Selasa, 25 Mac 2014

Coretan e.m.a.s. ~ Tragedi MH370

25.Mac.2014 (Selasa), 12.11 tengah malam

Ahhh bagaimana menggapai pelangi jika jisimmu tiada kuasa! Kerdil benar jasad ini berbanding dengan kuasa yang tak lut, apatah memapar dengan nyata. Ajaib dan agung benar... Hakikat si taufah... TITIK

0 ulasan

Khamis, 13 Mac 2014

Coretan e.m.a.s. ~ Hala Tuju Perpaduan Negara

13.Mac.2014 (Khamis)

8.00 pg - 2.00 ptg:
Taklimat Pengurusan Kenderaan Jabatan oleh Perbendaharaan Malaysia,

2.00 - 5.30 ptg:
Wacana Perpaduan: Perpaduan Rakyat Malaysia di antara Peluang, Cabaran dan Harapan di Universiti Putra Malaysia.

:. emas is looking forward the 'something' tat i can feel with my sense not just mentioned and discussing with no ending! Some more, don't rely on the text given, plz initiate and think with your on brain! Stop it mr politician!

:. Acap kali dipertikaikan betapa rencamnya hidup di kala ini. Lantas menjadikan mulut sentiasa terkumut-kamit tidak berpuas hati dengan apa yang sedang kita miliki. Sesungguhnya Allah telah mentakdirkan jalan kita sebegini. Habis, mengapa tidak redha dan menyesuaikan diri sahaja dengan jalan ini. Yakinilah, Allah maha mengetahui dan bersangka baiklah dengan qada dan qadar ini...

0 ulasan

Coretan e.m.a.s. ~ Putrajaya at 12.March.2014 and GSC Cinema Haunt

12.March.2014 (Wednesday)

A hazy morning in Putrajaya... On emas way to workplace,
A tiring evening spent with besties brother... Cinema time in GSC Alamanda ~ HAUNT. A wasted and so undergrade movie! If emas can claim back the pay ticket!

Thanks for the moment in time... :D

0 ulasan

Khamis, 6 Mac 2014

Coretan e.m.a.s. ~ GSC Alamanda: Pompeii

5.Mac.2014 (Rabu), Selepas Waktu Kerja

Hari ni kepala teramat ting tong. Paginya badan rasa x larat sangat nak pergi kerja. Tapi buat derk jer... Kalau x datang kerja, pending lagi lamalah jawabnya.. Of course, NO! And I DON'T want it to be hold so long!

Hari ini hari emas dan adik-adik kehilangan abah terhebat dalam dunia ni, dan maa kehilangan suami tercinta. Al Fatihah buat arwah abah. Semoga Allah tempatkan abah di kalangan ahli syurga. Amin...

After office hour, with my deary besties hangout ~ watch Pompeii.

0 ulasan

Rabu, 5 Mac 2014

Coretan e.m.a.s. ~ Sekitar Perhimpunan Bulanan JPM Bulan Mac 2014

3.Mac.2014 (Isnin), jam 8.00 - 9.00 pagi
Kompleks Perdana Putra

Sekitar Perhimpunan Bulanan JPM pagi ini. Antara intipati ucapan YAB PM:

● Budaya membaca perlu menjadi budaya rakyat Malaysia. Rujukan buku Why Nation Fail yang mana menceritakan kejayaan dan kejatuhan sesebuah negara,

● Dasar-dasar Negara perlu bersifat inclusive dan mapan,

● Ekonomi Malaysia menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan yang mana pelaburan meningkat pada kadar 1.6 trillion,

● Terdapat negara-negara lain yang masih bergelut dengan pelbagai masalah. Justeru, penjawat awam dan rakyat Malaysia perlu sentiasa bersikap proaktif dalam membangunkan negara sejajar dengan aspirasi Negara ke arah mencapai Wawasan 2020,

● Kerajaan dalam proses mengurangkan subsidi pukal dan akan digantikan subsidi kepada golongan sasar secara langsung seperti pemberian BR1M,

● Perlu sentiasa melaksanakan Dasar Turun Padang bagi menyelami permasalahan yang dialami oleh rakyat, dan

● Diseru agar sentiasa memberi sokongan padu kepada dasar-Dasar Kerajaan agar prestasi Negara akan terus meningkat.

0 ulasan

Ahad, 2 Mac 2014

Coretan e.m.a.s. ~ Bengkel Penyediaan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tahun 2015 di Corus Paradise Resort Port Dickson

26 - 28.Februari.2014
Corus Paradise Resort Port Dickson, Negeri Sembilan

Hari Isnin emas mc, jatuh sakit nih... Berjalan ke klinik pun rasa terhuyung hayang. Waaaa....

Hari Selasa masuk kerja, kepala masih ting tong...

Hari Rabu pepagi diterperanjatkan oleh minit ke mesyuarat penyelenggaraan bangunan di JKR. Jam 11.00 pagi... Erkk... Terkocoh-kocoh buat kerja... Mujur cc dah arrangekan siap-siap pengangkutan nak ke sana... 10.45 pagi, baru bergerak ke sana. Wallaweiii... Agak ralat pengerusi ni! Hahaha... Pertembungan komunikasi antara pembekal dan JKR! Hahaha... Nak gelak pun ader. Cuma bapokkk mahal! Memang patutlah kontraktor tu dilayan camtu. Dah leh pakai ferrari si kontraktor ni. Kesian pun ader, presentation not as per expectation. Buang karan jer kalau nak sembang tanpa asas. Uweks!

Tengah-tengah discussion, dikejutkan dengan berita anak Abang Mizi yang dah x der. Baru jer berumur 22 tahun. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. In shaa Allah... emas, cc dan p ke Masjid Tuanku Mizan.

Balik pejabat dah jam 2.00 petang. Mana nak solat lagi, kepala ting tong lagi... Last-last gerak dari pejabat jam 3.00 petang. Call si Zahar camner nak kuar dari putrajaya menghala ke PD ni. Sebabnya x leh percaya sangat kt gps. Ntah ape-ape gps ni. Alhamdulillah... Akhirnya sampai juga ke Corus Paradise Resort jam 4.05 petang. Ahaks! :D

Pantainya x lah secantik di kampung emas. Namun, ini adalah momen untuk bertenang dan menggulung akal untuk buat penambahbaikan lepas ni. In shaa Allah...

Bengkel Penyediaan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tahun 2015 at Corus Paradise Resort, Port Dickson -- Baru terasa sebahagian daripada warga Jabatan baharu



















0 ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...