarm #chokchai #chokchaifarm #pakchong #pakchongdistrict #nakhonratchasima #thailand #travel #culturaltraveller #backpackers #backpackersmalaysia #sibackpackerkaya

Sampai dari Saraburi lebih kurang jam 1.00 petang. Terus ke kaunter tiket nak masuk Chokchai Farm. Tapi katanya jam 2.00 petang baru buka. Ramai betul orang duk tunggu di luar kaunter, terutamanya student dari Thailand. Tak ramai pun orang luar... Terasa janggal juga sebab emas adalah tunggal yang pakai tudung, tergeletik camner persepsi mereka. 

emas mana suka selfie bagai nih (yelah kurang cantik dan bergaya, sebab tu tak berapa suka hik hik hik). Gambar atas 3 trak penuh tourist melawat ladang Chokchai ni.

Kat sini tour stop lama. Ada persembahan cowboy, anak-anak boleh tunggang kuda, ada kedai-kedai, dan juga boleh berehat-rehat kat buaian...

Ladang kuda.

Time ni emas kat atas buaian sambil snap gambar.


Antara ais krim tersedap yang pernah emas rasa... Sebelum ni mana pernah nak rasa green tea bagai. Disebabkan pelik dgn my buddy si miss accountant memilih green tea time lepak hari tu, let me have a taste how she choose the flavour. Rupa-rupanya sedap kut!!! Sedap bukan sebab flavour, tapi lebih kepada kehalusan ais krim, rasa susu lembu asli. Ehhh memang ranking ke belakang lah ais krim baskin robbins, haagen daz dan lain-lain. emas beli ais krim ni selepas habis tour di Chokchai Ranch Resort, Pak Chong District, Nakhon Ratchasima, Thailand selama 2 jam. Dorang bagi kupon 590 THB. Harga asal 780 THB. Rugi tak merasa. Risau jugak x halal, dibuatnya diletaknya gelatin tulang haiwan. Actually ais krim ni melalui proses pasteurization, macam kebanyakan ais krim negara luar yang jual kat malaysia tu, yang dilambung-lambung ais krim bagai teh tarik. Hehehe... Rindu pulak kat rasa ais krim ini. Adalah juga signifikan moment to remember on my second travel... 

(Umm…Milk Ice Cream is premium ice cream produced with Farm Chokchai’s fresh, top quality milk, cream, and other select ingredients. The milk, following pasteurization, is sent to the sterile ice cream processing line, completely sealed to prevent outside air from entering. Our blends have been developed to create the smoothest texture and most delicious taste - source from www.farmchokchai.com)

0 ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...