Rabu, 30 Julai 2014

Coretan e.m.a.s. ~ ... Syawal 1435H Day Three

30.Julai.2014 (Rabu), 11.43 pm

Tak berapa bahagia. Tapi...

Jika kebahagiaan itu yang kamu cari, ia berada dekat dalam hati kamu. Kamu pilih dan putuskanlah bagaimana emosi dan hemahnya hati kamu.

#not in a good mood

0 ulasan

Selasa, 15 Julai 2014

Coretan e.m.a.s. ~ Ramadhan Kareem Day 17 1435H

15.Julai.2014 (Selasa), 11.45 malam

Esok cadangnya nak siapkan laporan penilaian, aduhh terlupa pagi esok ada miting kt jpm. Kacau betul ler... Terkocoh-kocoh semua nak telan. Pass keje kat orang sikit, di sound pula kt kita itu kerja pegawai, bukan kerja mereka. Buat baik, orang sindir menyindir. Hehehe... nak pekena nih -- feeling amboiiihhh...

0 ulasan

Ahad, 13 Julai 2014

Coretan e.m.a.s. ~ Ramadhan Kareem Day 15 1435H

Fun time with sister -- Ramadhan kareem day 15 1435H

0 ulasan

Coretan e.m.a.s. ~ Ramadhan Kareem Day 15 1435H

13.July.2014 (Sunday), 10.33 pm
Masha Allah... so beautiful and wanted me to feel beautifulness more closer. It enough with two. Would you be? :-) #moon

0 ulasan

Khamis, 10 Julai 2014

Coretan e.m.a.s. ~ Cerita Ramadhan Kareem Hari Ke-12

10.Julai.2014 (Khamis), 11.30 malam

Pernah suatu ketika mok cik dikelilingi dengan orang-orang pandai. Definisi pandai adalah sama ada betul-betul pandai buat kerja atau pandai bercakap sahaja dan kerja tarak atau pandai menggunakan orang lain padahal diri sendiri tak reti pun nak buat kerja. Tapi yang paling nikmat ialah bekerja dalam suatu pasukan dengan orang-orang pandai dan boleh bertolak-ansur. Hasilnya memang the boom!! Dan sah-sahlah tersangat signifikan sebagai mana yang dikehendaki oleh para stakeholders.

Kali ini mok cik terpaksa menggalas tanggungjawab bagi mengepalai satu pasukan yang di dalamnya terkandung pelbagai corak pemacu pengoperasi kerja. Alhamdulillah bila mana ada pemacu yang senang diajar dan sentiasa tahu bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu tugas dan tanggungjawab. Namun, kekangan terhebat dalam tempoh masa yang kritikal, mok cik berhadapan dengan beberapa pemacu yang tak tahu dan tak faham bagaimana mengoperasi kerja untuk diselesaikan. Erm... Jika masa itu hampir infiniti, bolehlah diluangkan masa sentiasa bersama membentuk dan membangun. Sekiranya 3-4 kali menegur dan membimbing, mok cik masih boleh bertahan. Tapi jika masih tak berubah atau menunjukkan simptom perubahan, tergugah jugak kesabaran ini.

Bagaimana nak membangun secara holistik sedangkan pemacu masih blur-blur dan mok cik sendiripun ada celanya. Pengalaman berhadapan dengan 'orang tua' yang tidak boleh berubah dan ketegaq sangaat. Bab kerja memang kalau begitu tabii, macam tu lah. Payah nak lentur buluh tua dan buluh setengah tua pun macam-macam keras kepalanya. Ouchhh!

Sekian sahaja daripada mok cik.

Hari ke-12 Ramadhan Kareem

0 ulasan

Selasa, 8 Julai 2014

Coretan e.m.a.s. ~ Ramadhan Kareem Hari Ke-10

Teringat satu falsafah zaman dulu-dulu "seandainya kamu ditakdirkan menjadi tukang sapu, sapulah jalan sebaik mungkin seperti beethoven menulis lagu, shakespeare menulis sajak, sehingga semua kehidupan ini akan berkata kamulah juara tukang sapu yang hebat."

Sebentar tadi berkesempatan bertemu dengan juara tukang sapu yang hebat. Sedang beliau menyapu dan berselisih dengan orang lain, beliau akan memberikan salam dan tersenyum sambil penyapu dipegang kejat dan perkarangan masjid terus disapu hanpa henti atau malu. Indah dan tulus sekali senyuman beliau. Dalam kondisi fizikal yang telah dimamah usia, bajunya koyak, namun tidak sedikit pun menghalang senyuman dan kebahagiaan itu dirampas dari diri beliau... semoga Allah melimpahkan kesejahteraan kepada semua orang yang beriman dan beramal soleh dengan ganjaran yang besar dalam bulan ramadhan ini dan seluruh hidupnya di dunia dan akhirat. Amin...

0 ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...